Tuesday 12 March 2013

TERKINI Lahad Datu : Kem Tetap Akan Dibina Sebaik Saja Ops Daulat Berakhir


Teman rasa sudah tiba masanya satu batalion tentera diwujudkan di Lahad Datu secara tetap. Dengan adanya sebuah kem tentera yang tetap akan dapat memantau aktiviti-aktiviti dan cubaan pencerobohan asing ke Sabah. Mengikut sumber, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk membina sebuah kem tetap di Lahad Datu, Sabah tidak lama lagi untuk memantau situasi selepas Ops Daulat berakhir.

Beliau berkata, kem itu akan diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis sebaik saja operasi yang sedang dilakukan selesai.

"Kem baru itu akan mengambil sedikit masa untuk dibina dan kami akan meletakkan beberapa kabin buat sementara waktu dan menempatkan anggota keselamatan di lokasi itu," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di ibu pejabatnya di sini, Selasa.

Beliau turut memberi amaran kepada media Filipina supaya tidak mengeluarkan laporan bercanggah mengenai situasi sebenar di Sabah.

"Kami tidak mahu laporan media tertentu menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Filipina," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...