Sunday, 27 January 2013

Kisah Artis Seperti Kacang Lupakan Kulit


Teman pun biasa dengar cerita artis macam ni. Cuma tak diheboh-hebohkan sangat pun. Kisah artis seperti kacang lupakan kulit. Dah makan buang pulak! Adeehh!! nasib kulit kacang la. Kalau kulit kacang boleh dimakan, apa pulak nak bubuh perumpamaan lain.Uhuk! Ikuti kisah seorang artis yang tak bernama ini yang sayis ini..heeee

Bagai kacang lupakan kulit. Itulah perumpamaan paling hampir menggambarkan perkhabaran yang baru CAK terima daripada seorang kenalan. Perkara sama pernah dilalui CAK beberapa tahun dulu dan kerana itu CAK faham apa yang dirasakan si mangsa.

Kejadian ini berlaku kepada seorang artis. Siapa orangnya, tak bolehlah CAK dedahkan. Bukan apa nanti insan yang melukakan hati si mangsa menggelupur pula dan sememangnya si mangsa tak sampai hati biar kawannya itu malu. Jadi biarlah identiti mangsa dan sahabatnya itu dirahsiakan. Untuk mudahkan cerita, izinkan CAK namakan si mangsa sebagai A dan sahabat yang bagai kacang lupakan kulit itu B. Apapun, cerita ini CAK dengar dari sebelah pihak dan kalau B mahu tampil beri penjelasan, CAK alu-alukan. Mana tahu versinya berbeza pula. Sebelum ini, B selalu mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya. Tawaran berlakon dan menyanyi tak seberapa sedangkan dia perlu duit yang banyak untuk tampung hidup. Kalau solo lain cerita, ini ada anak yang perlu disuap. Pendek cerita, dia buntu mana mahu cari pendapatan tambahan bagi memastikan serba-serbi mencukupi. Si A simpati apabila mendengar keluhan B. Dengan niat mahu membantu, dia mengajak B mengikut jejak langkahnya berniaga. Langsung dia tidak lokek ilmu, dibantu rakannya itu hingga ada pendapatan tambahan. Bila mula merasa duit banyak di tangan dan kebetulan pula tawaran menyanyi serta muncul di TV tiba-tiba meriah, B jauhkan diri daripada A. Senyap sunyi, langsung tak dengar khabar berita. Terfikir juga A apa yang dia sudah buat sampai B tiba-tiba lupakannya. Setiap kali fikirkan perkara itu, hatinya sedih apatah lagi B kawan baiknya. Selama ini dia tidak pernah berkira malah atas dasar persahabatan, dia sanggup mengajar B cara-cara berniaga. Tub-tub bila dah senang sikit, terus lupakan dia. Sabar jelah.

Sumber
-

Ribuan Rakyat Sambut Kepulangan PM Ke Tanahair



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara dan bagaimana ia menjadi tonggak dalam perjuangan.

Katanya, rakyat Malaysia harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Gaza dan bersatu memperjuangkan hak asasi kemanusiaan.

Perdana Menteri berkata, mesej yang sama telah disampaikan ketika lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza minggu lepas.

"Saya pergi ke sana selain daripada mesej kemanusiaan ialah (menyampaikan) mesej bahawa kalau mereka tidak bersatu, kalau mereka tidak tubuhkan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas mereka pasti tidak ada masa depan.

"Ingatlah bahawa tunjang kepada segalanya adalah perpaduan. Perpaduan itu amat penting, pengajaran kepada kita di Malaysia pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menceritakan pengalaman beliau di Gaza bersama ribuan rakyat yang menyambut kepulangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dari Switzerland sejurus tiba di di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11.20 pagi Ahad.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman serta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah.


Najib berkata, isu penindasan di Palestin tidak hanya menjadi isu masyarakat Islam tetapi telah menjadi isu hak asasi kemanusiaan.

Katanya, keputusan pergi ke Gaza dibuat kerana isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia selepas membantu dengan cara menghulurkan derma dan bantuan melalui kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Justeru katanya kunjungan ke sana amat penting bagi menyampaikan mesej bahawa mereka tidak 'berseorangan' dalam isu ini.

Beliau menjelaskan walaupun sokongan moral, kewangan dan politik boleh diberikan tetapi kesudahannya rakyat Palestin perlu mengambil langkah perpaduan.


"Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka (pemimpin) bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh dengan kerajaan dan rakyat sesama sendiri dalam perjuangan mereka.

"Saya beritahu kepada dia (Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh) 'ini mesti dilakukan'. Bila saya berjumpa dengan Presiden Morsi saya kata tolong bantu mereka (Hamas-Fatah) ini untuk berunding sehingga kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan.

"Kalau ini menjadi kenyataan maka adalah harapan perjuangan mereka itu akan memperolehi kejayaan. Tetapi kalau mereka tak bersatu segalanya akan berakhir dengan kehampaan secara berterusan...penderitaan tidak akan kehabisan," katanya.

Beliau berkata rakyat akan mendapat masa depan yang lebih gemilang dengan bersatu.

"Kalau kita semua bersatu, kalau kita semua tahu membuat pilihan yang tepat dan melakukan apa yang ditutnut oleh agama kita dengan izin Allah kita akan dapat masa depan yang jauh lebih gemilang untuk Malaysia," katanya.

Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.

Selepas lawatan ke Gaza, Najib dan isteri berangkat ke Davos di Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia.

Sumber


-

Kalimah Allah: PAS Dah Hilang Akal. Adeehh!!!


Apa cerita ni der! Tiba-tiba je PAS suruh Mufti-Mufti buat muzakarah la pulak. Muzakarah apa lagi. PAs dah buat muzakarah sendiri-sendiri. PAS sendiri tak iktiraf Mufti-Mufti yagng didakwa Mufti UMNO. Nak suruh mufti buat muzakarah pulak. Adeehhh! Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam. Polemik Kalimah Allah menjadi topik yang digesa bincang dalam Muzakarah tersebut.

Teman pun tak tau la, siapa yang mengelabah ni. Yang teman nampak, PAS yang tengah menggelebah. Demi mahu mempertahankan Guan Eng dan DAP, sanggup menyalahkan orang lain. Rakan sekutu DAP buat diam je. Sengaja mahu menimbulkan polemik Kalimah Allah untuk memecahbelahkan umat Islam. Sampai hari ini Guan Eng sendiri mengelak untuk memberi sebarang komen. Sepatutnya PAS mendesak Guan Eng tarik balik kenyataan dan tuntutan pengunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Ini terbalik pulak. Salah UMNO jugak. Adeess! Dah tak ada modal la tu bila kena muka sendiri. Ahli-ahli PAs dah mula menolak kepimpinan PAS yang melacurkan Islam, mula dah mengelabah tak tentu arah cari salah UMNO. ptuiii!!!!..
-

Tu Dia! Muka-Muka Calon PAS Bukan Islam Didedah


Hah! PAS nak letakkan calon bukan Islam dalam Pilihanraya ke 13 dibanyak tempat. Adeehh!!! Siapa pulak calon Islam PAS yang akan terkeluar! Kesian, kena naya dengan Hadi Awang. Terkini, calon PAS bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)  akan bertanding di Melaka, Johor, Kedah, Perak dan Sarawak. Manakala di tempat lain ditentukan kemudian. Tu dia! Punya la banyak tempat deme nak letakkan calon bukan Islam. Baik punya!

Muka yang bercakap tu pun, berhajat besar sejak awal lagi. Punya la pulun habis nak pastikan mendapat tempat untuk jadi calon. Teman yakin, mestikan  ada penentangan dari dalaman PAS terutamanya kerusi-kerusi yang diidam-idamkan oleh DHPP ni. Melepas la puak-puak PAS yang berjuang gila sampai naik rak! Padan muka! Kome kena tipu..heee..
-

Penipuan Mazlan Aliman Didedah


Teman memang dah agak, Isu peneroka felda yang diwar-warkan oleh Mazlan Anak Beruk memang hanya mainan politik. Banyak tuntutan Mazlan Anak Beruk tak masuk akal langsung. Pengakuan peneroka felda sendiri menganggap Mazlan Anak Beruk ni seperti api dalam sekam dan seperti duri dalam dalam daging yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini . Peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda. Mazlan Anak Beruk ni hanya bermain politik demi kepentingan peribadi.

Ikuti pengakuan peneroka felda yang menceritakan segala-galanya.


KUANTAN - "Bagai menatang minyak yang penuh". Itulah ibaratnya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kebajikan peneroka di seluruh negara.

Bagi peneroka, pelbagai kemajuan yang dikecapi mereka selama ini daripada pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bukanlah omongan kosong.

Hasilnya, peneroka kini hidup dengan selesa dengan memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan berbanding keadaan ketika mula menyertai program Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dicengkam kemiskinan.

Bagi mereka, segelintir peneroka yang menentang kerajaan, ianya tidak ubah seperti "melepaskan anjing yang tersepit" yang tidak tahu menghargai bantuan yang telah diberikan kerajaan dengan bersikap "kacang lupakan kulit'.

Sejak Felda diasaskan pada 1 Julai 1956, bertujuan menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baharu dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka, sehingga kini terdapat lebih 112,635 peneroka di seluruh negara.

Di Pahang sahaja, terdapat 43,124 orang peneroka, dan daripada jumlah itu 40,901 peneroka terlibat dengan penanaman sawit manakala selebihnya terlibat dengan penanaman getah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Unit Korporat Felda, Aman Shah Alladin, keluasan penempatan dan ladang di tiga wilayah Felda di Pahang melebihi 185,000 hektar.

Beliau berkata sehingga akhir 2011, seramai 34,000 peneroka telah diberikan hak milik tanah, manakala selebihnya masih dalam proses pemberian hak milik tanah itu.

Mat Zahari Derahman, 55, Ketua Kampung Felda Bukit Goh, dekat sini, berkata para peneroka dilihat tidak mempunyai sebarang sebab untuk menentang kerajaan yang banyak berjasa kepada golongan itu.

Beliau yang menyertai Felda sejak 1970 berkata pelbagai bantuan dan program meningkatkan taraf hidup peneroka yang dilaksanakan kerajaan dan ianya tidak boleh dinafikan sama sekali.  

"Pelbagai inisiatif seperti pembiayaan pembesaran rumah tanpa faedah, pembinaan rumah untuk generasi kedua, program pendidikan untuk anak peneroka, program agropolitan, Tabung Kebajikan Peneroka, Skim Pinjaman Komputer tanpa faedah, skim insentif usahawan Felda, bantuan sara hidup tanama semula, bonus insentif produktiviti, dan terbaharu "durian runtuh", semuanya memberi manafaat besar kepada kami.

"Hidup perneroka kini ibarat "tikus jatuh dalam beras"," katanya.

Beliau berkata para peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda.

"Apabila terdapat yang menentang seperti Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), ianya tidak ubah seperti "api dalam sekam", seperti "duri dalam daging", yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini," katanya.

Generasi kedua Felda turut melahirkan rasa syukur berikutan kehidupan yang mereka nikmati sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang menetap di kampung-kampung tradisional.

Beliawanis Felda Bukit Kuantan, Norehan Saleh, 28, berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pemberian durian runtuh semasa menghadiri perhimpunan bersama lebih 20,000 warga peneroka pada 31 Mac 2012 turut menyenaraikan generasi kedua sebagai penerima itu.

"Hari ini, kita berada di ambang satu lagi pembaharuan yang bersifat lonjakan berganda, bukan pembaharuan yang sedikit, bukan bantuan yang dikatakan sedikit peningkatan tetapi ianya satu lonjakan berganda yang dicetuskan oleh Perdana Menteri untuk faedah besar warga peneroka," katanya.

Beliau berkata usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad baru-baru ini merupakan satu lonjakan berganda untuk warga peneroka dalam menghadapi persaingan di peringkat global.

"Generasi kedua Felda bukanlah seperti "katak di bawah tempurung", kami juga bersedia untuk bersama-sama melaksanakan transformasi nasional negara," katanya.

Jasmi Faisal Muda, 31, dari Felda Kota Gelanggi 3 berkata setiap kemudahan diberikan Felda secara tidak langsung membantu golongan muda termasuk generasi kedua untuk berjaya dalam pelbagai bidang.

"Setiap peluang yang disediakan harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak disia-siakan. Peluang yang datang mungkin tidak dapat dikecapi oleh belia di bandar atau luar bandar yang lain.

"Saya rasa mereka yang menentang apa yang dilakukan kerajaan dalam meningkat taraf hidup kami sebagai anak peneroka ini, ianya tidak ubah seperti "tikus mahu membaiki labu," katanya.- Bernama
-

Guan Eng Tak Berani Nak Bersuara La Pulak, Pengecut!


Guan Eng lari sampai ikut pintu belakang. Takut nak jawab pasal isu yang Guan Eng reka sendiri, tuntutan penggunaan Kalimah Allah bagi Bible Versi Bahasa Melayu. Pandai baling batu, tapi sembunyi tangan. Tak ada telor. Ahli politik yang tak bertanggungjawab. Inilah Khalifah Arrasyiddin yang dipuja-puja oleh PAS. Jenis yang mahu merosakkan agama Islam. Manusia yang cuba memecahbelahkan umat Islam. Spesis Yahudi yang tak kenal diuntung.ptuiii!!!

Guan Eng tak mahu menjawab sebarang komen walaupun didesak oleh media. Alasan bodoh yang diberi bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh media. Adeehh! Kenapa la lu bodoh sangat. Zaman sekarang zaman teknologi la wei!. Buat la rakaman video dan segala bagai kaedah. “biarlah orang nak kata apa pun dan saya tetap tidak mahu menjawab lagi,” Itu aje jawapan bodoh biul yang boleh Guan Eng beri. Ahli politik apa la jenis manusia macam ni. Kalau nak memfitnah, suka-suka mak bapak dia je. Elok la bapak dan anak sama je.

Sebelum ini, Karpal Singh sendiri mengakui tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu menunjukkan beliau masih dengan pendirian yang sama. Ye la tu. Kita tengok nanti,. Lu ingat lu kuat ek! Lu ingat orang Islam boleh diam macam tu je ke? Lu ingat Orang Islam bodoh ke? opppss..lupa pulak..PAS bodoh sebab selalu kena tipu dengan Guan Eng! ptuiii!!!!
-

Video Kucing Tengah tut.tut..Hangat di Internet

Teman tak nak komen apa-apa. Teman nak gelak guling-guling. Sakit peruk tengok telatah kucing ni. Macam-macam la dunia sekarang. Ini teman dapat dari blog Katak Comel. Seekor kucing berdiri tegak sambil menggosok-gosok kaki depannya di perut menjadi topik trending yang hangat di China. Kucing itu kelihatan seolah-olah sedang melakukan onani. adeeeh!! Biar betul! Cerita macam ni pun jadi trending ek!heee..

Kome tengok la video kucing gatal tu DISINI
-

Dua Beradik Dikurung Nenek Jahat Berubah Rupa Dalam Bentuk 3D


Kisah dongeng dua beradik yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam hutan, Hansel dan Gretel, yang menemui sebuah rumah diperbuat daripada biskut, kek dan gula-gula memang amat popular. 

Cerita dongeng kanak-kanak dari Jerman itu juga bertebaran luas di seluruh dunia serta diceritakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sehingga ke hari ini. Ia turut dirakam dalam pelbagai bentuk media, namun paling popular mungkin opera pada 1893 dan kemudian menemui penonton dalam bentuk animasi pada 1950-an. 
Kini, kesinambungan kisah dua beradik itu diteruskan dengan perjalanan mereka dalam memburu ahli sihir jahat pula. 

Hansel and Gretel: Witch Hunters memaparkan permulaan cerita yang menarik, di mana penonton dibawa menyaksikan semula bagaimana dua beradik terbabit dikurung seorang nenek tua dalam sebuah rumah. Hansel diberi makan agar menjadi gemuk dan dapat dijadikan hidangan wanita terbabit manakala Gretel pula diseksa sebagai orang suruhan. 

Tidak tahan dengan layanan diberikan, Gretel memberanikan diri melawan ahli sihir berkenaan. Dalam usahanya itu, dia tidak menyangka kuasa sihir wanita tua terbabit tidak dapat menembusi dirinya. 

Dengan kekebalan yang dimiliki, Gretel dan Hansel melawan kuasa jahat ahli sihir terbabit, lalu membakarnya hidup-hidup. Sejak itu Hansel, lakonan Jeremy Renner, dan Gretel (Gemma Arterton) menjadi pemburu ahli sihir. 

Selepas beberapa tahun dan kini bergelar pemburu yang cekap, mereka diminta oleh Datuk Bandar Augsburg bagi menyelesaikan misteri kehilangan kanak-kanak perempuan di bandar itu. 

Kehilangan mereka menjadi misteri sehinggalah kedua-duanya bertemu ahli sihir paling berkuasa bernama Muriel (Famke Janssen) yang menculik 12 kanak-kanak untuk dijadikan korban Blood Moon, acara yang menghimpunkan ahli-ahli sihir. 

Bukan hanya kanak-kanak terbabit, bagi melengkapkan ramuan untuk menguatkan kuasanya, Muriel turut menjadikan Gretel mangsa kerana ingin memiliki jantungnya yang turut mempunyai keajaiban. 

Hansel and Gretel versi 2013 ini sememangnya amat menarik, bukan saja dek kerja kamera yang menakjubkan, malah lebih menghiburkan apabila filem ini dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi (3D). 

Selain itu, dua tunjang utamanya, Renner dan Arterton berupaya memberikan lakonan meyakinkan untuk menjadikan judul ini tidak rugi ditonton. Sememangnya, dua bintang berkenaan bukan calang-calang pelakon. 

Renner kini menjadi buruan produser filem, terutama dalam genre aksi, hasil keberkesanan lakonannya dalam beberapa filem terdahulu, termasuk The Hurt Locker, The Town, The Avengers, Mission: Impossible – Ghost Protocol dan The Bourne Legacy. Malah, dia yang pernah dicalonkan dalam kategori pelakon pembantu pada Anugerah Golden Globe diletakkan oleh The Hollywood Reporter sebagai bintang muda yang tidak lama lagi akan memasuki senarai A dalam industri perfileman yang besar itu. 

Teknik solekan dalam filem ini juga cukup meyakinkan. Lihat saja bagaimana wajah ahli sihir berubah dalam pelbagai bentuk. Paling tidak, teknik solekan berkenaan menghidupkan lagi watak jahat Muriel. 

Begitupun, judul ini tidak dapat lari daripada aspek yang boleh dipertikaikan penonton. Mungkin agak keterlaluan apabila kuasa sihir digambarkan bertempur dengan senjata api. Namun, kelemahan itu sekurang-kurang ditutup dengan jalan cerita serta persembahan pelakonnya yang baik. 

Selain itu, penonton juga pastinya leka dengan rekaan kostum, arahan seni serta set yang digunakan bagi filem ini.

Sumber
-

Lim Kit Siang Politikkan Kematian William


Teman kecewa dengan sikap Kit Siang. Ini bukan satu politik matang yang wajar diketengahkan. Isu kematian kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhing mahu dipolitikkan oleh Kit Siang. Kome tengok apa yang Kit Siang kata di ruang Twitter. Bangsat sungguh Kit Siang. 

Cerita tragis kanak-kanak malang ini tak seharusnya dipolitikkan. Masih mahu menyalahkan UMNO. Apakah jenis manusia deme ni. Asyik nak berpolitik memanjang. Begitu jugak kes tiga sekeluarga ditemui mati membunuh diri di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru tempohari mengatakan UMNO yang salah (SINI). Adeehh!! Lu ada akai ka?

Khairy Jamaluddin telah membidas Lim Kit Siang di facebooknya dengan berkata:

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Show some class, please!"

Teman rasa Kit Siang ni dah nyanyok. Lagi bahalul! Itu pun ada Melayu jadi pencacai DAP ni jugak. Bodohnya Melayu tu!!!!
-

Sebab-Sebab Anwar Takut Bertanding di Permatang Pauh


Teman sebenarnya baru perasan. Itu pun bila membaca entry Blogger Anak Seberang. Baru-baru ini Anwar China Doll membayangkan akan berpindah kerusi untuk Pilihanraya ke 13 nanti. Teman terfikir jugak mengapa Anwar China Doll ni cuba melarikan diri dari kerusi Parlimen Permatang Pauh seperti teman dah ulas sebelum ini (DISINI). 

Rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Desas desus mengatakan calon UMNO/BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah seorang yang digeruni oleh Anwar China Doll sendiri. Dr Mazlan Ismail yang juga adalah Pegawai Memerintah semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail. Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang akan bertanggung jawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan. Adeehh!!! Biar bebenor yeop. Takut betul Anwar China Doll ni dengan Dr Mazlan.

Teman difahamkan Dr Mazlan sendiri akan membuka bilik gerakan Pilihanraya Parlimen Pauh di Kubang Ulu. Dr Mazlan dikatakan berpewatakan alim dan bersih, seorang yang terpelajar jauh beza berbanding dengan Anwar yang hanya ada Ijazah Am Pengajian Bahasa Melayu serta anak tempatan yang datang dari Mengkuang dan yang paling penting, Dr Mazlan dikatakan 'winnable candidate' yang direstui oleh DS Najib sendiri.

Patut la. Terbongkar sudah pekung di dada. Apa sebenarnya ceritanya, akhirnya didedahkan. Ikuti pendedahan lanjut DISINI.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...