Uikkss! Apa cer? Desas desus nama Yusmadi tak di calonkan di Parlimen Balik Pulau dah berlegar-legar lama. PKR sendiri tak yakin Yusmadi boleh menang di Balik Pulau. Beberapa nama disebut-sebut tapi lantak la siapa peduli sebab pengundi Balik Pulau dah serik memilih Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Apa yang pengundi Balik Pulau dapat? Habuk pun tarak.
Ahli Parlimen PKR, Yusmadi asyik nak mengampu BOSnya aje. Mana ada kat kawasan pun. Asyik nak cerita rumah setinggan tapi tak selesai jugak. Modal tu la pusing-pusing. Masalah rakyat tak selesai jugak. Yang naik rumah mewah duk serata Balik Pulau. Apa cer? Berjuta harganya der! Orang kampung mana la mampu nak beli.
Tapi teman nak gelak, dalam diam Zainulfaqar ni pulak promo Yusmadi supaya jadi calon Parlimen Balik Pulau. Adeehh!
Dipetik dari PenangInsight yang ditulis oleh Zainulfaqar, SEGELINTIR anak muda dari Kampung Binjai hari ini mula bercakap idea memangkah calon PKR lalu mengoyak kertas undi masing-masing sekiranya Yusmadi Yusof tidak bertanding untuk kerusi Parlimen Balik Pulau. "Kami sedih apabila dengar YB Yusmadi tidak akan dicalonkan untuk Parlimen Balik Pulau.
"Kawan-kawan kami terutama dari Kampung Binjai (dan) Kampung Seronok semuanya tak setuju dan akan buat undi rosak untuk Parlimen," ujar sumber menerusi masej peribadi (PM) Facebook tengah hari tadi. Sambil mengaku sebagai pengundi muda di Parlimen itu, sumber berkata, isu perumahan setinggan di Balik Pulau, khususnya di Kampung Binjai yang dibela oleh Yusmadi melayakkan jasa Ahli Parlimen Muda itu dikenang.
Ye le tu! Setahu teman la rumah setinggan kat Kampung Binjai ni Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang robohkan sebab nak bagi laluan pemaju buat rumah mewah la katakan..Tak gitu? Habis tu,apa cer? Seingat teman pulak la, ADUN BN Bayan Lepas, YB Syed Amiruddin yang beriya-iya mempertahankan rumah setinggan Kampung Binjai dirobohkan tapi Tokong Guan Eng nak robohkan jugak. Tanah tu Kerajaan Negeri punya ma! Cuba ulas sikit Faqar!
No comments:
Post a Comment