Showing posts with label Datuk Dr Mohd Asri. Show all posts
Showing posts with label Datuk Dr Mohd Asri. Show all posts

Friday, 1 March 2013

GEMPAR: Dr Maza Di Gelar Sundal?


Adeeh! Terkejut jugak teman bila terima email printscreen nih! Tiba-tiba pulak Dr Maza digelar sundal. Apa cerita ni der! Macam marah sangat dengan Dr Maza ni. Bila teman baca, penulis ni mendakwa kawan rapat kepada Dr Maza mengenali dari dulu lagi. Sejak KIK. Apa tuh? Cer cerita sikit. Tapi komen-komen panas ni yang teman nak kongsi dengan kome semua supaya dijadikan panduan..

Kesian Dr Maza. Teringin nak jadi calon..Tapi apakan daya kan.kan..jual mahal la pulak!  Melepas la..
-

PANAS! Dr Maza Gertak UMNO Perlis?



Teman telah menerima email dari seseorang yang berkisar cerita Dr Mohd Asri dan Dr Juanda yang masing-masing Mantan dan Mufti Perlis. Jika mengikut email tersebut, teman pasti penghantar email ini benar-benar mengenali kedua-dua tokoh tersebut. Ikuti kisah yang diluahkan oleh penghantar email tersebut.

Di tengah-tengah kesibukan dan kemeriahan politik ini, tiba-tiba muncul desas desus bahawa bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat bertanding pada pilihanraya kali ini. Seperti biasa, rakan karibnya yang merupakan Mufti boneka negeri Perlis Dr Juanda Jaya juga mengumumkan bahawa beliau amat berminat bertanding pada pilihanraya kali ini.

PKR dan PAS dilihat amat ghairah meminang kedua-dua mereka ini dengan pelbagai pertemuan antara mereka dengan pemimpin tertinggi parti. Mereka berdua dilayan seperti ‘king maker’. Dr MAZA dan Dr Juanda dikesan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah kedua-dua mereka begitu berbangga dengan pertemuan tersebut dengan dikicaukan di laman twitter masing-masing. Mereka juga mengakui dilamar oleh UMNO agar bertanding di pihak mereka.

Benarkah begitu? Apakah politik sebenar yang sedang dimainkan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda ini? Sehingga kini, tidak ada pertemuan antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri sepertimana pertemuan 4 jam antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Info dalaman dari Perlis juga mengesahkan bahawa UMNO sebenarnya sudah meluat dengan mainan politik Dr MAZA dan Dr Juanda yang sering dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan kerajaan dan bersikap sebagai ahli politik lebih sudu dari kuah. Lalu mereka berdua tidak dipertimbangkan langsung sebagai calon untuk pilihanraya kali kerana mendapat tentangan dari akar umbi UMNO.

Umum mengetahui bahawa mereka berdua ini bukanlah orang Perlis. Dr MAZA adalah orang Pulau Pinang dan Dr Juanda pula berasal dari Sarawak. Atas ehsan Shahidan Kassim, mereka berdua dilantik ke jawatan Mufti Perlis. Rakyat Perlis mahukan pemimpin tempatan mewakili mereka di dalam pilihanraya kali ini. Kedua-dua ustaz ini adalah orang luar yang langsung tidak terlibat di dalam jentera akar umbi UMNO dalam menghadapi serangan hebat Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Mana mungkin pemimpin yang lebih senior memberi laluan mudah bagi kedua-dua ustaz yang menghentam kerajaan selama ini bertanding di kawasan mereka?

Jadi jalan mudah diambil Dr MAZA dan Dr Juanda adalah dengan cara mengugut UMNO secara halus. Mereka mengisytiharkan bahawa merea bakal bertanding dan sedang memikirkan parti mana yang harus disertai. Ini sesungguhnya amat lucu tetapi licik. Lucu kerana bagi pejuang sebenar tidak akan berada dalam keadaan ragu-ragu untuk memilih parti mana yang akan mereka sertai apatah lagi hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum Najib mengumumkan pilihanraya. Mana mungkin orang-orang seperti ini dapat memperjuangkan aspirasi parti yang mereka sokong sedangkan hingga sekarang mereka keliru dalam memilih parti mana yang terbaik bagi memperjuangkan nasib rakyat?

Licik kerana mereka berdua sebenarnya sedang mencuba mendesak Shahidan Kassim selaku Pengerusi BN Perlis memberikan mereka kerusi untuk ditandingi di Perlis. Apabila mereka membuat desas desus bahawa mereka bakal meyertai Pakatan Rakyat, kononnya Shahidan Kassim akan takut kehilangan mereka dan memberi laluan untuk mereka berdua bertanding di Perlis! Inilah yang dilakukan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda. Mereka hingga kini berteka-teki sambil mengharapkan Shahidan Kassim memberikan tawaran menarik yang mereka impikan.

Malangnya, PKR (terutamanya Anwar Ibrahim) dan PAS gagal melihat permainan politik licik kedua-dua ustaz bernafsu dunia ini. Mereka lupa bahawa Dr MAZA adalah ulamak kerajaan yang telah membelasah PAS dengan hujah-hujah ketaatan kepada pemimpin yang kini dimainkan oleh Fathul Bari dan rakan-rakannya. Marahnya PKR dan PAS terhadap Dr MAZA adalah hingga Ustaz Badrul Amin menggelarkan beliau Bapak Setan dan mahu memancung kepalanya! Malah anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Adli malah pernah begitu marah kepada Dr MAZA hingga ditulis di blog peribadinya bahawa dia ingin menumbuk Dr MAZA hingga pecah berdarah gusinya!

Hakikatnya, mereka berdua amat berharap UMNO akan mengambil mereka dan memberikan kerusi empuk untuk mereka bertanding. Mereka membina populariti di Perlis dan tidak ada nilai atau impak pengaruh mereka di Pulau Pinang apatah lagi Sarawak. Namun demikian, ahli-ahli di dalam UMNO tidak dapat menerima mereka berdua apatah lagi bila mereka selalu celupar mengkritik UMNO supaya dapat meraih populariti dari kenyataan-kenyataan mereka yang kontroversi. 

Justeru mereka mengamalkan politik sesumpah dan politik gertak dengan menunggu saja peluang keemasan yang mereka idamkan sambil mempergunakan PKR dan PAS yang diacah-acah kepadaUMNO.

Pakatan Rakyat Perlis sudah pun mempunyai calon Menteri Besar nya sendiri iaitu Saudara Mohammad Faisol Abdul Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang juga seorang pencinta ahlul bayt. Adalah malang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan ustaz-ustaz lalang dan langau yang tidak pernah menyatakan kesetiaan pada mana-mana parti. Ibarat kata pepatah; ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.

Ali Reza Ahmed Askari

Pendang, Kedah.
-

Wednesday, 27 February 2013

Maza dan Musang Berjanggut



Baru-baru ini, negara digemparkan dengan panggilan dan cercaan seorang pemimpin besar dan tokoh ulama’ Parti Islam Semalaysia yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan ternakan. Nyatalah sekali, kejutan tersebut disambut pula oleh seorang ‘ulamak’ muda yang kontroversial, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila beliau beberapa hari lepas menyamakan kerajaan sebagai pelacur. Maka, penuhlah facebook dan twitter menjadi mata rantai mencerca dan mengaibkan pemimpin negara dengan menggunakan artikel tersebut, dan berseronoklah ‘ulamak’ muda tersebut apabila kata-katanya dijadikan buah peluru untuk menghina pemimpin negara.

Menegur Pemerintah

Acapkali, dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau, beliau menasihatkan pendengar dan pengikut beliau supaya berlaku adil dan rasional. Begitulah dalam sejarah manusia, seringkali yang menasihatkan sedemikian adalah mereka yang bertindak 180 darjah bertentangan dengan apa yang didakyah oleh mereka. Contohnya, seperti pihak komunis, seringkali menamakan diri merekalah yang paling demokratik atau kepunyaan rakyat tetapi di bawah merekalah yang paling miskin demokrasinya dan paling menderita rakyatnya.

Malang sekali, dalam tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan seks sebagai penambah perisa penulisannya.

Bukankah tuduhan-tuduhan seperti itu adalah satu tuduhan yang berat? Sudah tentu ‘ulamak’ muda itu tahu bahawa di dalam Al Quran, Allah Taala telah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..” (Surah Al Hujurat, ayat 12).

Adakah patut tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang jelas itu, kita sebarkan dan kita sambungkan kepada khalayak semata-mata untuk menjadi “hero” kepada pendengar dan juga peminat kita? Adakah begitu murah ilmu dan kedudukan kita untuk digadaikan semata-mata untuk mendapat sedikit pujian di atas dunia ini?

Penulis juga tertanya-tanya, apakah dosa pemimpin kerajaan tersebut kepada ‘ulamak’ muda itu? Apakah pula dosa dan salah isteri pemimpin negara tersebut terhadap Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin itu? Apakah penganiayaan yang pemimpin negara sekeluarga pernah lakukan terhadap beliau ataupun mana-mana ahli keluarga dan sahabat handai ‘ulamak’ tersebut? Jika ada, alangkah baiknya jikalau beliau pergi bertemu dengan mereka sesuai dengan hadith yang beliau sering ungkapkan semasa beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al-Sunnah ini (hlm 507).

Pukul Anak Sindir Menantu

Penulis sebenarnya agak hairan kerana tuduhan-tuduhan dan keperihatinan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap pemberian ikhlas pemimpin kepada rakyat adalah bermusim. Maklumat yang penulis perolehi daripada sahabat-sahabat di Perlis, mengatakan bahawa Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim sewaktu menjadi Menteri Besar Perlis adalah sangat pemurah kepada rakyat terutamanya sewaktu bulan Ramadhan. Rakyat miskin di Perlis sudah merasai BR1M sebelum adanya program seumpama ini oleh kerajaan Pusat. Pada waktu yang sama, Dr Mohd Asri sudah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Setiap malam semasa bulan Ramadhan di Perlis, DS Shahidan telah bermurah hati memberikan wang saguhati dan juga hadiah-hadiah berbentuk bekalan makanan dan peralatan elektrik kepada rakyat Perlis terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selepas solat terawih. Inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat. 

Ironinya, di manakah suara ‘ulamak’ muda ini sewaktu menjawat Mufti Negeri Perlis sewaktu peristiwa ini berlaku? Tidak muncul pula bait-bait dari kitab As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah oleh Ibnu Taymiyyah oleh Dr Mohd Asri untuk memperingatkan Dato’ Seri Shahidan supaya terselamat dari fitnah dan ‘mulut hodoh’ parti pembangkang. Walhal, inilah formula yang sama yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menawan hati rakyat jelata sesuai dengan semangat demokrasi yang mengambil kira kehendak rakyat. Maka, janganlah perbuatan Dr. Mohd Asri ini laksana pukul anak sindir menantu ataupun kelak, habis madu sepah dibuang.

Jangan Jadi Seperti Datuk Nikah Kahwin
Melihatkan perbuatan Dr. Mohd Asri ini, mengingatkan penulis terhadap watak Datuk Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut oleh Tan Sri P Ramlee yang berkata:

“Tapi tidak mengapa. Undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam. ”

Ayat Al-Quran, hadith-hadith dan pendapat–pendapat ulama’, sudah wujud ratusan malahan ribuan tahun. Namun, janganlah kita menjadi seperti Datuk Nikah Kahwin, yang mana hukum agama itu seolah-olah bikinan mereka semata-mata. Apabila mahu, diambil dan dicatit apabila terasa tidak kena dengan kepentingan tembolok, maka dibuang dan dipadam.

Oleh itu, sukalah penulis mengingatkan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, sejarah akan menilai samada kita akan menjadi seorang yang berpendirian teguh seperti Ibnu Taymiyyah dan Imam Ahmad Ibn Hanbal ataupun seperti sesumpah yang mengikut selera ramai seperti penentang-penentang kedua-dua tokoh ulama’ besar yang disebutkan tadi. Jika sekiranya pilihan kedua yang dipilih, maka sudah pasti Dr. Mohd Asri akan tercatat di dalam sejarah seperti watak Datuk Nikah Kahwin dan akan diingati sehingga akhir zaman sebagai musang berjanggut.

Janda Berjaya
-

Tuesday, 26 February 2013

Songkok Dr Asri Tertanggal Di London



Lihatlah wajah seorang yang kononnya ulamak besar dan terhebat di Malaysia yang mula mengejar glamor dan cuba membina nama seperti penceramah pentas politik Pas. Hanya kerana beliau pernah menjadi Mufti Negeri maka apakah itu dijadikan batu loncatan untuk beliau sebegitu berani mengeluarkan 'fatwa' murahan demi sesuap nasi ?

Terlalu banyak isu yang beliau cetuskan hanya kerana nak mengejar dan mengekalkan populariti sebagai Ulama Negara ? Malah beliau dilihat sedaya upaya ingin menyaingi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi fenomena rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur walau Azhar hanya dilihat menggunakan senjata 'humor' untuk membuka mulut pendengar agar ketawa disetiap kuliah beliau.

Semua isu MAZA dilihat cuba campuri, dari isu agama hinggakan isu BR1M. Terkini beliau membuat lontaran sinis dalam blog beliau sendiri ;

"...pelacur kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka...."

Apa maksud MAZA sebenarnya ?

Kalau nak menegur tak perlu berkias, ulama berkias bukan membawa apa-apa menafaat pada orang kampung yang miskin dan perlukan bantuan. Bahasa semantik bukan semua rakyat marhain faham dan bukan semua orang bijak pandai faham apa disebalik tafsiran mantik itu.

Kalau nak berkias ak perlu jadikan binatang sebagai perumpamaan, tak wajar jadikan PELACUR sebagai sandaran. Tak perlu bersuluh dalam terang dan tak perlu bersilat dalam suram. Sebagai kononnya ulama maka peribadi kena seperti pewaris Nabi bukan berwatak seperti bab* yang tahu menyondol tapi tak tahu undur !

Apakah niat MAZA ketika cerita sang Pelacur dijadikan bahan sindiran, kenapa pelacur ? Apakah kerana ketika berjalan di Kota London dahulu Dr Maza dilihat banyak masuk ke dalam PONDOK TALIPON AWAM ? Kenapa MI cuit bab Public Phone ? Siapa yang pernah ke London tahulah apa yang ada dalam Booth Public itu. Bukan nak menuduh tapi kenapa songkok dan kopiah Maza hilang di Kota Pelacur yang mana sah niaga body itu ?

Setakat nak berkias, semua penulis boleh berkias. Antara tahan dengan tidak saja telinga boleh menadah.

Apakah dengan lesen sebagai bekas Mufti Negeri maka kita boleh dengan mudah menidakkan kebaikan manusia lain ?

Apakah betul tafsiran hadis dan ilmu wahyu Allah itu ?
Apakah beliau sebagai rujukan Tafsir ?

Pernahkah MAZA terima upah ketika datang mengajar atau beri kuliah agama ? apakah percuma ? Kenapa ambil upah kalau pemberian itu kadang datangnya dari Kerajaan, samada Kerajaan Pusat atau Negeri.

Terlalu rapuh cara Maza nak berpolitik !
Terlalu murah harga diri orang miskin yang ditidakkan haknya !

Sumber
-

Saturday, 16 February 2013

Pemuda Umno Sokong Mufti Perlis & Dr Mohd Asri Bertanding PRU13



Pergerakan Pemuda Umno mengalu-alukan penglibatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti negeri itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, PRU-13 kali ini bakal menjadi pilihan raya bersejarah jika benar kedua-dua ulama ini bertanding.

"Kalau mereka berdua bertanding untuk Umno, Alhamdulillah, kami mengalu-alukan penyertaan mereka. Namun jika mereka memilih parti lawan, kita perlu terima keputusan tersebut.

"Ia pasti menjadi pilihan raya bersejarah kerana kedua-dua ulama terpanggil untuk bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat berhubung dakwaan penglibatan kedua-dua tokoh agama itu dalam pilihan raya umum kali ini.

Jelas Khairy, penglibatan mereka bakal memberi laluan kepada para ulama menyertai bidang politik.

"Mereka membawa mesej yang mendalam. Mungkin tokoh-tokoh lain sedang menunggu 'wahyu' untuk buat keputusan sama ada bertanding atau tidak dan panji yang mereka nak bawa," kata beliau yang mengakui mengenali rapat kedua-dua tokoh ulama ini.
-

Friday, 15 February 2013

PANAS! Dr Asri Jadi Calon Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang


Wah! Hebat jugak Dr Asri ni. Bekas Mufti Perlis dicanang-canang nak jadi calon Pilihanraya Umum ke 13. Kerusi yang disebut-sebut adalah di Pulau Pinang. Teman dah mengagak kerusi mana yang diidamkan oleh Dr Asri ni. Sudah tentunya di Parlimen Permatang Pauh, tempat kelahiran Dr Asri ni sendiri atas tiket PKR. Sebab PAS tak terima Dr Asri, khabarnya. Adeehh!!! 

Sebelum ini Dr Asri didakwa pernah mengadakan rundingan dengan Anwar China Doll untuk mendapat kerusi DUN Penanti tapi mungkin soal jawatan yang akan dipegang oleh Dr Asri sekiranya menang masih lagi diperbincangkan. Difahamkan Dr Asri minta Kerusi TKM Pulau Pinang dan Anwar China Doll secara dasarnya bersetuju untuk meletakkan Dr Asri menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Mansor. Maklumlah, Mansor dah kena terajang ke kerusi Parlimen Nibong Tebal sebab nak kasi Mansor ni kalah teruk. Guan Eng pun dah bengang! kehkehkeh..

Nak tanya gak! Pengundi DUN Penanti boleh terima ke Dr Asri ni ke?...
-

Wednesday, 30 January 2013

Dr Maza Hadiah Selendang Pada Maya Karin


Adessss! Betul ke teman dengar cerita ni. Mula-mula teman malas nak ambik port cerita pasal Dr Maza ni. Tapi terasa jugak nak usik-usik sebab lama dah tak usik bekas Mufti Perlis ni. Saje gatal tangan..

Cerita pasal selendang. Cerita ni khabar angin je le kot. Dengar cerita Dr Maza ni peminat Maya Karin. Bagus la tu.  Tak salah pun. Sampai sanggup pos selendang sebagai hadiah pada Maya Karin. Aih! Kira ok la tu. Jika benar, bagus la. Mungkin niat Dr Maza ni nak berdakwah supaya Maya Karin bertudung la kot. Fikir positif..fikir positif..heeeee. 

Kalau tak benar pun tak apa la. Saja nak mengusik. Rindu la pulak! heee..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...