Showing posts with label Samsung. Show all posts
Showing posts with label Samsung. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

Psy Gangnam Style BN CNY Ditaja Oleh Samsung?


Punya susah payah Pakatan Rakyat nak spin cerita penajaan Psy gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari. Cai-cai PR jenuh spin macam-macam cerita bagi nak cari kesalahan BN dalam Majlis tersebut. Guan Eng pun jadi pening kerana kemeriahan CNY anjuran BN tersebut mendapat sambutan hebat dari rakyat Pulau Pinang. Guan Eng naik malu kerana kehadiran pengunjung CNY anjuran BN yang melebihi 80,000 orang telah mengatasi kehadiran CNY di 32 lokasi anjuran DAP hanya sekitar 2,000 orang  setiap tempat. Patut la!

Menurut sumber, syarikat gergasi dari Korea Selatan Samsung didakwa menjadi penaja kehadiran psy ke Malaysia. Difahamkan syarikat gergasi elektronik ini tidak mahu mendedahkan penajaan tersebut, mungkin dengan alasan-alasan tertentu. Pengurus Artis Korea tersebut, Scooter Braun Projects juga telah membuat kenyataan Kerajaan Malaysia tidak terlibat dengan pembayaran artis tersebut. Adeehh! Lagi Kantoi la Guan Eng..heee
-

Friday, 25 January 2013

Samsung Galaxy Note 8.0 Tersebar Di Internet


Samsung sekali akan melancarkan satu gajet mudah alih. Kali ini Samsung Galaxy Note 8.0. Dijangka akan memasuki pasaran pada Februari 2013. Baru-baru ini kecoh bila gambar Samsung Galaxy Note 8.0 telah bocor di Internet. Kisah penyebaran gambar-gambar dan spefikasi gajet yang popular yang menjadi pesaing utama Apple, didedahkan oleh pengguna-pengguna twitter di Twitter Handle. Gambar yang didedahkan menunjukkan imej pandangan depan dan belakang bersama beberapa spesifikasi terbaru.

Galaxy Samsung Note 8.0 ini yang hampir-hampir menyerupai Ipad Mini  mempunyai dua memori storan 16 dan 32 GB. Dijangka model ini akan dapat menyaingi Ipad Mini yang menguasai pasaran sejak model tersebut dilancarkan. Pada peminat-peminat gajet dari Samsung ini sudah tentunya akan berlumba-lumba untuk memilikinya. Nasihat teman, jangan terlalu mengejarkan teknologi, jika tiada keperluan wajar untuk menggunakannya. Fikir-fikirkan lah..

Sumber Berita timesofindia.indiatimes.com
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...