Saturday, 16 March 2013

PANAS! Azmin Ali Cari Aiskrim Lagi Dalam Jamban! Adeeh!!


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan Polis dalam masa terdekat adalah merupakan  satu sandiwara terbaru pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara dan mengalih perhatian umum dari isu sebenar yang mengancam negara ketika ini.

Seperti biasa ‘golden boy’ Anwar ini akan cuba merancang dan mencanangkan kononnya Anwar akan diberkas atas peristiwa berdarah Lahad Datu. Jika diamati ia sebenarnya hanyalah sandiwara murahan semata-mata, kerana ianya merupakan usaha terakhir Pakatan untuk memanipulasikan isu di Sabah demi kepentingan politik mereka.

Penulis menggesa pihak berkuasa Filipina segera melakukan siasatan termasuk mengemukakan sapina terhadap Anwar untuk proses soal siasat berhubung dakwaan agensi berita antarabangsa dan media-media negara tersebut yang jelas mendakwa penglibatan Anwar sebagai dalan.

Anwar dan pengikutnya perlu berdepan dengan hukuman yang sewajarnya sekiranya benar-benar terbukti melakukan kesalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa itu. Isu ini sebenarnya memakan tuannya sendiri iaitu Anwar dan kini menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) mereka berada dalam keadaan yang amat terdesak dan tersepit. Ibarat anjing yang tersepit, mereka kini menyalak sekuat hati untuk melepaskan diri.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, taktik Azmin Ali yang membuat kenyataan kononnya  Anwar Ibrahim akan ditahan dalam masa terdekat, bukan sesuatu yang baharu dan mengejutkan kata Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor

Malah bekas pemegang diari merah Anwar itu menyifatkan, tindakan seperti itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan Anwar serta konco-konconya bagi menarik simpati rakyat dengan menggambarkan diri mereka sebagai mangsa kezaliman.

“Ini memang taktik Anwar sejak dulu. Sebagai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, saya dididik bagaimana untuk mendapat simpati orang ramai kerana menurut Anwar, orang Melayu mengundi berdasarkan emosi. Disebabkan itu, emosi mereka perlu dimainkan.

“Kini tiada isu yang mampu menarik simpati orang ramai kepada Anwar, jadi perkara ini ditimbulkan. Dikatakan beliau sebagai mangsa fitnah, tetapi siapa yang setiap malam memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melalui siri-siri ceramah?

“Bagi yang tidak tahu, inilah sikap hipokrit Anwar yang sukar ditandingi sesiapa pun,” kata Ezam.

Penulis berpendapat dengan pengumuman seperti ini, Azmin dan Anwar khususnya berharap akan mencetuskan kebencian, demonstrasi dan rusuhan di kalangan penyokong mereka maka Anwar akan merasakan dirinya terselamat  sekaligus diangkat sebagai  ‘hero’  di kacamata penyokong mereka.

Melalui rusuhan ini juga, maka tertutup segala fakta mengenai penglibatannya dalam pencerobohan di Lahad Datu ini.Taktik ‘pre-empting the public’, yang sering digunakan untuk meloloskan dirinya dari isu kritikal sebelum ini cuba digunakan dalam isu Lahad Datu.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...