Showing posts with label Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Show all posts

Monday, 11 March 2013

HOT NEWS! Penjawat Awam Dapat 1 Kenaikan Gaji


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’, di sini.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).— BERNAMA

-

Wednesday, 27 February 2013

Graduan Kelas Pertama Diberi Keutamaan Berkhidmat Dalam Sektor Awam


Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA) Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di sini, Selasa.

Sekiranya tidak mahu berkhidmat dalam sektor awam, mereka dibenarkan bekerja di sektor swasta melalui pengurusan Talent Corporation Malaysia Berhad, katanya.

Katanya, setakat ini seramai 100 lulusan cemerlang dari pusat pengajian tinggi luar negara ditawarkan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Beliau berkata perkhidmatan sektor awam di negara ini tidak banyak kekosongan kerana umur pesaraan telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun dan ini sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang bersara.

"Berikutan itu, mereka yang ingin bekerja di sektor awam hanya untuk jawatan baharu yang ditawarkan sahaja bukannya untuk mengisi kekosongan penjawat awam yang telah bersara," katanya. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...