Tuesday, 12 March 2013

BREAKING NEWS! Manila, Kiram bincang "pengunduran" dari Sabah, Hati-Hati Dengan Penipuan Pengganas Sulu


Jika diselidiki tentang kata-kata dan ungkapan Sultan Sulu untuk pengunduran kuncu-kuncunya dari Lahad Datu Sabah, seprti main-main. Sebelum ini kuncu-kuncunya berpura-pura untuk menyerah diri dengan mengibarkan bendera putih, namun 2 anggota keselamatan pula diserang hendap dan terkorban. Kemudian pengumuman gencatan senjata oleh Sultan Sulu, namun anggota keselamatan terus diserang. Jadi, adakah Sultan Sulu ikhlas untuk pengunduran sebenarnya? Sama-sama kita lihat nanti. Teman nak berpesan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara supaya jangan termakan janji palsu Sultan penipu ini.

SHAH ALAM: Selepas kemelut pencerobohan yang berlangsung masuk empat minggu, kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu kini berbincang untuk "pengunduran" penceroboh bersenjata Sulu Sultan Jamalul Kiram III dari Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan Mar Roxas dan adik Jamalul, Sultan Bantilan Esmail Kiram II pada Isnin mengadakan pertemuan tertutup di pejabat Roxas di Camp Crame, Bandar Quezon.

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama kedua-dua wakil berkenaan sejak pertembungan antara anggota keselamatan Malaysia dengan kumpulan bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu 12 Februari lalu.

Kebuntuan tersebut bertukar ganas pada 1 March menyaksikan 54 penceroboh ditembak mati dan lapan anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.

Tiada di antara Roxas atau Ismail mendedahkan butiran mengenai perbincangan itu, tetapi kedua-duanya menyatakan berpuas hati dengan perkembangan perbincangan tersebut.

"Kita boleh kata ia adalah tentang pengunduran," Roxas memberitahu wartawan Filipina yang dipetik dari portal Inquirer News.

Beliau yang diminta mengulas lanjut  berkata kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan untuk tidak memberhentikan operasi ketenteraan melainkan Agbimuddin dan anggotanya meletakkan senjata.

"Mereka (Kiram) bertanyakan tentang proses dan mekanisma. Itu merupakan kebimbangan mereka," kata Roxas lagi.

Ditanya sama ada "pengunduran" bermaksud "menyerah", Roxas berkata: "Kita tidak perlu mengunakan terma sebegitu ketika ini. Adalah lebih baik jika kita tunggu jawatan sementara kita menyampaikan pertanyaan mereka (kepada Presiden Filipina)."

Sementara itu Esmail yang memberi respon mengenai mesyuarat berkenaan berkata pertemuan tersebut adalah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut di Sabah.

"Kami berpuas hati dengan perbincangan (dengan Roxas), tetapi kami akan menunggu mesej dari Presiden (Aquino) selepas Roxas memberitahu beliau tentang mesyuarat tersebut," kata Esmail.

Esmail berkata Jamalul mengetahui tentang pertemuan dengan Roxas setelah memberitahu sultan itu pada Ahad.

Sumber berita 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...