Friday 15 March 2013

Rakyat Selangor Digesa Guna Kuasa Undi Martabatkan Kedudukan Melayu, Islam


Penduduk Selangor perlu menggunakan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang untuk mengembalikan martabat orang Melayu dan agama Islam di negeri itu yang semakin terancam, kata Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata usaha ini perlu dilakukan kerana kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tidak boleh diharap untuk mengubah keadaan itu.

Dalam kenyataan pada Khamis Hasan mendakwa tindakan memencil dan menafikan hak Melayu dapat dilihat apabila banyak syarikat milik Melayu di Selangor sukar memajukan perniagaan mereka berbanding kaum lain.

Beliau juga berkata penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang asalnya bertujuan membantu Bumiputera, telah diberi fokus baharu oleh kerajaan pakatan pembangkang untuk merebut peluang mengaut keuntungan dengan kelulusan projek hartanah di kawasan Melayu.

Hasan juga berkata usaha mengurangkan arak, judi, rumah urut serta hotel murah yang menjadi sarang maksiat semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, bukan sahaja tidak mendapat sokongan tetapi turut ditentang. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...