Saturday, 8 December 2012

DEDAH: Datuk Dr Mohd Asri Dah Tersilap Orang! Kan Dah Kantoi


Heran dan heran.  Kalau dah tak nak jadi calon, tak usah la salahkan orang lain. Lepaih tu, dah silap orang yang dituduh.  eh!  Ustaz, siasat dulu baru bercakap.  Dosa tau! heee.. Sebelum ni kecoh Datuk Dr Asri atau nama popularnya di twitter @RealDrMAZA akan jadi calon PKR bertanding di DU Penanti Pulau Pinang.  Namun beliau telah menafikan.


Malaysian Insider melaporkan bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan laporan portal berita berbahasa Melayu, Antarapos bahawa beliau akan bertanding sebagai calon PKR dalam pilihan raya akan datang.

“Tidak, tidak sama sekali,” 

Tiba-tiba Ulama Muda pulak dipersalahkan sebagai menabur fitnah mengenai perkara tersebut.  Lihat laporan ini,


Laporan dari Harakahdaily memetik perbualan Twitter @abu_sofiyyah yang bertanya kepada Mohd Asri (@RealDrMAZA), meminta kesahihan tulisan seorang yang dikenali sebagai @SaufyJauhary, yang menurut bekas mufti Perlis itu sebagai ahli “ILMU” atau Ulama Muda Umno.

“Ya akhi (encik) @abu_sofiyyah, beliau @SaufyJauhary dari ILMU, kempen tolak fitnah, tetapi mereka penyebarnya,” kata Mohd Asri melalui akaun Twitter beliau.

Teman tak nampak Ulama Muda penyebar fitnah.  cer citer sikit.  Menurut sumber,  @SaufyJauhary bukanlah daripada Ulama Muda UMNO atau ILMU yang didakwa oleh Datuk Dr Asri ni.  Jadi kena faham.  Janganlah sebab orang lain, ILMU yang salah.  Teman nak tanya sikit la Ustaz, kenapa apa-apa sikit, Ustaz selalu salahkan ILMU.  Sikit-sikit salah ILMU, semua salah ILMU.  Bahkan, dalam dalam ceramah pun, mesti ada sinis Ustaz kepada ILMU.  Kenapa ek!  Ustaz, Ustaz..peace...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...