Showing posts with label Sharnaaz. Show all posts
Showing posts with label Sharnaaz. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Sharnaaz & Penerbit 'Darah Panas' Kasi Settle


Adeehh!!!! Apa cerita lagi Sharnaaz ni! Tak selesai lagi kew? isu Sharnaaz sebelum ini telah menerima notis saman daripada Baldev ekoran insiden dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran filem tersebut tahun lalu. La..sebab kecil je ni. Boleh selesai dengan baik.

Menurut laporan mStar Online, krisis hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev dijangka bakal menemui penyelesaian apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang mengaturkan pertemuan agar kedua-dua pihak dapat menjernihkan keadaan.

Elok la tu! Selesai dengan kaedah yang terbaik. Mungkin salah faham. Dalam satu kejadian Sharnaaz didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah filem sebab kelewatan mendapat pakaian untuk sesi pengambaran. Harap-harap Presiden Seniman, Zed Zaidi menjadi orang tengah yang boleh selesaikan kemelut yang berpanjangan ini.
-

Thursday, 10 January 2013

Kesian Shila Amzah, Kena Kongkong Dengan Sharnaaz


Kesian Shila Azmah. Baru jadi kekasih Sharnaaz, dah kena kongkong. Belum jadi isteri lagi. Teman pun ta tau nak kata apa. Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.

Sharnaaz dipetik berkata "Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan". "Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,". 

Ye la! tapi belum jadi isteri yang sah lagi. Kalau nak kawal pun, biar lah berpada-pada. Jangan la sampai Shila Amzah nanti meluat kerana jenis lelaki macam ni. Rasa teman, ramai wanita-wanita yang jenis tak suka dikongkong keterlaluan. Kalau boleh nasihatlah cara yang terbaik. Pastikan menjaga maruah diri dan keluarga. Itu yang penting.kankan..

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...