Tuesday, 4 December 2012

DOA SEORANG PELACUR LEBIH BAIK DARI DOA PAS



"Ya Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun, kau ampunkanlah setiap inci dosa2ku..kau terimalah aku hambamu ini yang begitu jijik,kotor, hina, kalau dulu aku hanya berdoa supaya kau satukan aku dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu lagi harapan dan doa, kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi 

Kebahagiaannya,adalah keceriaanku,walaupun aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk kebahagiaannya dan terbaik untuknya. aku rela dan sanggup... kau makbulkanlah Ya Allah."


Bila teman baca, ghase nak mengalir airmata.  Sebak dan terharu.  Kisah seorang bekas pelacur yang telah balik ke pangkal jalan setelah berkahwin.  Namun dia ditinggalkan kerana suaminya yang mata keranjang.  Sebelum suaminya meninggalkannya, dia dicerca dan dihina.  Teman lebih terharu apabila dia mendoakan kebaikan dan kebahagian keatas suaminya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir ditikar sembahyang dengan linangan airmata.  Menemaninya anak kecil tidur dirangkulannya.

Bayangkan betapa seorang bekas pelacur yang dihina dan dicerca sanggup mendoakan kebaikan dan kebahagian orang yang telah menghina dan mencercanya.  Sebaliknya Parti PAS mendoakan musibah dan bala kepada musuh politik kerana didakwa telah berlaku zalim dan kejam.  Teman minta kome fikir-fikirkan yang mana doa yang diterima oleh Allah S.W.T.

Marilah kita sama-sama mendoakan rohnya tergolongan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Kalau kome nak baca kisah sedih ni, kome klik SINI.

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t sedara?
    Ko ni mesti tali barut umno kan...
    sudah2 la tuh. Sape ko nak tentukan perkara2 macam nih. Ko pun belum tentu lagi baik orangnya...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.Teman mengulas ttg isu doa dan perbezaan antara dua doa tersebut.Sepatutnya kita mendoakan kebaikan antara sesama islam.Bukannya mendoakan kemusnahan sesama islam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...