Showing posts with label Dato Sri Ahmad Shabery Cheek. Show all posts
Showing posts with label Dato Sri Ahmad Shabery Cheek. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Artikel 88 FAM tidak wajar canggah Fifa



MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

"Kita perlu lihat isu ini, saya bimbang nanti sebuah organisasi seperti FAM akan mengalami masalah lain yang mungkin parah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman penyerahan hak penganjuran sukan ekstreme Sasuke 2013, di Putrajaya, hari ini.

Artikel 88 itu yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin anggota gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut.

Terkini ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digantung dua tahun enam bulan serta didenda RM39,000 kerana mengkritik badan induk bola sepak tanah air itu.

Tahun lepas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan digantung dua tahun setengah kerana kesalahan sama.

Sebelum ini dua bekas naib presiden FAM iaitu Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil turut dihukum FAM.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery juga menyarankan anggota gabungan FAM agar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung Artikel 88 itu pada mesyuarat agung badan berkenaan.

Mengulas isu lain, Ahmad Shabery meminta semua pasukan negeri meneliti dengan sebaik-baiknya latar belakang calon pemain import sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Langkah itu bagi mengelak insiden yang menimpa pasukan Selangor apabila pemain importnya Ramez Dayoub dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Lubnan kerana mengatur perlawanan ketika mewakili negaranya.

"Kalau sudah digantung oleh persatuan di sana, peraturan disiplin itu perlu dipatuhi oleh Selangor. Kita tidak boleh ambil pemain yang telah dikenakan tindakan di negara asal," katanya. - Bernama
-

Sunday, 24 February 2013

HOT: Shabery Cheek Kena Serang di Sabah


Waduhh! Apa pulak ni. Biar betik! Khabarnya Shabery Cheek kena serang di Libaran Sabah. Jangan main-main la. Sabah adalah Fix Deposit BN, mana boleh jadi macam tuh!

Kalau kome nak tau ikuti cerita lanjutnua DISINI

-

Kerajaan DAP Pulau Pinang Roboh Gerai, Guan Eng Ditempelak @saberyc


Pada Jumaat, 22 Februari 2013, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek  turun padang menemui peniaga-peniaga yang tindas oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam sesi dialog bersama 15 mangsa bertempat di Taman Negara Teluk Bahang. Keperihatinan Dato Shabery Cheek keatas peniaga-peniaga tersebut disambut baik oleh mereka yang terlibat khususnya daripada belia-belia.

Peniaga-peniaga yang ditemui adalah mangsa-mangsa penindasan Kerajaan DAP Pulau Pinang dimana gerai-gerai mereka telah dirobohkan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota.

Salah seorang mangsa, En Reduat yang juga peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) Kementerian Belia dan Sukan, menyatakan rasa kekesalan kerana beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan gerainya supaya tidak dirobohkan. Beliau menambah, satu surat permohonan rayuan kepada MPPP telah dibuat tapi tidak dilayan.

Seorang lagi mangsa, M. Balakrishnan memberitahu semasa Pulau Pinang bawah Barisan Nasional, perkara ini tidak pernah berlaku. Malangnya apabila Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, gerai beliau di Batu Feringgi dirobohkan tanpa sebarang notis.


Dato' Sri Shabery Cheek melahirkan rasa kesal dan simpati keatas peniaga yang terlibat kerana tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai dan pada yang sama menutup periuk nasi peniaga-peniaga ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Menurutnya lagi, alasan boleh direka bagi menghalalkan segala tindakan dan wajar peniaga-peniaga ini diberikan pilihan untuk berniaga ditempat lain.

Selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap sentimen-sentimen "peaceful for existance" dari kaum bukan Melayu yang didakwa kurang berpuashati dengan dasar-dasar Kerajaan BN masih boleh dimainkan dan digunakan. Sentimen yang ditunjukkan secara emosi di peringkat akar umbi itu tidak disedari kerajaan DAP Pulau Pinang yang akan membuatkan orang muda kembali bersama BN.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga beranggapan golongan muda masih lagi tak berpuashati dengan kaedah-kaedah lama seperti ISA dan AUKU dan terus kekal dan tidak berubah. Kerajaan DAP harus sedar semua sudah berubah. Proses transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah mengubah hampir kesemuanya dan telah diterima dengan baik serta mendapat sokongan rakyat khususnya golongan muda,

Tambahnya lagi, sebelum 2008, dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Jika dahulu DAP mendakwa Kerajaan BN menutup peluang pekerjaan tapi sekarang Kerajaan DAP sendiri yang menutup peluang pekerjaan dengan meroboh gerai-gerai dan menghalang peluang perniagaan. Tambah Menteri Belia dan Sukan itu, Kementerian sedia mempertimbangkan rayuan peniaga yang terlibat dalam membayar balik pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) disamping membantu peniaga yang terlibat   di dalam skim-skim pinjaman yang melibatkan agensi-agensi persekutuan yang lain.

Tambahnya lagi, dahulu dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.

Kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga melalui pegawai-pegawai di negeri termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga akibat penganiayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang. END.
-

Friday, 22 February 2013

HOT! Anak Muda Serbu @shaberyc di Permatang Pauh


Wah! Biar betul! Ramainya weh! Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek kena serbu di Permatang Pauh. Apa cer? Rupanya Menteri Belia dan Sukan telah hadir Program Sembang Santai Belia Bersama YB Menteri Belia dan Sukan malam tadi di Route 69, Bandar Perda, Permatang Pauh.

Hampir 200 orang anak-anak muda hadir dan beramah mesra dengan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir pemimpin-pemimpin belia setempat dan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam juga turut sama-sama YB Menteri Belia dan Sukan.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...