Thursday 3 January 2013

Isu kalimah: Amaran Kepada Guan Eng



Majlis Fatwa Kebangsaan bimbang dengan tindakan pihak yang enggan menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini, dengan mendesak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihak yang menimbulkan isu itu tiada kejujuran dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini dan sengaja mencari perpecahan selain mahukan keuntungan politik. 

“Selama mana orang Islam boleh bertahan dengan sikap tidak endah sedemikian dan `diketuk’ apabila senyap? Perkara ini tidak sepatutnya ditimbulkan lagi kerana ia boleh mengguris dan menyentuh sensitiviti.

“Kita bimbang ia akan mengakibatkan berlakunya perkara lebih besar yang tidak menguntungkan sesiapa di Malaysia, tetapi musuh di luar negara,” katanya kepada BH, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...