Monday, 7 January 2013

Pakej Komunikasi Belia, Penjual Nak Cekik Darah

Teman nampak keputusan Jemaah Menteri memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari lalu mendapat respon positif dari belia-belia. Rata-rata belia-belia berpuashati dengan pemansuhan had maksimum tersebut. Hanya ada segelintir yang masih terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan termakan janji-janji kosong yang ditabur bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Tidak dinafikan kesempatan ini akan diambil oleh penjual-penjual yang telah dilantik untuk menaikkan harga dengan sewenang-wenang. Tidak semua tapi segelintir yang ingin mencekik darah pembeli yang menggunakan rebat tersebut. Bagi mengelakkan gejala tidak sihat tersebut berlaku, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah panel khas  bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan. Panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

Teman harap dengan pelaksanan rebat ini, pihak pembangkang tidak akan mengambil peluang dengan memfitnah dan menghasut belia-belia menggunakan peluang yang ada. Seperti sedia maklum, Pembangkang sering agenda Kerajaan BN sebagai fitnah dan mencari isu hanya ingin meraih simpati dan undi padahal Kerajaan BN sentiasa menepati janji.

Jika pendafatran secara talian menjadi halangan, apakah pula kaedah yang lain yang lebih sesuai untuk diguna bagi memudahkan semakan data untuk memaklum industri bilangan dan pasaran yang harus dipenuhi dan bukan untuk merumitkan keadaan. Tak gitu!

Sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM.

ish.ish..skema la pulak..heeee..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...