Thursday, 14 March 2013

BREAKING NEWS LAHAD DATU: Tentera Ambil Alih! Siap Kau Pengganas!


Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan arahan terbaharuitu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera LautDiraja Malaysia (TLDM).

"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yangsuratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.

"Command APMM di Sabah telah diserahkan kepada saya (Kementerian Pertahanan), tidak lagi di bawah JPM," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Kementerian Pertahanan di sini Khamis.

Ahmad Zahid menyifatkan penyerahan rasmi tersebut adalah perlu untuk mengkoordinasikan antara operasi yang dilakukan TLDM dan APMM.

"Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan timbalan perdana menteri daninsya-Allah saya akan mengambil tanggungjawab ini untuk mempertahankan danmewujudkan tanggungjawab 'surveillance' (pengawasan) di kawasan 1,400 kmpersisiran pantai dan kawasan perairan di timur Sabah ini," katanya.

Beliau berkata, dengan penyerahan ini bermakna, Kementerian Pertahanan akanmembantu APMM dari segi penambahan aset baru dan keperluan lain yang perludibincangkan lanjut dengan Muhyiddin dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana MaritimDatuk Mohd Amdan Kurish.

Menjawab soalan berhubung tangkapan di Sabah, Ahmad Zahid berkata: "Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Filipina dari segi pertahanan. Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire T Gazmin telah hubungi saya melalui telefon dan beritahu beliau telah mobilisasikan tentera laut dan pengawal pantai.

Katanya, tangkapan yang dilakukan mempunyai dua bentuk iaitu mereka yang bakal menjadi penceroboh, iaitu yang datang dari kepulauan Sulu, ataupun yang datang dari perairan Malaysia masuk ke tempat mereka.

Mengenai lawatan tersebut, Ahmad Zahid menjelaskan ia adalah lawatan perpisahan Kian Hong kerana akan meninggalkan Angkatan Tentera Singapura sebelum bertugas dalam sektor awam.

"Dalam perbincangan itu, saya ada jelaskan apa yang berlaku di Lahad Datu. Tentunya walaupun mereka tak akan campur tangan dalam soal domestik di Malaysia, tetapi saya fikir sebagai sebuah negara Asean, mereka turut prihatin dengan permasalahan yang kita hadapi sekarang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...