Monday 31 December 2012

HADI AWANG AKAN MUNCUL DI RTM


Hah! Rais Yatim dah nak beri peluang muncul kat TV tu! Apa pulak Hadi Awang nak spin. Apa pulak pencacai-pencacai Pakatan Rakyat nak spin lepas ni. Mesti ada yang nak pusing konar baring. mStar Online dipetik, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.


Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," 

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan,"


Peluang dah terbuka luas. Hanya persetujuan Hadi Awang saje yang ditunggu. Rupanya Hadi Awang tak buat pun permohonan rasmi lagi. Pandai melalak je kat Haramkah Daily. Hah! cabaran sudah disahut, Ada bran?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...