Saturday, 19 January 2013

Pejabat Sharifah Zohra Diceroboh



Apa cerita nih! Kalau tak puashati pun jangan la main kotor. Dah main-main pecah memecah pejabat pulak. Pejabat NGO Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) telah diceroboh. Teman rasa mungkin kerana isu Forum di UUM tempohari. Siapa pulak tak puashati ni! Dah main kotor nampak..

Teman difahamkan pihak SW1M akan membuat laporan polis ke atas pihak terbabit. Tunggu je biar padan muka deme. Suka-suka mak bapak deme je nak ceroboh-ceroboh pejabat orang..Apa la!!!

Ikuti Kisah Selanjutnya di kedahkekl



-

Anak Ifa Raziah Cedera Bergusti


Adeehh! Cerita budak-budak la pulak. Bergaduh kat sekolah. Macam-macam la. Nama pun budak-budak. Sabo aje. Ini cerita anak artis bergaduh kat sekolah. Biasa la tu! Tapi sampai berdarah kepala ni apa hal. Kesian la teman nengoknye.. Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.

Teruk macam tu sekali. Sampai darah-darah terpaksa la Ifa Raziah ni bawak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan. Aduhai! Sabar aje la..Budak-budak ni gaduh sebab benda kecil aje. Cerita pasal gusti terus kena gusti..Macam-macam budak-budak sekarang..
-

Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan



Tika ini Seminar Nusantara bertajuk Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan sedang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC yang membariskan ramai ahli panel, ilmuan, tokoh Islam dan ulama terkemuka dari beberapa negara di Asia Tenggara.

Program bercorak ilmu ini merupakan anjuran bersama MyKMU.Net dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari (Bestari), manakala penaja utama ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kira-kira 1,000 orang peserta dari seluruh negara akan berkampung di sini sehingga Ahad nanti untuk sama-sama menelaah dan mengupas hala tuju umat Islam di rantau ini untuk kebaikan bersama.


Ucaptama seminar ini dimulakan oleh Pensyarah terkemuka dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Sidek bin Baba malam tadi yang antara lainnya menekankan pentingnya umat Islam sama-sama mencari titik temu dalam usaha untuk memantapkan kesatuan ummah.

Beliau juga turut mengulas serba sedikit isu kalimah Allah s.w.t yang sekarang ini masih hangat diperdebatkan sambil menyeru umat Islam khususnya para peserta mengambil iktibar kesan buruk dan akibat penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti yang berlaku di Indonesia.


Sementara itu sekitar jam 2.30 petang nanti Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir di PWTC serentak dengan itu akan merasmikan seminar ini di Dewan Tun Abdul Razak 1.

Kepada para pembaca MyKMU.Net yang tidak berpeluang menyertai seminar ini, anda boleh menyaksikan streaming secara langsung dari PWTC melalui link berikut menggunakan Windows Media Player atau lain-lain player yang bersesuaian.

Ikuti Live Streaming di mykmu.net


-

Deepak Akan Jual Karpet Pada Mahfuz ! Uikkss


Ini cerita karpet. Sekarang ni karpet banyak tak laku. Jadi terpaksa la lobi sana sini nak jual karpet. murah-murah aje. Lelong pun boleh la. Jual borong dan jualan penghabisan stok. Itulah Deepak si Penjual Karpet menjaja karpetnya merata-rata sebab tak ada orang nak beli.

Terbaru dalam Haramkah Daily, Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersedia bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berhubung permohonannya mendapatkan jaminan imuniti dari Pakatan Rakyat. Dalam email yang dihantar kepada media sebaik sahaja media menyiarkan kenyataan Mahfuz, Deepak berkata, dia menyambut baik jemputan itu.

"Saya menyambut baik jemputan oleh Datuk Mahfuz untuk bertemunya berkaitan dengan permohonan imuniti kepada Pakatan dan berharap dapat bertemu beliau esok di Pejabat Agung PAS," 

Imuniti apa yang Deepak nak cari ni, entah la. Macam la Pakatan Rakyat boleh menang Pilihanraya yang akan datang ni. Mohon imuniti le pulak. Percaya la kat Deepak jual karpet murah-murah tu! Kena tipu aje sebab dia memang kuat penipu, sebab itu la karpetnya tak laku..

Pakatan Rakyat ni pun berlagak macam dah perintah Malaysia. ish..ish. Angan-angan Mat Jenin, akhirnya terjatuh dari pokok kelapa. eh!silap..Pokok nyior..hahahaha..

p/s : Teringat kat kawan teman, dia pakar kopek nyior..heeee..jangan mare der!!!
-

Isu Bawani UUM : Apa La Pencacai ni Meroyan


Teman pun heran, pencacai PSM dan DAP ni meroyan tak tentu pasal apahal! Macam la hero sangat. Tak heran pun, tak ada siapa yang akan peduli. Bawani yang dah sokongan dari Solidariti Anak Monyet Malaysia dan beberapa lagi monyet-monyet yang mengaku mewakili  mahasiswa dah mula meroyan nak jadi popular. Siap buat sidang akhbar lagi. ptuii!! Artis ke apa?

Dipetik dari Haramkah Daily, Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani KS tidak mahu menuntut permohonan maaf daripada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen sebaliknya mengingatkan beliau bahawa mahasiswa ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka. "Saya bukan keseorangan, beribu-ribu mahasiswa bersama saya untuk menegakkan keadilan.

Weh! Teman rasa tak perlu Sharifah Zohra nak minta maaf kat mike! Tak ada gunanya. Mike yang menyibuk dalam majlis orang lain. Patutnya mike yang minta maaf sebab menggangu majlis orang lain. Ini la muka-muka mengaku hero, tapi hampas cakap tak serupa bikin. Mengaku beribu-ribu mahasiswa dibelakangnya menyokong perjuangan sia-sia. Adeehhh!!! Kenapa tak cakapnya berjuta-juta macam Mat Sabun tu! Kan best. Nampak ramai sikit. 

Keadilan apa yang nak ditegakkan pencacai monyet ni pun ni entah la. Apa yang tak adil, jenis nak sapu semua. Jenis nak pinjam tapi tak bayar. Ini lah satu jenis manusia yang tak bersyukur. Jadi warganegara Malaysia tapi nak merosakkan negara sendiri. Itu pun kalau warganegara la, rasanya tak kot!kuikui! Kalau dah spesis keturunan Ambiga LBGT tu, sama lah. Kalau nak merosak anak bangsa, bagi aje kat deme. Suka bebenor le teman weh!!!
-

Johan & Zizan Juara Maharaja Lawak Mega 2012



Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.

Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.
Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil) yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2012 akhir itu terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka, Jozan berkata, ia adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Bagaimanapun ia adakan berkat sokongan para peminat yang sentiasa menjadi pendorong untuk mereka memberikan persembahan mantap pada setiap minggu.

"Tanpa peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kejayaan ini tidak akan bererti dan kemenangan ini adalah untuk mereka semua," jelasnya ketika ditemui selepas acara itu.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bersama Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersiaran secara langsung menerusi saluran Mustika HD (134) dan Astro Warna (132).



-

Kalimah ALLAH: Hasan Ali bidas Azmin Ali


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali membidas sikap angkuh dan biadab Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu kalimah ALLAH.
Hasan berkata, sikap Azmin menyanggah keputusan Majlis Syura menggambarkan kejahilan beliau Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai isu itu.

"Bagi saya, beliau gagal memahami perasaan, cita rasa, hati kecil serta komitmen ahli dan penyokong Pas yang sentiasa memperjuangkan kesucian Islam.
"Mereka juga patuh kepada keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan Majlis Syura," kata Hasan dalam kenyataan semalam.
Baru-baru ini media melaporkan Majlis Syura Pas memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam, namun kelmarin Azmin dilaporkan mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang didakwa mewakili keputusan semua pimpinan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, Hasan mengajak semua pihak merenung beberapa perkara antaranya kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Pas yang sebulat suara menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu serta bagaimana status dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah ALLAH digunakan.
"Isu ini besar serta mempunyai implikasi mendalam terhadap masyarakat Islam, jadi saya minta Pas dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian muktamad terhadap isu yang masih tergantung ini," katanya. - Bernama
-

Friday, 18 January 2013

Johan Bakal Muncul Dalam MLM2012 Malam Ini



Aksi komedi solo Zizan daripada kumpulan Jozan yang tidak konsisten pada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 sejak dua minggu lalu bakal terubat apabila pasangannya Johan dijangka membuat kemunculan mengejut pada pentas akhir, malam Jumaat (malam ini).

Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap pasangan Zizan iaitu Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.

“Ketika Zizan menghubungi Johan semalam (Khamis), dia memang teringin untuk beraksi pada malam ini. Kami masih belum dapat sahkan sama ada Johan benar-benar akan muncul atau tidak.

“Kalau diikutkan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh kerana keadaan kesihatannya tetapi Johan mahu beraksi pada pentas akhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Prestasi komedi Zizan didakwa merosot sejak ketiadaan Johan dua minggu lalu kerana kecederaan ligamen sehingga memaksa dia menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 26 Disember lalu.

Pentas akhir MLM 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor dan bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Marina berkata, sebagai persediaan, Zizan sudah menyediakan dua set komedi iaitu untuk aksi solo dan berkumpulan jika Johan muncul secara mengejut pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini, Zizan memang susah hati dan bimbang untuk beraksi sebab tiada Johan.

“Mereka berbual dalam telefon dan Johan ada memberikan idea dan kata-kata semangat.

“Zizan sudah siapkan pilihan komedi A dan B untuk aksi solo dan berkumpulan,” katanya.

Tambahnya, kemunculan Johan pada saat-saat akhir adalah tidak mustahil dan tidak menjejaskan persiapan kerana keserasian mereka mampu menghasilkan komedi spontan.

“Kalau betul Johan akan muncul seperti yang dikatakan, ia tidak mustahil kerana mereka boleh hasilkan komedi secara spontan.

“Sama ada benar atau tidak Johan akan muncul, ia belum dapat disahkan lagi kerana saya masih menunggu jawapan daripada pihak Johan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya masih tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan kononnya Johan bakal muncul bersama Zizan pada pertandingan akhir, malam ini.

“Kami tidak pasti sama ada dia (Johan) akan beraksi malam ini atau tidak. Ia mungkin juga strategi mereka, kita tidak tahu.

"Apa pun, kami tidak mahu bertanyakan kepada Johan kerana mahukan kejutan pada malam nanti,” katanya.

Sementara itu sumber memberi tahu Johan sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak hospital bagi membenarkan beliau menyertai pentas akhir MLM2012 malam Jumaat.

Jozan merupakan naib juara Maharaja Lawak (ML) pada 2011.

Sumber
-

MBM: 'Kontroversi Bawani-Sharifah hanya isu komunikasi'


Kontroversi hangat di laman sosial yang digelar 'fenomena listen', membabitkan pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin hanya isu komunikasi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kontroversi berkenaan adalah masalah komunikasi antara dua individu terbabit.

Beliau berkata, kejadian sedemikian dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mengamalkan sikap profesional dan saling menghormati tanpa dipengaruhi emosi semata-mata.

"Dalam forum itu, Bawani sebagai peserta berhak mengemukakan soalan kepada panelis, namun dia perlu menghormati majlis dengan mengemukakan soalan atau pandangan yang wajar.

"Keadaan buruk dapat dielakkan sekiranya sesuatu pandangan itu disalurkan secara tuntas, matang dan beradab tanpa berniat untuk mencabar mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Maliki berkata, sebagai panelis yang dijemput khas, Sharifah Zohra pula perlu bijak, tenang dan profesional serta menunjukkan kematangan dalam menghadapi situasi demikian.

"Dia perlu mengawal perasaan sebaik mungkin dan perlu elak daripada keluarkan pernyataan berbentuk emosi dan berbau sindiran. Ini kerana 'kata-kata adalah pancaran pemikiran' seseorang," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Maliki berkata, pengguna media sosial juga perlu matang dalam mengulas isu berkenaan. Manakala penganjur program perlu memberi penjelasan tentang keadaan sebenar.

"Apa yang kita lihat dalam video yang tersebar di internet itu tidak menggambarkan keseluruhan perjalanan forum berkenaan. Justeru, pihak penganjur perlu beri penjelasan keadaan sebenar," katanya.

Klip video selama 24 minit yang dimuatkan di Youtube itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di dalam forum berkenaan.

Sumber
-

Selamat Bersidang Majlis Belia Malaysia


Kepimpinan Majlis Belia Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia kali ke 61 yang bermula pada 18 hingga 20 Januari 2013 bertempat di Summit Hotel USJ Subang. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi. Seramai 390 orang perwakilan dari 39 buah badan gabungan MBM akan bersidang dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi sessi 2012 - 2013.

Teman ingin mengambil kesempatan menyingkapkan kembali kejayaan-kejayaan besar Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah kepimpinan sedia ada diketuai oleh Presidennya Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Teman susun mengikut point-point tertentu,

1. Banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

2. “Highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

3. Wisma MBM dapat dipertahankan dan tidak dijual seperti cadangan sebelum serta dihidupkan kembali dan digunakan sepenuhnya sebagai cybercafe dan hostel yang menjana pendapatan MBM.

4. Kerajaan telah mengiktiraf MBM dengan menaikkan peruntukkan pentadbiran RM500,000 kepada RM1 Juta. Banyak tu! Ini termasuk kenaikkan peruntukkan pentadbiran Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah yang telah diperjuangkan kepimpinan sedia ada.

Teman lihat banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta mula melihat MBM sebagai satu wadah penting kepada golongan belia. MBM juga mendapat pengiktirafan daripada NGO luar negara melalui kerjasama beberapa program yang dijalankan.

Jadi teman berharap perwakilan akan memilih pemimpin yang tepat dan benar-benar  terbukti berkebolehan memimpin MBM demi memacu kejayaan belia Malaysia keseluruhannya. Selamat Bersidang.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...