Showing posts with label Politik BN. Show all posts
Showing posts with label Politik BN. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

Tarian Separuh Bogel: Ketua Polis Selangor Beri Penjelasan


Teman pun sebenarnya tak terkejut jugak bila terbaca cerita ni (SINI).Tarian separuh bogel di Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPPD Shah Alam menjadi cerita hangat. Teman yakin rasa semua orang yang hadir pada majlis tu terkejut badak bila benda ni terjadi. Teman rasa tiada siapa pun menyokong benda buruk sebegini. Teman puji tindakan pantas Ketua Polis Selangor menjawab di laman facebooknya yang berbunyi,

"Aslmkum, Saya harap jgnlah ramai buat dosa. Saya tgh selidik. Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggungjawab & cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."

Ketua Polis Selangor telah bagi komitmen untuk menyiasat perkara tersebut. Pihak yang bertanggungjawab harus diambil tindakan kerana cubaan memalukan kontijen Polis Selangor sekaligus menjatuhkan maruah Ketua Polis Selangor.  Pencacai-pencacai PR tu tak payah la nak sindir-sindir. Cerita Tarian K-POP di Bertam Nite tu pun tak boleh nak jawab lagi. Apa cer?

-

Mirzan Mahathir dan Isu San Miguel, Fitnah dan Kebenaran


Jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.

1.Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2.Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3.Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4.Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5.Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp 

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

6.Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.(sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7.Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8.“Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9.Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

12. Oh, kalau ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain.

Bagaimana dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada arak?

"Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang? 

Wallahualam..
Mungkin ini sahaja yang saya tahu berdasarkan kajian dan pemahaman saya dari kata-kata Tun Dr Mahathir atas pertanyaan yang dinyatakan.

Isu Politik Semasa
-

Monday, 7 January 2013

Jangan cabar saya tetapi Nizar tak nak ambil nasihat


Kakitangan kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan harus diambil tindakan. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Cari dalang-dalang disebalik kebocoran maklumat ini. Memang tak ada intergriti langsung. Amanah yang diberikan kepada kakitangan kerajaan ini boleh dianggap mengancam keselamatan negara. 

Tidak hairanlah perkara pembocoran maklumat oleh kakitangan kerajaan ini telah diberi perhatian serius oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir“Bagi saya ia merupakan satu perkara serius, ini bukan kerana soal `wisel blower’ ataupun kerajaan BN takut, ia adalah kerana prinsip berkerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan bukan BN.

“Seperti di negeri-negeri lain dari segi amalan berkerajaan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, sebab itu wujudnya Ordinan rahsia atau Akta Rahsia Rasmi yang harus dipatuhi..kalau tidak habislah negara.

Pada pandangan teman,kakitangan kerajaan ini seharusnya merasa malu dengan diri, keluarga dan masyarakat serta hukum Allah S.W.T. Kerana wang ringgit dan ketaksuban,sanggup menjual maruah diri dan keluarga. Kakitangan yang sebegini harus didedahkan supaya masyarakat dapat melihat siapakah mereka ini. Biar dia malu. mana nak sorok muka. Kan bagus! Baru padan muka.
-

HOT: Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Nak Kena Serbu!


Ish.ish. Biar betul weh! Ada ke patut! Mana taknya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan akan jadi havock gila pada hari Jumaat, 11 Januari 2013 sempena Lawatan Rasmi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek serta perasmian Bangunan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program akan bermula berlangsung seawal jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Berbagai-bagai acara sampingan akan dijalankan. Antaranya memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil F3 Wow! Ada ikon sukan weh! Ada sukan interaktif termasuk simulasi golf. Weh! boleh buat ek! Ada pulak persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.

Disamping itu pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta pun turut serta dan pendaftaran sukarelawan belia. Moh weh! Jangan ketinggalan. Bawak sekali mak ayah bersama-sama. lagi meriah!

Semua dijemput dan hadiah cabutan bertuah menanti kome semua. Kalau kome tak tau jalan dan nak keterangan lanjut, boleh hubungi kat bawah:

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel    : 04 – 6554444/ 04 – 6551071
Faks : 04 – 6574444
-

Pakej Komunikasi Belia, Penjual Nak Cekik Darah

Teman nampak keputusan Jemaah Menteri memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari lalu mendapat respon positif dari belia-belia. Rata-rata belia-belia berpuashati dengan pemansuhan had maksimum tersebut. Hanya ada segelintir yang masih terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan termakan janji-janji kosong yang ditabur bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Tidak dinafikan kesempatan ini akan diambil oleh penjual-penjual yang telah dilantik untuk menaikkan harga dengan sewenang-wenang. Tidak semua tapi segelintir yang ingin mencekik darah pembeli yang menggunakan rebat tersebut. Bagi mengelakkan gejala tidak sihat tersebut berlaku, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah panel khas  bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan. Panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

Teman harap dengan pelaksanan rebat ini, pihak pembangkang tidak akan mengambil peluang dengan memfitnah dan menghasut belia-belia menggunakan peluang yang ada. Seperti sedia maklum, Pembangkang sering agenda Kerajaan BN sebagai fitnah dan mencari isu hanya ingin meraih simpati dan undi padahal Kerajaan BN sentiasa menepati janji.

Jika pendafatran secara talian menjadi halangan, apakah pula kaedah yang lain yang lebih sesuai untuk diguna bagi memudahkan semakan data untuk memaklum industri bilangan dan pasaran yang harus dipenuhi dan bukan untuk merumitkan keadaan. Tak gitu!

Sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM.

ish.ish..skema la pulak..heeee..


-

Sunday, 6 January 2013

Agenda terancang di sebalik tuntutan penggunaan kalimah Allah



Sekali lagi isu penggunaan kalimah Allah diperkatakan. Ini bukan kali pertama timbul. Perbincangan tentang isu kalimah Allah ini sebenarnya satu perbincangan yang ilmiah dan tidak sepatutnya dipolitikkan. Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Surah az-Zumar, ayat 38 maksudnya, “Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? nescaya mereka menjawab: Allah.”

Yang menjawab demikian adalah orang kafir jahiliyyah Makkah. Mereka ada Latta, Uzza, dan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang mereka sembah. Tetapi mereka menggunakan nama Allah dan penggunaan kalimah Allah di sisi mereka disahkan oleh firman Allah SWT di dalam Al-Quran.

Para ulama’ di Timur Tengah yang berbangsa Arab secara khususnya berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah ini telah menjadi satu budaya dan adat. Masyarakat di sana walaupun ada yang bukan Islam, Kristian, ada yang tidak berpegang dengan mana-mana agama, qadianiyah dan sebagainya, mereka tetap dengan ucapan seperti Masya-Allah, insyaAllah, wallaah, wabillah, watallaah.

Ini kerana perkataan wallahi sudah menjadi pertuturan kebiasaan mereka, bukan wallahi dengan niat qasam (bersumpah). Itu apa yang berlaku di negara Arab, sebab itu digunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Sekarang ini kita bercakap dalam konteks Malaysia. Berapa kali orang-orang Kristian di dalam negara kita ini menjadikan penggunaan kalimah Allah di dalam pertuturan seharian mereka atau menjadikan ia budaya di dalam percakapan? Berapa kali orang seperti Lim Guan Eng contohnya tersadung ketika tersepak batu lalu menyebut Allahu Akbar? Berapa kali apabila dia terkejut lalu menyebut nama Allah?

Di Sabah dan Sarawak memang penggunaan kalimah Allah sudah menjadi kebiasaan sebab di gereja mereka menggunakan kitab-kitab terjemahan
Indonesia. Indonesia menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Indonesia dan menggantikan kalimah God kepada kalimah Allah. Jadi penggunaan
kalimah Allah itu sudah menjadi biasa bagi mereka, dan implikasinya boleh dilihat di Sabah dan Sarawak apabila kitab ini diguna pakai.

Harus diingat berapa peratusan umat Islam di Malaysia? Kita bukan duduk di zaman mula-mula merdeka di mana peratusan umat Islam adalah 80%. Sekarang ini umat Islam dalam negara kita cuma 61%, dan Alhamdulillah masih majoriti. Menyusul selepas itu adalah agama Buddha, hampir 20%. Susulannya Kristian, 9.2%, seterusnya Hindu dan lain-lain.

Kristian hanya 9.2% dan Lim Guan Eng bercakap seolah-olah mewakili majoriti penganut agama Kristian dan majoriti rakyat umum dalam negara
ini. Apakah beliau lupa, gereja yang terbesar di Asia yang sedang dalam proses binaan di Selangor pada hari ini diberikan kepada mereka. Bahkan salah seorang daripada orang  politik dalam negara ini merupakan orang besar gereja Katolik di Asia.

Yang amat dibimbangi ialah disebalik isu ini  ada agenda Kristianisasi dan pluralisme. Kita harus ingat apa tuntutan IFC yang dikepalai oleh Ambiga. Mereka mahui supaya perlembagaan yang diletakkan Islam sebagai agama persekutuan itu dirungkaikan, dan diberikan kesamarataan kepada semua agama. Ini semua adalah agenda mereka yang tersusun dan terancang.

NGO termasuk Bar Council adalah gerakan mereka; terdiri daripada para peguam bahkan terdiri dari kalangan orang Islam sendiri. Pluralisme membawa kepada semua agama itu sama, dan kita tidak berhak lagi untuk mengatakan Islam agama yang lebih baik berbanding agama lain.

Isu kalimah Allah di dalam konteks negara kita adalah berbeza dengan konteks negara lain. Cuba bayangkan selama ini melaungkan Allahu Akbar
dengan tauhid tetapi gereja juga melaungkan Allah, Allah, Allah dengan trinity.

Kita mungkin berhujah tanpa melihat bagaimana kemerdekaan itu diperoleh. Kita tidak melihat bagaimana proses peralihan perubahan kehidupan dalam negara kita. Dulu pada tahun 60-an, 70-an, di mana hendak cari orang pakai tudung labuh? Ibu dan bapa kita ada yang belajar di Universiti Al-Azhar. Ada gambar-gambar ustazah-ustazah yang popular pada hari ini, dulu mereka tidak memakai tudung pun! Ustaz-ustaz yang popular dan senior pada hari ini dulu hanya memakai seluar pendek belajar di Timur Tengah. Sekarang ini telah berlaku proses perubahan kearah kebaikan yang pesat yang wajar diakui dan diiktiraf. Cuma masih ada kelemahan. Kita tidak katakan telah sempurna tetapi semuanya perlu dipertingkatkan dan dikemaskini.

Bayangkan kalimah Allah nanti diletakkan di depan gereja. Apa yang boleh kita katakan pada masa itu? Perkara ini tentu akan menyinggung sensitivity umat Islam. Kalau dulu musuh Islam menggunakan Islamofobia; jenama yang barat gunakan dan tempelkan kepada umat Islam. Kita katakan sikap yang dibuat oleh Lim Guan Eng pada hari ini sebenarnya mencetuskan Kristianofobia iaitu apabila mendengar agama Kristian orang merasa fobia ataupun benci, orang merasa takut dengan gerakan mereka.

Namun kita tetap menjaga hak-hak mereka yang telah Allah berikan. Islam tidak membenarkan kita membakar gereja mereka, Islam tidak membenarkan kita membunuh mereka, mencerca tempat ibadah mereka, atau mengambil hak mereka. Islam melarang ini semua. Bahkan Islam
memberikan hurriyyatul I’tiqad (kebebasan beragama) kepada orang bukan Islam.

Jadi kita perlu melihat isu ini sebagai isu yang mempunyai agenda terancang. Kalau ditemui di tepi jalan risalah-risalah yang tertulis kalimah Allah, dan kemudian ditulis “Allah Maha Pengasih”. Berapa ramai anak-anak kita yang mampu untuk menganalisa bahawasanya risalah ini datang daripada gereja?

Islam mengajar prinsip dan pendirian saddun lidz-dzarii’ah yakni menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar. Maka kita perlu sekat hal yang seperti ini.

Kerajaan perlu bertegas 

Dalam keadaan sekarang, yang membimbangkan kita adalah sikap sebahagian orang yang ada kepentingan politik yang turut mempertahankan kenyataan ini. mereka mengatakan tidak mengapa, ulama Timur Tengah mengatakan tidak ada masalah. Mana boleh begini, sedangkan kita mengeluarkan fatwa dan mengatakan bahawa kita perlu meraikan fiqhul waaqi’.

Maka waqi’ (realiti keadaan) dalam negara kita ini perlu diraikan; bagaimana kefahaman masyarakat kita tentang agama, kita masih lagi jauh terkebelakang dan kita sedang bina sedikit demi sedikit. Jangan kita mengharapkan semuanya mantap dengan serta merta. Pemimpin yang naik turut mempunyai kelemahan, ada yang faham agama dan ada yang tidak faham agama. Ada yang faham agama tetapi tidak tahu buat kerja. Ada yang tidak faham agama tetapi pandai buat kerja. Masing-masing ada kelemahan dan masing-masing ada kelebihan. Sebab itu kita berkehendak kepada perpaduan dan kesatuan sesama kaum muslimin, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Masalah timbul apabila seseorang itu mempunyai kepentingan, dia melupakan segala-galanya demi untuk menjaga kepentingannya. Sehingga isu kalimah Allah ini pun menjadi satu isu yang berkepentingan. Sebab itu cadangan yang baik agar kerajaan lebih tegas, cuma masalahnya adalah kita berhadapan dengan pandangan sebahagian daripada kaum muslimin sendiri yang mengatakan agama lain boleh menggunakannya. Saya hairan orang yang membenarkan isu ini, anak-anak mereka tidak pula dihantar ke sekolah Missionary Kristian seperti Methodist dan sebagainya. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah agama juga. Anak sendiri hendak dihantar ke tempat bagus, tetapi negara sendiri tidak mahu diselamatkan daripada kekacauan minda-minda dan perkara-perkara yang seperti ini.

Oleh itu kita mengharapnakan kerajaan bertindak lebih tegas, dalam masa yang sama kita juga ingin agar orang Melayu dan Islam yang menjadi kuat. Kekuatan tidak dpat diperoleh melainkan dengan perpaduan. Maka hulurkanlah tangan, bersatu, berpadu dan bersama dengan kaum Muslimin. Itu yang lebih utama daripada mencari helah dan jalan untuk bersatu dan berpadu dengan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi jelas memusuhi Islam. Bukan tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi keutamaan, kecenderungan dan ruhnya mestilah bersatu dengan kaum Muslimin. Seperti mana yang digambarkan di dalam Al-Quran tentang ciri-ciri pengikut Muhammad, “Bertegas terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka.” (surah Al-Fath: 29)

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Penulis adalah CEO Ilmuan Malaysia (iLMU)

-

Had Tempoh Jawatan Persatuan, KBS mahu kajian mendalam



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta kajian menyeluruh dibuat berhubung jangka masa kepimpinan persatuan sukan dihadkan kepada sesuatu tempoh tertentu bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan sukan negara.

Sambil menerima baik cadangan itu, Ahmad Shabery berkata persetujuan semua pihak juga harus diambil kira demi manfaat persatuan-persatuan sukan di seluruh negara untuk tempoh jangka panjang.

"Kajian terperinci dan persetujuan pihak terbabit perlu diambil kira menerusi pewujudan pelan berkonsepkan meremajakan persatuan sukan agar pelaksanaannya memberi impak positif tidak hanya kepada atlet malah untuk masa depan pembangunan sukan di Malaysia," katanya.

 [Ada cadangan agar tempoh pegang jawatan badan sukan dihadkan. Anda setuju?]

[Jika anda setuju, tempoh paling sesuai?]

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa sudah sampai masanya supaya peraturan untuk setiap pemegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan dihadkan tempoh hanya kepada lapan tahun bagi memastikan pembangunan dan kemajuan sukan negara tidak terbantut.

Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong dipetik sebagai mengulas mengenai desakan peminat bola sepak negara yang mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletak jawatan selepas didakwa gagal meningkatkan sukan nombor satu negara itu sejak menerajui badan induk berkenaan 28 tahun lalu.

Terdahulu, Ahmad Shabery menghadiri majlis makan malam sempena program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Restoran Makanan Laut Beringis, di sini, malam tadi.

Karnival selama tiga hari itu anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Astro yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Anggota Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan memperuntuk lebih RM4 juta dalam usaha membangunkan pelbagai program belia di negeri ini pada tahun lepas.

Katanya, peruntukan itu membuktikan kerajaan komited mengiktiraf peranan dan sumbangan belia di Sabah bagi melahirkan lebih ramai belia berpotensi, berdaya saing menerusi idea kreatif dan inovatif selain berpandangan jauh menerajui kepimpinanan negara pada masa depan.

Sementara itu, Rosnah berkata program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia itu merupakan platform terbaik bagi memperkasa dan memberi peluang kepada belia mempamerkan bakat dan potensi diri menerusi pelbagai aktiviti sukan dan kepimpinan. - Bernama
-

Najib, rombongan Program Integrasi 1Malaysia AirAsia diterbangkan ke Kuantan



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat bersama beberapa pemimpin komuniti yang didatangkan khas dari Sabah dan Sarawak ke Kuantan. 

Pesawat Airbus A320 AirAsia itu tiba di Pangkalan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, tengah hari ini. Rombongan berkenaan yang juga pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama AirAsia, menawarkan perkhidmatan penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu.

Menurut Ketua Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia, Shahril Hafizi Razali, rombongan seramai 100 orang yang didatangkan khas dari Sabah dan Sarawak itu mewakili beberapa komuniti dari negeri berkenaan yang dibawa ke semenanjung. Tujuan pelaksanaan itu adalah untuk membawa komuniti yang terdapat di Sabah dan Sarawak berjumpa dengan komuniti di Semenanjung. 

"Sebab itu komuniti Sabah dan Sarawak yang datang program berkenaan memakai pakaian tradisional mereka, supaya dapat berkongsi dengan komuniti di Semenanjung dalam sesi suai kenal yang diaturkan," katanya. 

Beliau berkata, mengikut jadual, rombongan berkenaan akan mengadakan beberapa lawatan antara ke kawasan perindustrian Automobil Pekan selain turut akan mengadakan lawatan ke kawasan Pusat Komuniti Pulau Serai di Pekan sebelum kembali semula ke ibu negara untuk lawatan seterusnya. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...