Teman pun heran kenapa puak-puak Pakatan Rakyat tak puas hati dengan kehadiran Psy Gangnam Style pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari nanti. Apa la jenis manusia yang asyik nak mendengki khianat. Sebelum ini pun Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina masih berkeadaan yang sama. ada hiburan dan jemputan artis luar negara membuat persembahan samada dianjurkan oleh badan politik termasuk DAP dan NGO.
Rakyat Malaysia kena hormati cara dan gaya agama lain menyambut perayaan masing-masing. Kalau tak suka jangan hadiri majlis tersebut. Habis cerita. Sebelum ini pun, perayaan dan rumah terbuka Tahun Baru Cina juga dihadiri oleh artis-artis luar negara seperti dari Taiwan dan Hong Kong. Tak kecoh pun. Kerajaan DAP Pulau Pinang pun pernah menjemput artis-artis luar negara dalam acara-acara kebudayaan dan perayaan orang cina di Pulau Pinang. Itu kome tak kecoh! Kenapa?
Tentang bayaran kepada artis luar negara pun nak dijadikan isu. Persoalan dah dijawab. Semua adalah tajaan syarikat swasta. Teman rasa Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah buat perkara yang sama. Sepatutnya Kerajaan DAP Pulau Pinang pun kena jawab jugak. mana datang duir bayar artis luar tersebut!. Kalau berani jawab le!!!!
No comments:
Post a Comment