Showing posts with label Parlimen Permatang Pauh. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Permatang Pauh. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

GEMPAR! PAS Permatang Pauh Boikot Anwar Dan PKR


Permatang Pauh sekarang ini panas..Panas bukan dek terik matahari tapi panas dek PAS Permatang Pauh tidak mahu bersekongkol dengan PKR.

Kemelut PAS Permatang Pauh dan PKR Cabang Permatang Pauh bukannya baru,sejak sekian lama semenjak PRU 12 makin bernanah.

Terkini di Kubang Semang satu majlis solat hajat Perdana sempena PRU13 diadakan.Pihak PKR Permatang Pauh menganjurkan majlis solat hajat tersebut di Madrasah Pusat Pengajian An-Nadhoh Kubang Semang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang menariknya ,program ini diumumkan awal,sebaran melalui risalah dan banner diseluruh Parlimen Permatang Pauh memwarwarkan akan kehadiran Anwar.

Kehadiran hanya lebih kurang 200,kesemuanya ahli PKR ,turut menyemakkan majlis dengan kehadiran Hj Halim Speaker Dun Pulau Pinang,ketua AMK Amir Ghazali,Suhami Pengerusi JKKN Kubang Semang.

Pisau lihat solat hajat yang diimankan oleh Hj Mutalib YDP Pusat Pengajian An Nadhoh yang kemudiannya disusuli dengan majlis bacaan yassin. Tujuan majlis tahlil dan solat hajat diadakan adalah untuk menolak fitnah terhadap Anwar dan juga memohon kemenangan PR pada PRU 13 nanti.

Majlis solat hajat perdana ini diadakan kali pertama pada tahun ini di Pusat Pengajian An Nadhoh,ia melibatkan para pelajar tahfiz,pemimpin dan tokoh dari PKR peringkat cabag cabang dalam kawasan Seberang Perai.

Selesai saja majlis mudir Madrasah telah menjemput Anwar untuk menyampailan ucapan. Walau bagaimana pun Anwar menolak untuk berucap.Wajahnya ketika itu cukup mengambarkan perasaan kurang gembira dan tidak ceria.

Puncanya dek kerana kehadiran pada majlis ini cukup buruk,Pisau mendapatkan gambaran sebenar kenapa kehadiran yang cukup teruk walaupun Anwar sendiri hadir. Keluh salah seorang rakan AMK katanya program ini diboikot sepenuhnya oleh PAS Permatang Pauh.

Pada kebiasaanny majlis seperti ini sudah pasti akan mengundang hadirin yang cukup ramai dari penyokong pakatan khususnya dari PAS. Apatah lagi ia diadakan di Madrasah An Nadhoh yang menjadi pusat kegiatan PAS Kawasan Permatang Pauh.

Pisau hubungi rakan didalam PAS Permatang Pauh ,katanya Penyokong dan ahli PAS Permatang Pauh tidak mahu melibatkan diri dalam apa apa aktiviti yang dibuat oleh PKR Permatang Pauh apatah lagi jika Anwar yang hadir.Sedikit pun tidak mengejutkan Pisau kerana sudah beberapa kali melaporkan perpecahan diantar pakatan di Permatang Pauh terutama yang PAS Kawasan yang sudah hilang sabar dek tuntutan untuk dapatkan kembali kerusi Penanti dan Parlimen Permatang Paun yang sekarang ini disandang oleh PKR.

Sekitar majlis tersebut,Pisau lihat 90% adalah pelajar tahfiz,selebihnya adalah pemimpin pemimpin PKR peringkat Cabang dalam daerah Seberang Perai.

Pisau kata ” PAS Permatang Pauh cukup kenal siapa Anwar!!!”

Sumber
-

Friday, 22 February 2013

HOT! Anak Muda Serbu @shaberyc di Permatang Pauh


Wah! Biar betul! Ramainya weh! Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek kena serbu di Permatang Pauh. Apa cer? Rupanya Menteri Belia dan Sukan telah hadir Program Sembang Santai Belia Bersama YB Menteri Belia dan Sukan malam tadi di Route 69, Bandar Perda, Permatang Pauh.

Hampir 200 orang anak-anak muda hadir dan beramah mesra dengan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir pemimpin-pemimpin belia setempat dan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam juga turut sama-sama YB Menteri Belia dan Sukan.

-

Saturday, 2 February 2013

BN Akan Mansuhkan Tol jambatan Pulau Pinang


Ini berita baik! Mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang untuk motosikal. Itu janji Kerajaan BN jika rakyat beri peluang memerintah semula Negeri Pulau Pinang. Ucapan dipetik di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh oleh Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang Teng Chang Yaw sebentar tadi.
Salah seorang penerima BR1M

Gimik Penyerahan Helmet 1 Malaysia

Datuk Azeez dengan Barisan Kepimpinan BN Pulau Pinang

Ini lagi satu. Kerajaan BN janji rumah mampu milik bernilai RM300 ribu untuk rakyat Pulau Pinang berbanding Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menawarkan harga rumah mampu milik bernilai RM400 ribu. Teng Chang Yaw cabar Kerajaan DAP untuk tunjukkan lebihan RM100 ribu tersebut.  Perdana Menteri DS Najib sendiri telah mengumumkan rumah mampu berharga RM300 ribu semasa Jelajah Janji Ditepati Negeri Pulau Pinang tempohari. Guan Eng kena jawab le..sila-silakan..spin la balik..kahkah.

Di program tersebut, seramai 1000 anak anak muda telah mendaftar Bantuan Lesen 1 Malaysia Program ini. Ramainya..Sambutan baik punya..ada yang jeles tuh!!
Pelepasan Konvoi Pengedaran Helmet 1 Malaysia

-

Sunday, 27 January 2013

Sebab-Sebab Anwar Takut Bertanding di Permatang Pauh


Teman sebenarnya baru perasan. Itu pun bila membaca entry Blogger Anak Seberang. Baru-baru ini Anwar China Doll membayangkan akan berpindah kerusi untuk Pilihanraya ke 13 nanti. Teman terfikir jugak mengapa Anwar China Doll ni cuba melarikan diri dari kerusi Parlimen Permatang Pauh seperti teman dah ulas sebelum ini (DISINI). 

Rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Desas desus mengatakan calon UMNO/BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah seorang yang digeruni oleh Anwar China Doll sendiri. Dr Mazlan Ismail yang juga adalah Pegawai Memerintah semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail. Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang akan bertanggung jawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan. Adeehh!!! Biar bebenor yeop. Takut betul Anwar China Doll ni dengan Dr Mazlan.

Teman difahamkan Dr Mazlan sendiri akan membuka bilik gerakan Pilihanraya Parlimen Pauh di Kubang Ulu. Dr Mazlan dikatakan berpewatakan alim dan bersih, seorang yang terpelajar jauh beza berbanding dengan Anwar yang hanya ada Ijazah Am Pengajian Bahasa Melayu serta anak tempatan yang datang dari Mengkuang dan yang paling penting, Dr Mazlan dikatakan 'winnable candidate' yang direstui oleh DS Najib sendiri.

Patut la. Terbongkar sudah pekung di dada. Apa sebenarnya ceritanya, akhirnya didedahkan. Ikuti pendedahan lanjut DISINI.
-

Thursday, 24 January 2013

Tu Dia! Anwar brahim Cabut Lari Dari Permatang Pauh


Nak kata apa ek! Tiba-tiba dah tukar fikiran la pulak! Dah kecut ke apa? Anwar China Doll dah cuba nak belit-belit bagi alasan. Agaknya Anwar Cina Doll dapat rasakan orang Permatang Pauh dah tak dapat terima dia ni. Sebab tu mula nak cari tempat lain. Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dah cukup sinonim dengan Anwar China Doll dah goyah dan bergoyang.

Anwar China Doll membayangkan kemungkinan akan berpindah ke kerusi lain bagi PRU 13. eh! Macam cerita hindustan la pulak. Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar China Doll berkata "saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,”. Macam ada yang tak kena je. Cer cite? Takut mak cik-mak cik di Parlimen Permatang Pauh tu tuntut janji yang mike tak tunai tu kew! Banyak sangat mike janji. Sampai berlori-lori tapi apa pun tarak. Percaya sangat la kat Anwar China Doll. Manifesto bukan janji. kan.kan..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...