Sunday 6 January 2013

Nah! Hadi Awang Nak Sangat! Ambik Ni?



Kalau nak Hadi Awang nak sangat fatwa mengenai Amanat Haji Hadi, Teman susun kat bawah ni Fatwa Majlis Kebangsaan dan Majils FatWa Negeri Melaka untuk ditatap puas-puas. Hadi Awang harus bertaubat! Fatwa ini boleh didapati laman sesawang JAKIM di e-fatwa.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

Boleh tengok SINI

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Melaka


Tarikh Keputusan:  24 Jul, 2002
Keputusan: 
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;


(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan


(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  25 Jul, 2002
Nombor Rujukan:  PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen:  M.P.U. 13

Boleh tengok SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...