Wednesday 13 March 2013

BONGKAR! Balasubramaniam Dibuang Kerja Kerana Terlibat Kes Culik


Apabila disampaikan sesuatu berita, maka perkara pertama yang dilakukan oleh seorang yang rasional tentulah memeriksa ketepatannya.  Jika ketepatan diragui, maka tentulah kita akan mula mempersoal sipembawa berita untuk memahami motifnya.  

Begitulah halnya dengan berita mengenai penglibatan Dato’ Seri Najib dan isteri dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.   Berita ini telah pun terbukti sebagai palsu sehingga memaksa pihak yang menjadi ‘juaranya’, iaitu SUARAM, menyepi diri kerana malu, manakala Balasundram (Bala) dan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang menjadi pembawa berita utama, melarikan diri ke luar negara.    Penglibatan pembangkang sebagai dalang terserlah seluas-luasnya selepas itu.  


Malangnya, setelah SUARAM mengaku kalah apabila penipuannya terdedah, pihak pembangkang tidak berputus asa cuba memainkan isu yang sama dengan berbagai alat dan cara, antaranya dengan menggunakan si penjual karpet, Deepak Jaikishan.  

Deepak, si pembawa berita untuk pusingan kedua ini, telah turut dibuktikan sebagai bermasalah dan mempunyai agenda tersendiri untuk mengenakan Dato’ Seri Najib.  Wang, merupakan motif utama, selain publisiti, memandangkan Deepak mengalami masalah besar dalam perniagaannya yang telah dibina berbelas-belas tahun.   Cakap-cakap Deepak yang berbelit dan bertentangan dengan kenyataannya sendiri sebelum ini dengan sendiri membuktikan karektornya yang gemarkan publisiti murah dan bahawa berita yang dibawanya tidak harus dipercayai.  

Kedudukan pembangkang yang terdesak akibat terkantoi menjadi dalang keganasan puak Sulu, serta kegagalan mereka menangani isu-isu berbangkit seperti Kalimah Allah, hudud, Amanat Hadi, Pemilihan DAP yang kotor, selain isu-isu semasa mengenai skandal pemimpin-pemimpin mereka yang tidak kunjung henti, telah memaksa pembangkang mengitar semula isu Altantuya walaupun hakikatnya ia telah selesai dengan keputusan kalah mati di pihak pembangkang.    

Pembangkang dikatakan kalah mati dalam isu ini bukan sahaja kerana terbukti berita yang dibawakan adalah palsu, tetapi juga kerana semua pembawa berita yang diupah mereka turut dibuktikan sebagai tidak punya kredibiliti.  

Seperti juga Deepak dan SUARAM, pembawa berita dalam pusingan pertama iaitu Bala dan RPK juga mempunyai kredibiliti yang lemah.  RPK yang telah pun dibuktikan sebagai pernah dirawat kerana sakit jiwa di waktu muda, kini telah pun membuat U-turn mengakui bagaimana beliau sebenarnya bukanlah seorang yang mempunyai integriti seperti yang diwar-warkannya.  Malah, beliau hanyalah penulis upahan yang sanggup mereka-reka apa saja cerita berdasarkan arahan atau dengar cakap.   

Namun, mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai Bala iaitu tentang siapakah sebenarnya Bala dan kenapakah beliau sanggup memfitnah pemimpin negara?   Sedikit maklumat yang umum tahu mengenai Bala ialah beliau merupakan bekas pegawai polis.  

Lebih dari itu, tahukah anda bahawa Bala menjadi ‘bekas’ pegawai polis bukan kerana beliau bersara atau berhenti secara sukarela, tetapi kerana mempunyai sikap yang bertentangan dengan nilai-nilai kepolisan mahupun kemanusiaan.  Dalam ertikata lain, Bala yang dilahirkan dengan ciri-ciri seorang penjenayah.  

Nama sebenar Bala ialah Balasubramaniam A/L Perumal, No. Kad Pengenalan:  600928-08-6235, lahir di Batang Padang, Perak.  Beliau menyertai PDRM pada 3 Mei 1981 dan disahkan dalam jawatan pada 3 Mei 1984.   Sebagai Konstabel, beliau pernah bertugas dalam unit semboyan daripada tahun 1982 hingga 1984.  Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab atas  Tugasan Am dalam cawangan pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada 1994.  

Pada tahun 1995, bagaimanapun, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah bersabit Pantai Repot 4434/95 Kes Sek. 3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.  

Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.   

Jelaslah bahawa Bala bukanlah jenis manusia yang boleh dipercayai, seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka.  Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dengan bekerjasama dengan penjenayah seperti Bala.  

Atas rentetan kesalahan yang berbagai dan tidak lagi dapat diampunkan, maka pihak atasan membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang.  Akhirnya, Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2 Februari 1998.  

Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah, termasuk pengkhianat negara.   Penglibatannya dalam kes Altantuya pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata.   Namun, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya Bala lari keluar negara.   

Dan rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala di sana yang tampak mewah dan selesa seperti juga RPK, berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan megah sebelum ini, adalah atas tajaan siapa….  

sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...