Showing posts with label Chua Jui Meng. Show all posts
Showing posts with label Chua Jui Meng. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

Kesian! Jui Meng Lari Malam der!


Kesian der! Tiba-tiba je Chua Jui Meng menghilangkan diri. Adeeh! Apa kes? Merajuk la tu! Malu der! Tua-tua ni dah merajuk! Buruk der! Lepas ni nak lompat parti mana pulak! Parti katak la kot! heee..

Laporan mStar menyebut, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk bertanding di kerusi yang pernah disandangnya serta kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasrat, Chua dan ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou juga bertelagah merebut kerusi Gelang Patah.
-

Tuesday, 19 March 2013

GANAS! Akhirnya Anwar Main Belakang Jui Meng! Bolos der!

Alahai! Kesian teman! Kesian kat Chua Jui Meng, Anwar dah main belakang Jui Meng. Teruk ek! Beriya-iaya la Chua Jui Meng bertekak dengan DAP Johor nak dapatkan kerusi Gelang Patah, tapi akhirnya Anwar serah pada Kit Siang bertanding disitu. Kes Naya ni. Ini semua salah UMNO der! Tak pun salah Jui Meng bagi bontot buat apa? Sakit der! Kan dah dapat sebijik. Percaya sangat dengan Anwar! kahkahkah..


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.

Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN
-

Friday, 22 February 2013

Bukti Pakatan Rakyat Berpecah Belah


Retak menanti belah, itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan Pakatan Rakyat sekarang.

Walaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR, Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.

Konflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar.

Bermula dengan konflik mengenai isu negara Islam antara Pas dan seteru politik lamanya, Dap, perkelahian dua parti itu kini sudah melebar kepada isu kalimah ALLAH dan siapa calon Perdana Menteri yang disokong.

PKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai ‘simen’ kepada Pas dan Dap dalam Pakatan Rakyat tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.
Apapun Anwar sentiasa menyebelahi Dap kerana parti itu menyokongna untuk menjadi Perdana Menteri sementara Pas mahukan presidennya, Abdul Hadi Awang.

Di Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila Pakatan Rakyat mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.

Berdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi.

Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya.

Terkini, PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuatnta Dap di negeri Johor.

Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.

PKR, Dap dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing kerana memikirkan Johor akan tumbang kepada mereka.

Pergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.
Ini menyebabkan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.

Beliau sedar perbalahan seperti sama sekali tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.

Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.

Konflik dalaman Pakatan Rakyat di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau mendakwa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti.

Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh pula menambah garam ke luka apabila dilihat menyokong tuduhan Dr Boo terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat dan mahukan satu siasatan dijalankan.
Apa yang berlaku kepada pakatan Rakyat kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap.

Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain seperti insiden Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman yang menggelar bosnya sebagai tokong, angkuh, bongkak serta gilakan kuasa.

Ketiga-tiga parti juga mempunyai sifat tamak yang keterlaluan dan tidak mampu mengikat kerjasama politik yang sejati seperti BN.

Setiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar Pakatan Rakyat dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.
Hakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat, impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.

Sumber
-

Thursday, 21 February 2013

DAP Johor Dakwa Chua Jui Meng Dalang Serangan



Belum pun reda kemelut yang melanda DAP dan pengikut Pas yang menolak pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerjasama politik antara pakatan pembangkang sekali lagi di landa badai. Terbaru, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan berkata tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng.

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mengatakan, hubungan antara kedua pimpinan negeri itu ‘ibarat retak yang menanti belah’. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan ‘tidak sebulu’ sejak sekian lama.

Menurut Cheng Hau lagi, naib presiden PKR itu adalah merupakan dalang utama ke atas beberapa serangan terhadap parti komponen pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Cheng Hau turut mengesa agar pucuk pimpinan menjalankan satu siatasan terhadap Jui Meng dan menuntut agar Chua dilucutkan jawatan sebagai Ketua PKR Johor.

Gesaan yang dibuat oleh Cheng Hau itu turut disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat itu dan akan menubuhkan satu badan siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut.

Walaupun ada di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang merasakan isu ini tidak akan memberi kesan terhadap jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun rakyat dan masyarakat perlu melihat isu ini dari sudut yang lebih luas.

Isu pokok yang perlu dilihat ialah, kegagalan pimpinan pakatan pembangkang dalam mewujudkan satu kerjasama yang kuat di kalangan parti komponen mereka. Dan keharmonian antara mereka hanyalah sandiwara semata-mata dan yang paling utama saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Dan seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya dan sekaligus merampas kerajaan negeri Johor (semoga Allah menjauhkan) kerajaan yang bakal dibentuk adalah merupakan kerajaan yang rapuh.

Kegagalan mereka mewujudkan kerajaan yang kuat bakal menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh merudum sekaligus meningkatkan kadar inflasi yang bakal menghimpit dan membebankan rakyat.

Dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang lemah di kalangan parti komponen akan menyebabkan pimpinan negara menjadi telalu sibuk dengan politik dan isu berkenaan ekonomi dan pembangunan akan turut diketepikan.

Cuba kita renung sejenak sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu, bila mana pemimpin saling berebut kuasa sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi lemah, penjajah telah mengambil kesempatan sehingga berjaya menumbangkan kerajaan yang ada pada ketika satu demi satu.

Di harapkan semoga rakyat dan masyarakat dapat melihat bagaimana kerakusan untuk mendapatkan kuasa, telah membutakan mata mereka sehingga terdorong untuk melakukan apa sahaja. Dalam kamus perjuangan mereka, ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah sebagai satu cara mengunakan apa sahaja bentuk asalkan ia membolehkan mereka mencapai apa sahaja yang diinginkan.

Suara Generasi Baru
-

Tuesday, 19 February 2013

PANAS: DAP dan PKR Bergaduh, Semua Salah UMNO? Bodoh Punya Statement!


Apa ke jadah nih? Asyik-asyik nak menuding jari pada orang lain. Rumahtangga sendiri yang bermasalah, orang lain pulak dituduh jadi penyebab. Adeeh! Pakatan Rakyat ni dah kehabisan modal nak menutup malu tentang konflik dan krisis kepimpinan dalaman. Tak ke pelik ada orang jenis macam ni. Itu pun ada orang masih percaya kat penipu-penipu nih.

Konflik Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebenarnya petunjuk bahawa Pakatan Rakyat tak boleh bersatu dalam segala hal waima tentang pengagihan kerusi sekali pun. Bagaimana nak memerintah negara waima Negeri Johor sekali pun. Teman menjadi lebih pelik bila krisis dalaman ini dikaitka pulak dengan UMNO. Apa hal?

Baca kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh  ini,
"Pihaknya yakin wujud tangan hitam daripada pihak lawan yang sengaja mahu sabotaj kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat".

Weh! Kalau nak bercakap tu berpada-pada la sikit. Kome yang bergaduh pasal pengagihan kerusi dan calon, kenapa pulak disalahkan orang lain? Perkataan "pihak lawan" itu sudah tentu ditujukan kepada UMNO. Semua orang tahu perangai Pakatan Rakyat bagi menutup kesalahan diri sendiri. Teman difahamkan Dr Boo Cheng Hau ni pun, kalangan ahli DAP Johor pun tak suka kat dia. Jangan pulak disalahkan UMNO. Apa punya bodoh la statement! ptuiii!!!
-

GEMPAR! Chua Jui Meng Bergaduh Di Johor


Siapa tak kenal Pakatan Rakyat! Kaki fitnah dan kaki gaduh serta kaki cari pasal. Belum lagi dapat perintah Malaysia, dah bertelagah sesama sendiri. Ini adalah bukti parti-parti dalam Pakatan Rakyat tak sebulu dan menyimpan perasaan busuk membusuk hingga menikam kawan dari belakang.

Insiden terbaru, konflik antara DAP dan PKR di Johor terdedah. Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor. Maka menggelabah lah DAP bila konflik antara kalangan sendiri terdedah. Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyat hanya gabungan parti-parti yang longgar. Tak perna berdaftar sebagai sebuah parti seperti Barisan Nasional. Masing-masing dengan agenda tersendiri dan menyimpan perasaan benci membenci dalam diam. mana mungkin boleh memerintah negara jika masalah dalaman tak dapat diatasi. Fikir-fikirkan lah..
-

DAP, PKR Bergaduh Teruk Di Johor: Jui Meng Dituduh Dalang



Amat menarik melihat gelagat pengkhianat BN,  Datuk Dr. Chua Jui Meng, yang dikatakan kini menjadi “pengkhianat” yang cuba memecah-belahkan Pakatan Haram Johor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bukan cerita dibuat-buat, namun kenyataan Pengerusi DAP Johor,  Dr Boo Cheng Hau baru-baru ini menjelaskan betapa “busuk”nya gerakan bekas Menteri Kesihatan itu…

Dr. Boo berkata, dia percaya bahawa Jui Meng merupakan dalang di sebalik “gerakan bawah tanah” yang kerap menyerang DAP Johor sejak beberapa bulan yang lalu seolah-olah tidak mahu parti pimpinan Karpal Singh itu kuat di negeri tersebut.

Antara serangan Jui Meng terhadap DAP sebagaimana yang didakwa Dr Boo ialah sikapnya yang mengkritik hasrat DAP yang mahu meletakkah Ahli Parlimen Bukit Bendera untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah yang disifatkan sebagai “tidak matang”.

Menurutnya lagi, Jui Meng juga selamba mengumumkan diri akan bertanding di Gelang Patah sedangkan rundingan pembahagian kerusi untuk PRU ke-13 di kalangan parti Pakatan Haram di sana masih lagi belum selesai.

Sebagai orang lama di Johor, Dr. Boo mengatakan bahawa Pakatan Haram Johor aman damai, tenteram dan tidak pernah berpecah belah selama ini.

Namun setelah kehadiran Jui Meng di sana pada tahun 2009, Pakatan Haram di negeri itu kucar-kacir dan porak peranda dengan pelbagai masalah dalaman yang agak payah untuk diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang di negeri itu.

Sehingga kini, Pengerusi DAP Johor itu terpaksa mendesak Anwar Ibrahim agar turun ke negeri paling selatan itu untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Jui Meng tersebut.

Begitulah prestasi dan kedudukan Jui Meng sebenarnya di Johor. Diam tidak diam, dia buat hal pula di Johor. Mujurlah dia sudah keluar dari MCA. Kalau tidak, mungkin MCA akan “demam, tak kebah-kebah” sampai PRU nanti…

Persoalannya, apakah Anwar mampu menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Jui Meng itu? Walaupun gaya rambut dan raut wajah Jui Meng seakan-akan mirip Anwar, apakah “pemimpin anugerah Yahudi” itu akan menyebelahinya?

Sebagaimana maklum, Anwar cukup terkenal dengan sikap bermuka-muka dan gemar membodek DAP untuk memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri. Dalam ertikata lain, Anwar dilihat menumpang pengaruh DAP untuk mendapat undi kaum Cina…

Di Johor, Jui Meng dilihat oleh masyarakat Cina sebagai “api dalam sekam” atau “gunting dalam lipatan”. Dia dikatakan cuba “menikam rakan sendiri dari belakang” di mana sikap ini menjadi satu kepantangan di dalam budaya kaum Tiong Hua.

Gelang Patah sebelum ini menyaksikan calon PKR, Zaliha Mustafa, tewas ditangan calon BN, Tan Ah Eng. Dari sudut strategik, Parlimen itu dikatakan menjadi “favorite” untuk ditandingi oleh calon dari kalangan kaum Cina.

Soalnya, sama ada Jui Meng atau Liew bertanding di Gelang Patah, calon Pakatan Haram boleh menang, kah? Berebutkan tempat yang kalah dan menjangkakan diri sendiri menang di kawasan itu hanya berbekalnya alasan “kaum”?

Saya yakin jika Jui Meng bertanding di Gelang Patah, berkemungkinan besar dia akan kalah teruk memandangkan dia dilabel sebagai “pengkhianat” rakan sendiri. Dan jika Liew pula yang bertanding di sana, apakah DAP fikir Jui Meng akan berdiam diri?

DAP jangan terkejut nanti jika tiba-tiba saja ada sabotaj dari PKR Johor di Parlimen Gelang Patah. Sudahlah disabotaj, berdepan pula dengan calon BN yang bukan calang-calang kekuatannya di Johor, mungkin calon Pakatan Haram akan jadi “lauk” nanti, kan?

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...