Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts

Friday, 29 March 2013

HOT NEWS : Fitnah Malaysiakini Terhadap Polis Pulak!


Sekarang ini, di merata-rata media Internet, para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka. Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13. Mereka juga membuat cerita kononnya, rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan, menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian pagi tadi, lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.

Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS. Malah paling menarik apabila mereka mendakwa, sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas. Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut, sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.

Sebenarnya, kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disebabkan itulah, kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ. Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD. Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.

PDRM pula boleh mengenakan kompaun kerana kesalahan mengiklan di bawah Kaedah 12 (4), berhenti di tempat larangan di bawah Kaedah 16 (1) halangan, 49 (2) (a) iaitu menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lian, 49 (2) (f) iaitu penggunaan di bawah pembuatan dan penggunaan dalam Kaedah Lalulinta Jalan 1959 (LN 166/1959), melanggar syarat-syarat dalam Permit yang dikeluarkan oleh OCPD mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman dan Kesalahan Akta Pilihanraya.

Mengapa agaknya para pecacai Pakatan langsung tidak menyatakan kesalahan-kesalahan yang telah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan tersebut? Sebaliknya cuba menunjukkan kononnya PDRM dan JPJ cuba menganiayai mereka?

Belum pun berkuasa, Pakatan Rakyat sudah menunjukkan yang mereka langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja, dan kemudian menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka ditangkap melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Kejadian di Taman Pinji Perdana sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bukanlah pihak yang tahu menghormati undang-undang walaupun pada masa yang sama, mereka seringkali mendesak agar mereka dihormati!!!

Sumber: Sel13.com
-

Monday, 25 February 2013

LAHAD DATU: Malaysiakini Ingin Wujudkan Propaganda Jahat Antara Malaysia dan Filipina?


Teman kecewa dengan sikap akhbar online tajaan Pakatan Rakyat, Meloyakini yang asyik mencari pasal dan cuba mengeruhkan lagi keadaan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah. Teman melihat niat jahat akhbar tajaan PR ini hanya untuk memporak perandakan lagi negara. Langsung tidak membantu. Jelas sikap Pakatan Rakyat ingin melihat negara ini hancur dan mudah untuk diambil alih secara tidak sah oleh Pakatan Rakyat.


Cuba lihat sumber berita yang dikutip oleh Meloyakini yang belum tentu sahih berkaitan pengunduran penceroboh. Teman lihat komen-komen panas dalam Portal tajaan Pakatan Rakyat ini terus menghentam kerajaan BN kerana tidak mengambil tindakan terhadap penceroboh. Sebenarnya deme ni takut penglibatan Anwar China Doll dalam memanggil penceroboh tersebut datang ke Sabah akan terbongkar. Niat deme supaya kerajaan menembak mati kepada penceroboh supaya rahsia sebenar tidak diketahui oleh rakyat sampai bila-bila. Itulah sebenarnya agenda jahat deme ni..

Apa yang kerajaan BN buat semua akan nampak tak betul pada deme ni. Kalau diambil tindakan keras penceroboh, maka Kerajaan BN akan dituduh bertindak kejam dan zalim. Jika Kerajaan BN berlembut dan berunding cara baik, kata Kerajaan BN tak ada telor dan segala bagai. Deme sengaja membuat provokasi supaya Kerajaan BN boleh dituduh segala bagai kekejaman terhadap pendatang. Dibawah adalah laporan daripada mStar Online yang menceritakan keadaan sebenar situasi di Lahad Datu, Sabah.



-

Thursday, 14 February 2013

Amaran Kepada Malaysiakini : Hentikan Spekulasi



Pihak polis sedang dalam proses rundingan dengan sekumpulan 80 hingga 100 orang bersenjata dari selatan Filipina yang mendarat di Lahad Datu malam Selasa lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berhubung isu berkenaan.

"Kita sudah kepung kawasan berkenaan dan pihak polis dan tentera mempunyai keupayaan untuk menguruskan perkara ini.

"Kerajaan memilih untuk menangani isu itu melalui rundingan dan mahu kumpulan itu untuk meninggalkan negara dengan aman bagi mengelakkan pertumpahan darah," kata Perdana Menteri ketika mengulas isu itu.

Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Najib berkata: "anggota polis kini bertindak atau merupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiri daripada pasukan anggota tentera.

"Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina," katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: "Lebih kurang kita sudah kenal pasti ".

"Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung...mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian," katanya.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan "jangan buat spekulasi".

"Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman...biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah," katanya.

Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah "kita dapat maklumat cepat".

"Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana. Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiap masa sentiasa 24 jam," katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.

sumber
-

Sunday, 10 February 2013

Kekasih Tertembak Wartawan Malaysiakini Rupanya



Wartawan portal Malaysiakini Claudia Theophilus, 42, dipercayai mati akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, Sabtu.
Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan dilaporkan Bernama berkata menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.
“Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api,” katanya.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Jan lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang ‘bermain’ dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Claudia, 42, anak sulung daripada tiga beradik, merupakan lulusan undang-undang universiti tempatan dan memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The Sun pada 1995 sebelum menyertai portal berita Malaysiakini pada 2005 dan beralih ke Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak dua tahun lalu.
Malaysia Instinct
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...