Sunday, 6 January 2013

Kebebesan Bersuara Ala Singapura yang Diinginkan DAP


Teman sungguh terasa pelik dengan slogan Pakatan Rakyat tentang kebebasan bersuara rakyat. Kaedah yang selalu dilakukan dalam mendapat simpati rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat. Teman tak fikir deme berfikir panjang. Sejauhmana kebebasan bersuara yang deme nak, teman pun tak faham. Parti yang sering melaung-laung slogan ini adalah Parti DAP. Tapi yang pasti rakan karib parti DAP di Singapura, Parti PAP berbeza memahami kebebasan bersuara ala deme sendiri.

Paling teman pelik, deme ni selalu menganggap kebesasan bersuara di Malaysia bagai langsung tak ada. Sedangkan deme bebas memaki, mengutuk dan memfitnah pemimpin-pemimpin BN sewenang-wenangnya. Tanpa ada rasa bersalah dan ditangkap. Pelik kan. Itu lah jenis manusia yang tidak pernah bersyukur dan sering mencari kesilapan orang lain.

Teman mahu mengutip satu kejadian di Singapura dimana seorang blogger dipaksa untuk menarik balik kenyataan atas alasan memfitnah. Apa yang berlaku hanyalah gambaran  blogger yang membuat pemimpin Singapura tak senang duduk. Apa yang berlaku hanyalah komen-komen pembaca di artikel tersebut yang berbaur tuduhan kepada pemimpin Singapura. Bukannya dari penulis sendiri. Dibawah petikan yang teman ambil dan teman bold serta besarkan tulisan supaya kome nilailah sendiri sejauhmana kebesasan bersuara di Singapura dan Di Malaysia. Fikir-fikirkan..


Singapura: Seorang blogger Singapura meminta maaf dan sedia menarik balik sebahagian artikel dalam blognya selepas menerima surat tuntutan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. 

Peguam Lee dari Drew and Napier dilaporkan menghantar surat itu kepada penulis blog, Alex Au, berikutan dakwaan kiriman berbentuk fitnah dalam blognya, Yawning Bread. 

Artikel itu bertajuk PAP mis-AIMed, faces blowback merujuk kepada jualan sistem komputer yang digunakan beberapa majlis perbandaran kepada firma Action Information Management (AIM). 

Surat perunding kanan Drew and Napier, Davinder Singh menyifatkan blog terbabit menyiarkan kiriman membayangkan kesalahan serius mengenai jenayah pecah amanah. 

Ia juga mendakwa rasuah berlaku dengan menuding jari kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah serta Jabatan Peguam Negara sebagai terbabit. 

Kiriman terbabit disusuli komen bernada fitnah pembaca, ada dalam kalangan mereka merujuk kepada Lee, kata surat terbabit menyenaraikan 21 komen dalam kategori itu. 

Komen itu apabila dibaca bersama kiriman asal atau dengan sendirinya, difahamkan menunjukkan Lee bersalah melakukan rasuah membabitkan transaksi AIM dan menyalah guna kuasa untuk menutup perkara itu atau menghalang siasatan terhadap rasuah dilakukannya. 

Tuduhan ini palsu dan tidak berasas, kata surat itu lagi. Oleh itu, Lee memberi peluang kepada Au untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan terbabit tanpa menuntut sebarang ganti rugi dan kos lain. 

Dalam satu kenyataan, Au menerima pandangan bahawa sebahagian artikel dan komen pembaca adalah fitnah dan akan menarik balik sebahagiannya termasuk oleh pembaca seperti diminta selain menyiarkan permohonan maaf kepada Lee. 

Ini kali kedua dalam tempoh enam bulan Au diminta memohon maaf berhubung artikel dalam blognya. 

Pada Julai tahun lalu, dia meminta maaf memberi komen kes denda kesalahan trafik terhadap Pakar Bedah Plastik, Woffles Wu, selepas pejabat Peguam Negara mengutus surat memaklumkannya bahawa pandangannya menghina keputusan mahkamah kerana menuduh hakim berlembut kepada golongan atasan. 

AGENSI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...