Wednesday 9 January 2013

Nik Aziz Ni Ada Akai Ke Tak?

Inikah yang Anda Mahu?
Teman terkejut badak bila Nik Aziz mengulas tentang penggunaan Kalimah Allah kepada agama Kristian. Nak gelak tak boleh sebab isu sensitif sangat hingga Kalimah Allah dilacurkan oleh PAS. Nak kata Nik Aziz bingung, puak-puak kata Nik Aziz ni nabi. Nak kata tak ada akai, deme kata mulut tak ada insuran. eh.eh. Tak tau nak kata apa.

Apabila Nik Aziz bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah, boleh lak kata akan memberi ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Weh! Siapa yang akan dakwah siapa ni? kalau Kristian dah boleh guna Kalimah Allah, deme boleh guna apa-apa aja Kalimah Allah dalam Bible, risalah dan segala bagai. Apabila dibaca oleh golongan-golongan Islam yang kurang berpengetahuan agama Islam, boleh mudah terpedaya dan mungkin mudah dikristiankan. Mengapa la bodoh sangat pemikiran Nik Aziz. Sedangkan sebelum Kristian boleh guna Kalimah Allah ni pun, berapa ramai yang dah muirtad? ini kan pulak kalimah suci tersebut boleh digunakan sewenang-wenangnya. lagi ramai lah yang akan murtad!

Inikah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam? Cissss..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...