Showing posts with label Kunjungan ke Gaza. Show all posts
Showing posts with label Kunjungan ke Gaza. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Yahya Bidas Pembangkang Politikkan Lawatan PM Ke Gaza



Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin membidas pembangkang yang mendakwa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Selasa lepas bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Yahya menegaskan bahawa kerajaan sejak dulu lagi amat prihatin dan simpati terhadap nasib dan penderitaan penduduk Palestin termasuk di Gaza akibat kekejaman rejim Zionis Israel.

"Perdana Menteri sebenarnya ikhlas. Dulu dalam pasport (yang dicop) kita pun, kerajaan kita dengan jelas tidak membenarkan kita melawat Israel kerana kita tidak setuju tindakan Israel terhadap Palestin khususnya di Gaza.

"Jadi adalah tidak wajar pihak tertentu mengatakan bahawa lawatan Perdana Menteri ke Gaza adalah gimik politik semata-mata kerana dasar kita memang amat prihatin terhadap penderitaan penduduk Gaza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar persijilan Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) Burung Walit di sini, Selasa.

Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri diminta mengulas kenyataan pembangkang yang seolah-olah memperkecilkan lawatan Perdana Menteri ke Gaza. Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri itu dilihat membuka mata masyarakat dunia berhubung keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam, bahawa kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah berkaitan kerakyatan dan kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah, Yahya berkata ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu itu demi kebaikan semua pihak. Abdul Gani dipetik sebagai berkata bahawa sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan. -BERNAMA
-

Sunday, 27 January 2013

Ribuan Rakyat Sambut Kepulangan PM Ke Tanahair



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara dan bagaimana ia menjadi tonggak dalam perjuangan.

Katanya, rakyat Malaysia harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Gaza dan bersatu memperjuangkan hak asasi kemanusiaan.

Perdana Menteri berkata, mesej yang sama telah disampaikan ketika lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza minggu lepas.

"Saya pergi ke sana selain daripada mesej kemanusiaan ialah (menyampaikan) mesej bahawa kalau mereka tidak bersatu, kalau mereka tidak tubuhkan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas mereka pasti tidak ada masa depan.

"Ingatlah bahawa tunjang kepada segalanya adalah perpaduan. Perpaduan itu amat penting, pengajaran kepada kita di Malaysia pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menceritakan pengalaman beliau di Gaza bersama ribuan rakyat yang menyambut kepulangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dari Switzerland sejurus tiba di di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11.20 pagi Ahad.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman serta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah.


Najib berkata, isu penindasan di Palestin tidak hanya menjadi isu masyarakat Islam tetapi telah menjadi isu hak asasi kemanusiaan.

Katanya, keputusan pergi ke Gaza dibuat kerana isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia selepas membantu dengan cara menghulurkan derma dan bantuan melalui kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Justeru katanya kunjungan ke sana amat penting bagi menyampaikan mesej bahawa mereka tidak 'berseorangan' dalam isu ini.

Beliau menjelaskan walaupun sokongan moral, kewangan dan politik boleh diberikan tetapi kesudahannya rakyat Palestin perlu mengambil langkah perpaduan.


"Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka (pemimpin) bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh dengan kerajaan dan rakyat sesama sendiri dalam perjuangan mereka.

"Saya beritahu kepada dia (Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh) 'ini mesti dilakukan'. Bila saya berjumpa dengan Presiden Morsi saya kata tolong bantu mereka (Hamas-Fatah) ini untuk berunding sehingga kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan.

"Kalau ini menjadi kenyataan maka adalah harapan perjuangan mereka itu akan memperolehi kejayaan. Tetapi kalau mereka tak bersatu segalanya akan berakhir dengan kehampaan secara berterusan...penderitaan tidak akan kehabisan," katanya.

Beliau berkata rakyat akan mendapat masa depan yang lebih gemilang dengan bersatu.

"Kalau kita semua bersatu, kalau kita semua tahu membuat pilihan yang tepat dan melakukan apa yang ditutnut oleh agama kita dengan izin Allah kita akan dapat masa depan yang jauh lebih gemilang untuk Malaysia," katanya.

Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.

Selepas lawatan ke Gaza, Najib dan isteri berangkat ke Davos di Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia.

Sumber


-

Saturday, 26 January 2013

Ini Yang Buat Anwar Tak Tahan!


Media Amerika Syarikat (AS) di pantai timur memberikan liputan meluas lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini ke kawasan Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas. 

Banyak laporan berita memaparkan gambar Najib, memakai jaket hitam dan seluar kuning air tetapi tanpa tali leher, tiba di Semenanjung Gaza untuk melihat sendiri situasi di kawasan itu. 
Bagaimanapun, banyak daripada laporan itu mencadangkan lawatan Najib itu dipergunakan oleh Hamas untuk memperlihatkannya sebagai "pendirian menentang Israel". 

Malahan, New York Times dalam laporannya menggunakan kapsyen “Hamas Paints Malaysian Premier’s Visit as a Stand Against Israel” (Hamas Gambarkan Lawatan Perdana Menteri Malaysia Sebagai Pendirian Menentang Israel), menggunakan gambar menunjukkan Najib sedang keluar dari kereta sebaik beliau tiba di Bandaraya Gaza. 

Menurut laporan New York Times, walaupun Najib menyifatkan lawatannya ke Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas sebagai misi kemanusiaan, Hamas memilih untuk menggambarkannya sebagai "pendirian ingkar" terhadap sekatan Israel di Gaza. 

"Ini merupakan deklarasi Islam untuk memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza," kata Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman di Rafah, terletak di antara sempadan Gaza dan Mesir. 

Walaupun sekatan itu baru-baru ini dilonggarkan sedikit, kebanyakan eksport dari Gaza masih dilarang dan keadaan itu mengakibatkan perdagangan luarnya terjejas teruk. 
Lawatan Najib turut dilaporkan penerbitan lain seperti World Politics Review, laman web dasar luar berpejabat di Washington DC. 

Media AS dalam liputan mereka pada umumnya menyatakan walaupun Najib menyifatkan ia adalah lawatan kemanusiaan, tuan rumah cuba menunjukkannya sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Hamas. 

Lawatan Najib itu juga dilakukan tatkala Israel sibuk dengan pengundian bagi pilihan raya Parlimen. 

“Haniya menyifatkan lawatan Najib sebagai "respons rakyat Palestin, Arab dan Islam" terhadap lawatan pada Selasa lalu oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Western Wall di Baitulmaqdis,” menurut laporan New York Times. 

Haniya dipetik sebagai menggelar Western Wall, dikenali sebagai Al Buraq dalam kalangan umat Islam, sebagai “dinding Arab dan Islam”, dan menambah “Baitulmaqdis adalah Islam”. 

Dalam lawatan lima jam beliau ke Gaza, Najib turut meletakkan batu asas sebuah kolej perindustrian yang dibiayai Malaysia dan juga menandatangani perjanjian dengan kerajaan Hamas bagi pembinaan semula pejabat perdana menteri yang dimusnahkan oleh Israel pada November ketika pertempuran dengan Hamas. 

Media AS juga melaporkan gesaan Najib kepada rakyat Palestin supaya berdamai, menyatakan beliau berharap rundingan baru-baru ini antara Hamas dan Fatah, dua kumpulan Palestin yang mengawal Tebing Barat akan membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan. - BERNAMA 
-

Friday, 25 January 2013

Anwar Lagi Pening Bila Baca Berita Ni!


 

Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Selasa lepas akan membuka mata masyarakat dunia tentang keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengulas mengenai lawatan bersejarah itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya ia akan memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam menerajui inisiatif di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Islam untuk memperjuangkan kebebasan dan keamanan Palestin.

"Sesungguhnya lawatan bersejarah perdana menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke Gaza merupakan lambang sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel," kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Rosmah atas kejayaan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza itu, beliau menegaskan rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan keberanian perdana menteri melawat Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin.

Muhyiddin berkata ia sekali gus mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghulur apa sahaja bantuan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

"Kita juga berbangga kerana Datuk Seri Najib adalah ketua kerajaan pertama dalam kalangan pemimpin bukan Arab yang mengadakan lawatan ke Gaza," kata Muhyiddin.

Najib sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin.

Muhyiddin berkata seperti yang ditegaskan perdana menteri, Malaysia menyokong penuh kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang menjadi prasyarat kepada kemenangan rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

"Kita berharap dengan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan dua organisasi utama yang menerajui perjuangan rakyat Palestin selama ini, cita-cita membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel akan dapat dicapai dengan lebih cepat," tegas beliau.

Menurutnya, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan Najib dalam menjayakan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendukung perjuangan suci rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada penindasan rejim Zionis Israel.

"Saya berdoa semoga perdana menteri dan kita semua sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"...Mudah-mudahan dengan sokongan masyarakat dunia yang berterusan kepadaperjuangan rakyat Palestin, bumi Palestin akan kembali aman, bebas dan merdeka,"katanya. BERNAMA
-

Thursday, 24 January 2013

Siapa Sebenarnya Mahmood Abbas?


Teman ingin mengutip satu artikel yang hebat untuk kome baca yang berkaitan dengan isu kunjungan DS Najib Razak ke Gaza (Click Here). Artikel ini menyebut beberapa perkara dan membongkar siapa sebenarnya Presiden Palestin, Mahmood Abbas. Nilai sendiri..

Pasca-agresi Israel terhadap Jalur Gaza, Palestina mempunyai beberapa agenda yang cukup pelik. Selain bersiaga penuh terhadap Israel yang sewaktu-waktu bisa berlaku culas dan kejam, mereka pun disibukkan dengan konfrontasi antara Hamas dan Mahmoud Abbas.

Pasalnya, Abbas, yang secara gegabah dan sewenang-wenang ditunjuk sebagai Presiden Palestina, menyerang Hamas dengan tuduhan-tuduhan yang tak berdasar, semisal bahwa agresi Gaza disebabkan karena serangan roket Hamas ke Israel. Penyataan-pernyataan Abbas kontan membuat banyak media internasional yang telah disetir Yahudi bisa memojokan Hamas sebagai dalang perang di bumi Palestina. Sebenarnya siapakah Mahmoud Abbas?

Mahmoud Abbas, lahir di Safet, 26 Maret 1935, sekarang berumur umur 73 tahun, umumnya dikenal sebagai Abu Mazen. Ia menjadi presiden untuk Otoritas Nasional Palestina (PNA: Palestinian National Authority) pada 9 Januari 2005 dan menjabat kembali sejak 15 Januari 2005. Abbas lahir dan dibesarkan di Safet. Setamat sekolah dasar di kota itu, ia hijrah ke Suriah setelah perang tahun 1948. Ia melanjutkan sekolah menengah dan perguruan tinggi di kota Damaskus. Setelah tamat dari jurusan hukum Universitas Damaskus, ia mendirikan lembaga Palestina pertama pada tahun 1954 di Suriah. Inilah awal mula karier politiknya.

Awal tahun 1960-an, ia menjadi pegawai Departemen Pendidikan di Qatar dan bersahabat dengan Yasser Arafat (1929-2004). Ia kemudian menjadi anggota Majelis Nasional Palestina pada tahun 1968 dan memimpin perundingan tidak resmi dengan Israel pada tahun 1977. Sejak tahun 1983, ia menjadi anggota komite eksekutif Organisasi Pembebasan Palestina (PLO) serta memimpin komite nasional dan internasional yang berkonsentrasi pada urusan organisasi non-pemerintah. Ia memulai kembali perundingan rahasia dengan pejabat Israel pada tahun 1989 lewat perantara Belanda. Ia tetap menjalankan aktivitas perundingan di balik pintu dengan Israel ketika dan pasca-Konferensi Madrid tahun 1991. Pasca Konferensi Madrid, ia dipercaya menjabat sebagai koordinator urusan perundingan. Ia meletakkan rencana dan pengarahan pada tim perunding Palestina.


Abbas adalah pemimpin organisasi revolusi pertama yang menyebut aksi perjuangan dan aksi syahid rakyat Palestina  dengan sebutan “terorisme” “yang hina” dan senjatanya dengan “sia-sia” dan pemimpin pertama yang melakukan koordinasi keamanan dengan Israel dalam menangkap pejuang bangsanya sendiri. Ia juga presiden pertama yang berangkulan, berpelukan dan mendekap para pembunuh rakyatnya. Tanpa malu ia memuji dan tersenyum dengan para pembunuh itu. Ia berteman baik dengan Ariel SHaron dan George Bush.

Abbas orang pertama yang badan keamanan kepresidennya berani melanggar masjid-masjid Allah, membunuh imam masjid, penghafal Al-Quran, di negerinya sendiri. Darah Syaikh Majdi Bargothi, Muhammad Rafati, Nahidl Nimr, Muhammad Raddad (penghafal Al-Quran) adalah saksi paling nyata dari kesadisan mereka. Di bawah pemerintahan Abbas, polisi di bawah intruksinya yang pertama yang berani melakukan kekerasan terhadap warga sipil Palestina dan melepas jilbab mereka, cadar mereka di jalan-jalan umum dan kampus-kampus. Ketika pertama kali memerintah, penasihat pribadi Abbas menyelundupkan 3400 handphone di mobil dinasnya. Ia juga menyegel lembaga sosial, lembaga penghafal Al-Quran, memvonis jahat lembaga-lembaga yang menyantuni anak yatim dan keluarga korban serta keluarga fakir miskin.

Abbas mempunyai prinsip, "Tidak ada yang dapat menggantikan dialog" yang ia rujuk kepada kepentingan Yahudi tentunya. Tidak heran jika kemudian ia menjadi orang pertama yang komitmen dengan kesepakatan perbatasan profesionalisme yang mengurangi kedaulatannya sendiri dan diberikan kepada Israel. Inilah yang dilakukan ketika ia menyepakati perjanjian perlintasan Rafah yang ditandatangi dengan Muhammad Dahlan dan Israel tahun 2005. Konon, ini juga salah satu hal yang memicu Mesir membuka Rafah untuk Israel dalam agresi Gaza Desember 2008.

Sumber Dari Era Muslim

-

Anak Sungai Derhaka Meroyan Pertahan Anwar



Teman tak berniat untuk kutuk-kutuk blogger-blogger sebelah sana. Cuma teman nak berhujah supaya nampak kita sesama blogger lebih matang. "Point to Point". Mudah aje. Isu kunjungan Perdana Menteri, DS Najib Razak ke Gaza menjadi kecaman beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah beberapa blogger sebelah sana khususnya Blogger Anak Sungai Derhaka. Meh kita hujah fakta ek!

Kenapa Najib mengunjungi Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh? Mengapa Presiden Mahmood Abas meroyan tak puashati.

Hamas adalah pejuang sebenar untuk Palestin. Pejuang menegakkan kemerdekaan Palestin. "Proksi Israel" Mahmood Abbas ni meroyan sebab Najib tak mengunjunginya sebaliknya mengunjungi orang yang sepatutnya menjadi Presiden Palestin iaitu Ismail Haniyeh. Mana mungkin orang yang kalah dan tak ada sokongan rakyat boleh jadi Presiden. Siapa yang menang Pilihanraya Palestin? Ismail Haniyeh. Siapa yang patut jadi Presiden Palestin? Islamil Haniyeh. Mahmood Abbas menjadi Presiden adalah nama yang diangkat oleh Amerika Syarikat atas arahan Israel. So, fikir!!!

Apa yang Mahmoud Abbas lakukan bila Israel menyerang rakyat Palestine? Dia hanya senyum sambil berkata "Padan muka korang". DS Najib lebih tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Haniyeh ada seorang pejuang yang berjuang memerangi Israel dan diangkat sebagai pemimpin melalui pilihanraya apabila HAMAS mengalahkan Fatah.

Persoalan, apa yang dilakukan oleh Mahmood Abbas bila rakyat Palestin dibunuh dengan kejam? Dialog dan berkunjung ke US. Itu aje. Apa tindakan? Tak ada? Teman pun tertanya-tanya, mengapa pemimpin Pakatan Rakyat meroyan di atas kunjungan Najib ke Gaza? Sebagai Perdana Menteri ada hak untuk melebarkan hubungan antarabangsa dan kemanusiaan berasaskan dasar-dasar luar negara. Najib sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat belum lagi jadi pemimpin negara. So, "please dont talk nonsense". Kalau pemimpin Pakatan Rakyat tak nak pergi ke Gaza, jangan lah mengecam orang yang berbuat demikian. Rakyat menilai!..

Nak tau siapa sebenarnya Mahmood Abbas ni, Jenguk SINI
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...