Thursday, 14 March 2013

CELAKA HARAM JADAH! Bekas Komando Dan Perajurit Dihina Pakatan Haram Sebagai Pondan


Saya tidak pasti siapa editor laman Suara Pakatan Rakyat yang semakin “ganas” menjaja propaganda Pakatan Haram setiap hari khususnya menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tapi, laman itu semakin melampau..!

Terkini, laman keji itu mengutuk bekas-bekas perajurit yang mengecam Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang menuduh insiden berdarah di Lahad Datu, Sabah, sebagai “sandiwara” yang didalangi UMNO.

Menurut penulisnya, Tian Chua semakin mendapat sokongan rakyat berhubung kenyataannya yang menghina nyawa-nyawa wira negara yang terkorban di Lahad Datu menentang pengganas yang dihantar “sultan palsu”, Jamalul Kiram III.

Laman itu mendakwa gambar Tian Chua di pijak oleh “komando tua” yang bacul manakala Naib Presiden PKR itu tetap “istiqamah” bertegas dengan dakwaannya itu tanpa rasa bersalah kepada mana-mana pihak.

Saya tertanya-tanya, terdesak sangatkah sehingga laman itu sanggup melakukan sesuatu yang sangat bodoh dan bebal seperti itu?

Apakah editornya tidak dapat melihat betapa marahnya rakyat Malaysia terhadap Tian Chua atas kenyataannya yang biadap dan kurang ajar itu?

Sandiwara jenis apakah yang sanggup dilakukan sehingga menyebabkan anggota keselamatan kita dari PDRM dan ATM gugur syahid di medan pertempuran?

Laman pro-Pakatan Haram itu memperlekehkan tindakan rakyat yang marah pada Tian Chua, kononnya tangisan dan laungan bantahan yang dilakukan itu “dibayar” serta dilakukan semata-mata untuk meraih publisiti murahan!

Lebih kurang ajar lagi, portal itu mempersoal dan menyifatkan wira-wira negara yang terkorban di Lahad Datu itu sebagai kurang latihan, cuai dan tidak memiliki kelengkapan ketenteraan yang mencukupi bagi menghadapi pengganas di sana.

Tidakkah Pakatan Haram faham bahawa ajal maut itu ditangan Allah SWT. Sekiranya ajalnya sudah tiba, Izrail tidak akan menangguhkan ajal hamba Allah itu walau sesaat sekalipun tanpa mengira tempat.

Cuma, wira-wira negara yang terkorban itu begitu mulia sekali “pengakhiran” hayatnya apabila arwah-arwah itu diberi penghormatan untuk gugur syahid demi mempertahankan kedaulatan sebuah negara Islam yang menjadi contoh di seantero dunia!

Pengorbanan mereka tersimpan rapi di dalam lipatan sejarah dan nama wira-wira yang bersabung nyawa itu akan kekal mengharum dikenang sehingga ke akhir zaman oleh rakyat di negara ini. Faham?

Jadi, tidak timbul persoalan sama ada tentang soal cuai, tidak cukup latihan atau senjata tidak lengkap berhubung insiden di Lahad Datu itu. Semuanya ketentuan Allah SWT dan kita sebagai hambaNya sepatutnya redha dengan qadha dan qadarNya.

Puak-puak Pakatan Haram tidak percaya pada qadha dan qadar Allah SWT, kah?

Saya faham bahawa puak-puak Pakatan Haram sememangnya mendewa-dewakan Tian Chua. Saya juga tahu tentang sokongan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan PKR yang menyokong penuh Israel untuk bertindak menyerang Palestin.

Tapi, saya juga yakin bahawa rakyat di Malaysia tidak bodoh seperti penyokong-penyokong pembangkang itu yang dipercayai tidak menggunakan akal kurniaan Allah untuk berfikir. Rakyat tahu menilai kejijikan akhlak para pemimpin Pakatan Haram.

Namun saya ingatkan pada Tian Chua dan mana-mana pemimpin Pakatan Haram supaya tidak terlalu biadap kerana saya pasti bahawa rakyat tidak akan membiarkan penghinaan melampau dilontarkan pada wira-wira negara itu.

Bak kata pepatah Melayu, terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak kata binasa badan”. Pakatan Haram teringin sangat nak binasa cepat ke?

Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...