Wednesday, 13 March 2013

Alfatihah! Jenazah Prebet Mohd Hurairah Dibawa Pulang Rabu


Jenazah Prebet Mohd Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi Rabu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini, Selasa.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.

Majlis hari ini menyaksikan 10,000 botol air mineral, makanan tambahan dan lain-lain keperluan logistik diserahkan untuk anggota keselamatan yang bertugas di Sabah. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...