Showing posts with label Bawani. Show all posts
Showing posts with label Bawani. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

#Listen !!! Wajib Baca!!! Isu @Bawani_KS , Sharifah dan Pendidikan Percuma.. @SW1M



Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana. 

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum. -HE

-

Wednesday, 16 January 2013

Isu Bawani UUM : Perbandingan Sharifah Zohra & Lateefah Koyak



Teman rasa isu Bawani kurang ajar barua PSM dan DAP ini dah jadi modal Pakatan Rakyat hari demi hari. Cerita Bawani yang dianggap hero ni oleh Pakatan Rakyat cuba diangkat menjadi pejuang taik ayam di akhbar-akhbar online pro Pakatan Rakyat. Hampir semua berita yang diulas menghentam dan mengutuk sikap Sharifah Zohra Jabeen terhadap Bawani.

Teman tertarik denga satu status facebooker Norazniza Abdul Karim yang memberi ulasan  dan perbandingan mengenai isu tersebut. Cuba kome fikir-fikirkan..

Kes Sharifah Zohra Jabeen..... iza nak tanya: 

1) Bila Lateefah Koya dok terjerit2 masa kat KDN dulu sambil sembur2 staff KDN xde lak kome nak meroyan2 pasal MANNERS????

2) Bila Nurul Izzah dok terjerit2 pasal kebebasan beragama di dalam program Anjuran Gareja di Selangor xde lak korang terguling2 ckp No Manners???

3) Bila Adam Adli dok turunkan bendera UMNO di PWTC di hadapan pejabat UMNO sendiri... xde lak korang kata No Manners?

4) Bila Khalid Ismat dan geng2 Adam Adli menyarungkan Bunga Malai pada gambar2 PM dan Menteri2 mcm org India yg dah mati.. xde lak korang kata No Manners???

5) Bila geng2 pembangkang jd mcm beruk semasa Sidang DUN Perak sampai memanjat Meja dan bergaduh dengan Speaker DUN xde lak korang kata No Manners????

pssssssss...... ............... ...: such a stupid manners when they act like monkey and baboon at Bershit 3.0... still... xde pun org ckp No Manners......
-

Isu Bawani UUM : Parti PAS Jemput Jadi Ahli? Hah?


Teman nak gelak weh! Dah tak ada orang lain ke kome nak angkat jadi anjing. Budak hingus jugak la kome cari. Teman rasa dalam Pakatan Rakyat dah ketandusan pemimpin yang berwibawa nak dijadikan sebagai idola dan menarik sokongan rakyat. Bila teman fikir-fikirkan balik, ada jugak asasnya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat ni banyak sangat dihantui isu moral dan seks. Rakyat pun dah meluat dengan deme ni. Termasuk lah pemimpin-pemimpin dalam PAS. Jadi, budak hingus pun jadilah la jadi idola deme pulak..

Terbaru, Isu Bawani yang melalak di Forum UUM, PAS mengambil kesempatan untuk mengangkat budak hingus ni untuk djadikan anjing yang baru. Seperti teman sebutkan sebelum ini (CLICK HERE), Bawani ni sememangnya anjing belaan Parti PSM dan DAP. Baru sekarang nak menonjol. Itu pun sebab menyibuk di satu Forum di Universiti Utara Malaysia tempohari. Apa lagi, peranan Youtube digunakan sepenuhnya pencacai-pencacai Pakatan Rakyat untuk menaikkan nama Bawani.

Menurut laporan Haramkah Daily, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.


Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai. Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

ish.ish. Hero ke macam tu? Apa yang budak hingus ni tau tentang perjuangan untuk rakyat. Bukan teman mahu manafikan hak untuk bersuara tetapi Isu-isu yang dibangkitkan tak kena pada tempat. Mungkin pada forum yang berlainan, Seperkara lagi, isu-isu yang dibangkit senada dengan isu-isu dalam Pakatan Rakyat. Apa tu? Bawani ni mewakili mahasiswa atau mewakili Pakatan Rakyat? Jika benar Bawani mewakili mahasiswa dan mahasiswa menyokongnya, mengapa Bawani ni kalah dalam Pilihanraya Kampus September lepas?. Cer Citer?

Kalau setakat nak melalak menggangu majlis orang lain, Tak payah la! Gunakan platform yang sesuai untuk menyuarakan pandangan. Mungkin PAS boleh bagi pentas ceramah pada Bawani selepas ni..kan..kan..Lepas tu boleh dapat Syurga PAS..kahkahkah..
-

Tuesday, 15 January 2013

Bawani Isytihar Masuk PAS? Tahniah Dapat Syurga PAS


Kecoh sekarang! Bawani seorang budak UUM yang menjadi barua PSM dan DAP telah cuba diangkat oleh Solidariti Monyet Malaysia (SMM). Bukti Bawani sebagai barua PSM dan DAP boleh kome tengok SINI. Hebatkan..Agenda untuk menjadi seseorang popular hanya yang perlu menentang kerajaan. Mudah sahaja. Serupa jugak dengan beberapa ekor monyet dalam SMM yang popular dengan vandalisme dan mengutuk kerajaan. Satu aliran busuk yang dibawa oleh Anwar China Doll.

Petikan kenyataan Safwan Anang di Haramkah Daily,
"Bawani telah memberikan suatu harapan baru dalam usaha mengembalikan kewibawaan mahasiswa dewasa ini. "Tanpa menghiraukan sebarang risiko, beliau telah bangkit untuk bersuara bukan sahaja bagi diri beliau, sebaliknya juga buat mahasiswa dan rakyat kebanyakan,"


Solidariti Monyet Malaysia (SMM) telah menjadi satu alat untuk menyemai teori idealisme yang terbukti sesat dan melencong dari ajaran Islam. Teori khawarij yang dibawa-bawa untuk menentang pemerintah meresap subur dalam SMM. Sikap dan kaedah "terorrist" yang dibawa oleh SMM lebih mirip ala-ala komunis dan yahudi. Teman tak tau la, apa komen Nik Ajis dan Hadi Awang. Dah dapat syurga ke deme ni?

Selepas ini, teman yakin Bawani barua PSM dan DAP ini akan diangkat dipentas-pentas politik Pakatan Rakyat dan SMM untuk menghasut dan menyemai idealis jahat kepada golongan muda. Teman pasti, Ambiga LBGT akan merestui.heee..
-

Bawani UUM Acuan Anarki Parti PSM dan DAP Didedah

Macam adik abang..heee
Kisah satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ menjadi topik panas kebelakangan. Memang panas.  Video Youtube Sharifah Zohra Jabeen Vs Miss Bawani yang memuatkan rakaman forum telah dimuat naik dan telah mendapat komen-komen panas mengutuk Sharifah Zohra Jabeen yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).

Teman tak berminat untuk mengulas tentang siapa yang salah, dan siapa yang benar. Sharifah Zohra bukanlah ahli politik yang mempunyai cara yang kurang menyenangkan menangani forum-forum seperti itu. Yang menjadi tanda tanya, siapakah seteru Sharifah Zohra ini? Mis Bawani..Seorang macai ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Mis Bawani dikatakan sebagai sebagai alat Parti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan DAP melalui bukti-bukti yang didedahkan oleh Blogger Daeng Selili. Dakwaan Blogger Daeng Selili ada asasnya dan teman rasa Blogger Daeng Selili lebih arif dengan agenda Mis Bawani yang digelar "The Little Ambiga" ini.   Mis Bawani dikatakan adalah alat kepada parti PSM dan DAP untuk meracun pemikiran pelajar UUM dan ternyata pelajar UUM tidak termakan dengan dakyah sosialisnya. Akhirnya beliau telah ditendang keluar (Kick-out) KALAH didalam pilihanraya kampus September 2012 lepas. Rupanya dah kalah weh!
Logo Parti PSM

Lagi Bukti Bergambar Bawani sebagai Proksi DAP dan PSM

Untuk menjadi terkenal dan dilihat oleh mahasiswa, macam-macam cara Mis Bawani ni buta termasuk lah insiden di forum tersebut.Bukti dah nyata didepan mata bahawa Mis Bawani ini adalah macai yang digunakan untuk memporak perandakan apa-apa juga majlis dan agenda yang dijalankan di UUM. Fikir-fikirkan..

Continue Reading (CLICK HERE)

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...