Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

Kami Bertempur Dengan Pengganas Sebenar, Bukan Sandiwara


Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan.

"Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, Rabu.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

Seorang lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Terdahulu, lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara itu, yang diterbangkan melalui pesawat Charlie C-130, pada kira-kira 9.50 pagi.

Jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh.

Jenazah Ahmad Farhan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor.

Menyifatkan Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur di medan perang.

"ATM akan membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu," katanya.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas pengkebumian tersebut.

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan negara memandangkan ramai anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan.

"Hentikan sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara. Kita tak mahu satu pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa).

"Kita semua rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan teruskan perjuangan mereka untuk pastikan negara kita selamat sampai bila-bila," katanya.

Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada negara walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya.

"Kalau ada lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa... rakyat kita, tentera kita sendiri... hari ini anak Kelantan telah mempertaruhkan nyawa untuk kedaulatan negara.

"Hilangkan syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.," katanya. - BERNAMA
-

Wednesday, 13 March 2013

Match For Hope : Bolasepak Malaysia-Palestin Untuk Tabung Palestin @shaberyc


Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan. 

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. 

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. 

"Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini. 

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. -- BERNAMA
-

Saturday, 9 March 2013

TERBARU ! DALANG YANG BAYAR US600 KEPADA PENCEROBOH DI SIASAT!!


Sila baca laporan di bawah :

Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.


Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.
Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."


"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.
Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Baca Lagi DISINI


-

Friday, 8 March 2013

Malaysia Belum Mohon Ekstradisi Sultan Sulu


Filipina masih belum menerima permohonan rasmi daripada Malaysia bagi menyerahkan Sultan Jamalul Kiram III atau mana-mana pengganas Sulu yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah kepada pihak berkuasa negara itu, kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina pada Khamis.

"Sehingga kini kami masih belum dimaklumkan atau menerima permohonan rasmi daripada Malaysia untuk mengektradisi rakyat Filipina yang terlibat dalam insiden Lahad Datu," kata jurucakap DFA, Raul Hernandez.

"Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia," katanya lagi sambil menambah bahawa sebarang permintaan untuk ekstradisi daripada Malaysia akan dirujuk kepada Jabatan Keadilan (DOJ).

Sebelum ini Setiausaha Hakim, Leila De Lima dilaporkan berkata bahawa kerajaan Filipina sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses ekstradisi Jamalul Kiram ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah.

Walau bagaimanapun De Lima berkata, keutamaan diberikan terhadap pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap Jamalul Kiram yang akan difailkan di sini kerana melanggar undang-undang Filipina. FILIPINA DAILY INQUIRER
-

Wednesday, 6 March 2013

Rakyat Malaysia Di Filipina Dinasihati Lebih Berwaspada


Kementerian Luar hari ini menggalakkan semua rakyat Malaysia di Filipina supaya mengutamakan keselamatan diri berikutan perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah, apabila operasi dijalankan untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata.

Mereka juga dinasihati supaya lebih berwaspada semasa menjalankan aktivitiharian.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Filipina dalam memantau serta menilai tahap keselamatan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat serta kepentingan Malaysia di Filipina.

Ia menyentuh tentang demonstrasi yang diadakan sekumpulan 40 orang di luarkedutaan itu yang bermula pada 10 pagi ini dan berakhir tanpa kejadian tidakdiingini pada 11.30 pagi.

Pihak yang berdemonstrasi itu, kata kementerian berkenaan, dipercayai mewakili sejumlah kecil kumpulan setempat yang berhasrat menyuarakan pandangan mereka mengenai keadaan di Lahad Datu.

"Kementerian Luar Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadakerajaan Filipina, khususnya Polis Negara Filipina, kerana menyediakan perlindungan keselamatan yang diperlukan kepada Kedutaan Malaysia di Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut memandangkan keadaan keselamatan semasa di kedua-dua pejabat perwakilan diplomatik dan kawasan persekitaran berada dalam keadaan tenang dan terkawal, kedua-dua kedutaan itu akan terus dibuka melainkan kementerian memaklumkan sebaliknya.-BERNAMA
-

Tuesday, 5 March 2013

Krisis Lahad Datu: Filipina dan Malaysia Cari Resolusi Damai


Filipina dan Malaysia kini mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai itu.

Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan. BERNAMA
-

Monday, 4 March 2013

Krisis Lahad Datu: Hackers Malaysia dan Filipina Pula Berperang


Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat di Sabah pada Jumaat dan Sabtu.
Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara.
Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.
Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan.
Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS).
Beberapa laman web lain turut terjejas.
Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia.
Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka.
Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.
Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang.
“Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.
MStar Online
-

Sunday, 3 March 2013

BREAKING NEWS Lahad Datu : Kapal Perang Malaysia Bersiap Sedia Gempur

Inilah keratan video dari The ABSCBN News yang menunjukkan Kapal Perang Malaysia bersiap siaga. Kapal perang ini dilaporkan mengawal perairan sulu. 

Klik SINI : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zISEJ4r1PeU#at=42
-

Thursday, 21 February 2013

Anwar Ibrahim Dah Tak Sabar Nak Jadi PM! Mimpi La Weh!

Teman gelak sakit perut bila tengok tweet ni. "bakal perdana menteri". Deeii!! Ada akai ka? Anwar China Doll dah tak sabar nak jadi Perdana Menteri. Mimpi tak habis-habis. Orang macam ni nak jadi Perdana Menteri. ptuii!! Isu moral dah selori. China Doll dan segala bagai. Penyokong yahudi dan LBGT. Rosak negara dibuatnya nanti. Kome fikir-fikirkan lah.
-

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.6 Peratus Pada 2012


Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011, demikian menurut Bank Negara Malaysia pada Rabu.

Bank pusat itu berkata, meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar,ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas.

Jumlah pelaburan kekal teguh dan menjadi pendorong utama pertumbuhan semasa suku berkenaan, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bank Negara, pertumbuhan penggunaan swasta terus kukuh walaupun walaupun meningkat pada kadar yang lebih sederhana.

Pertumbuhan pada suku tersebut juga dibantu oleh eksport bersih yang mencatat kadar kemerosotan yang lebih kecil.

Dari segi penawaran, kebanyakan sektor ekonomi mencatat pertumbuhan yang bertambah baik pada suku keempat.

Permintaan dalam negeri terus berkembang pada kadar 7.5 peratus dengan pembentukan modal tetap kasar kekal kukuh, mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 15 peratus pada suku keempat.

Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 20.2 peratus, disokong oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri dan perkhidmatan berkaitan pengguna, iaitu telekomunikasi, harta tanah dan penerbangan serta projek dalam sektor minyak dan gas yang sedang dilaksanakan.

Pelaburan juga disokong oleh penambahan kapasiti dalam kelompok perkilangan berkaitan sumber dan perbelanjaan modal dalam bidang-bidang pertumbuhan baruseperti peralatan perubatan dan komunikasi.

Pelaburan awam berkembang sebanyak 11.1 peratus, didorong oleh perbelanjaan modal perusahaan awam dalam sektor pengangkutan, utiliti, minyak dan gas serta komunikasi, kata Bank Negara.

Sementara itu, penggunaan swasta mencatat pertumbuhan 6.1 peratus pada suku keempat, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil dan sentimen pengguna yang bertambah baik.

Menurut bank pusat, pertumbuhan yang lebih kukuh pada separuh pertama tahun 2012 mencerminkan kesan daripada pelbagai bantuan kerajaan kepada sektor isi rumah yang diberikan pada tempoh tersebut.

Penggunaan awam meningkat sebanyak 1.1 peratus, berikutan perbelanjaan yangberterusan untuk emolumen meskipun perbelanjaan terhadap bekalan danperkhidmatan lebih rendah.

Dari segi penawaran, pertumbuhan kebanyakan sektor ekonomi bertambah baik pada suku keempat.

Pertumbuhan dipacu oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan selain disokong oleh permintaan dalam negeri dan persekitaran luaran yang beransur-ansur baik, kata bank pusat.

Sektor pertanian berkembang dengan lebih cepat berikutan pengeluaran minyak sawit mentah dan hasil ternakan ayam itik yang lebih tinggi, manakala pertumbuhan sektor perlombongan pula kembali pulih berikutanpengeluaran gas asli yang meningkat semula.

Pertumbuhan sektor pembinaan pula terus kukuh, didorong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman.

Menurut Bank Negara, kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur olehperubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), terus menjadi sederhanakepada 1.3 peratus pada suku keempat, mencerminkan inflasi kategori makanan danminuman tidak beralkohol yang lebih rendah.

Mengenai masa depan, terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi global akan menjadi bertambah baik dengan penunjuk ekonomi terkini juga menggambarkan prestasi pertumbuhan Asia yang semakin stabil.

Namun, di sebalik perkembangan yang lebih menggalakkan ini, banyak lagi cabaran struktur yang masih wujud dalam ekonomi maju, yang boleh mengekang prospek pemulihan ekonomi yang lebih kukuh.

Menurut Bank Negara, khususnya, beberapa ekonomi maju akan terus berusaha untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kemampanan fiskal dan keadaan pasaranpekerja yang berterusan lemah.

Bagi pasaran sedang pesat membangun, dasar monetari yang amat akomodatif yang terus dilaksanakan dalam ekonomi maju yang utama, memerlukan pengawasan teliti memandangkan kemungkinan terdapatnya kesan daripada lebihan mudah tunai global ke atas inflasi harga aset.

Bagi ekonomi Malaysia, aktiviti dalam negeri yang terus berkembang dijangka terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pengembangan sektor swasta yang mampan.

Bank Negara berkata keadaan luaran yang semakin stabil juga dijangka menyokong prospek pertumbuhan ekonomi negara. - BERNAMA
-

Thursday, 14 February 2013

Gelaran "Huguan Siou Malaysia": KDCA Desak Anwar Mohon Maaf



KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran 'Huguan Siou' yang bermaksud 'Pemimpin Agung' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.

Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKRRanau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakanitu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.

"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum 'solupi', iaitu membawa sumpahanterhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalamlingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusiHuguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Suman berkata 'Huguan Siou' adalah institusi yang merangkumkan semangatperpaduan, keberanian dan keazaman KDM.

"Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya.

KDCA merangkumi dan mewakili 40 kumpulan etnik di Sabah.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri SallehSaid Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budayapelbagai kumpulan etnik di Sabah.

"Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?," katanya.

Dalam hubungan ini, Salleh berkata Anwar perlu memohon maaf secara terbukakepada kaum Kadazandusun di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjunberpendapat gelaran Huguan Siou dianggap 'suci' oleh komuniti KDM dan hanyaboleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan.

Beliau berkata Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama serta budaya dan rakyatnya perlu saling menghormati sensitiviti adat dan budaya satu sama lain.

"Orang yang memberi gelaran ini mungkin cuba meraih kepentingan politik tetapi orang yang menerimanya pula sama ada jahil atau memang tidak sensitif.

Bagaimanapun perkara ini tidak dapat diterima daripada seseorang yangberpengalaman dalam politik dan kerajaan seperti beliau," katanya.

Beliau berkata gelaran Huguan Siou tidak seharusnya digunakan sebagai alat politik untuk memenuhi agenda seseorang.

"Tanpa mengira perbezaan hubungan politik dan perselisihan dalam banyak perkara, masyarakat Sabah mesti bersatu dalam mengiktiraf serta menghormati warisan dan adat budaya kita," katanya.

Masidi, yang berasal dari Ranau, berkata sebarang tindakan yang dianggap memperkecilkan institusi Huguan Siou adalah satu tindakan memperkecilkan warisanbudaya Sabah, dan menambah agenda politik perlu sentiasa memberi laluan denganmengutamakan kepentingan masyarakat Sabah.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berkata hanya ada seorang sahaja Huguan Siou di Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata pengisytiharan Anwar sebagai Huguan Siou adalah penghinaan kepada komuniti KDM di Sabah. -- BERNAMA
-

Sunday, 27 January 2013

Kisah Artis Seperti Kacang Lupakan Kulit


Teman pun biasa dengar cerita artis macam ni. Cuma tak diheboh-hebohkan sangat pun. Kisah artis seperti kacang lupakan kulit. Dah makan buang pulak! Adeehh!! nasib kulit kacang la. Kalau kulit kacang boleh dimakan, apa pulak nak bubuh perumpamaan lain.Uhuk! Ikuti kisah seorang artis yang tak bernama ini yang sayis ini..heeee

Bagai kacang lupakan kulit. Itulah perumpamaan paling hampir menggambarkan perkhabaran yang baru CAK terima daripada seorang kenalan. Perkara sama pernah dilalui CAK beberapa tahun dulu dan kerana itu CAK faham apa yang dirasakan si mangsa.

Kejadian ini berlaku kepada seorang artis. Siapa orangnya, tak bolehlah CAK dedahkan. Bukan apa nanti insan yang melukakan hati si mangsa menggelupur pula dan sememangnya si mangsa tak sampai hati biar kawannya itu malu. Jadi biarlah identiti mangsa dan sahabatnya itu dirahsiakan. Untuk mudahkan cerita, izinkan CAK namakan si mangsa sebagai A dan sahabat yang bagai kacang lupakan kulit itu B. Apapun, cerita ini CAK dengar dari sebelah pihak dan kalau B mahu tampil beri penjelasan, CAK alu-alukan. Mana tahu versinya berbeza pula. Sebelum ini, B selalu mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya. Tawaran berlakon dan menyanyi tak seberapa sedangkan dia perlu duit yang banyak untuk tampung hidup. Kalau solo lain cerita, ini ada anak yang perlu disuap. Pendek cerita, dia buntu mana mahu cari pendapatan tambahan bagi memastikan serba-serbi mencukupi. Si A simpati apabila mendengar keluhan B. Dengan niat mahu membantu, dia mengajak B mengikut jejak langkahnya berniaga. Langsung dia tidak lokek ilmu, dibantu rakannya itu hingga ada pendapatan tambahan. Bila mula merasa duit banyak di tangan dan kebetulan pula tawaran menyanyi serta muncul di TV tiba-tiba meriah, B jauhkan diri daripada A. Senyap sunyi, langsung tak dengar khabar berita. Terfikir juga A apa yang dia sudah buat sampai B tiba-tiba lupakannya. Setiap kali fikirkan perkara itu, hatinya sedih apatah lagi B kawan baiknya. Selama ini dia tidak pernah berkira malah atas dasar persahabatan, dia sanggup mengajar B cara-cara berniaga. Tub-tub bila dah senang sikit, terus lupakan dia. Sabar jelah.

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...