Sunday, 24 March 2013

HOT NEWS : Guan Eng Mengeletar Ketakutan Melihat Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang #rempuh243


Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan ‘Dinasti Lim’.


Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.


Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang ‘double standard’, apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas ‘arahan’ pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan Pembangang.

Suara Generasi Baru



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...