Sunday, 6 January 2013

Jangan Terpedaya Tomahan Pembangkang



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.

Katanya kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.

"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap padaMajlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantumenangani masalah kos hidup rakyat.

Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.

Muhyiddin berkata bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengankenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Bila saya turun ke Perak tahun lalu, ramai yang di belakang saya kata BR1Msatu ni bagus, kalau begitu teruskan untuk BR1M-BR1M seterusnya. Perdana Menteribuat keputusan bagi BR1M satu dan seterusnya BR1M dua.

"Kalau kita doa BN menang (pilihan raya) lagi, BR1M tiga, empat, lima dan enam selama-lamanya mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik, hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau minta naik pun saya fikir boleh dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata lebih 55 tahun sejak merdeka, BN telah meletakkan asaspenubuhan negara bangsa yang kukuh dan kuat dan yang paling penting ketika iniadalah untuk mengekalkannya.

"Yang paling penting adalah untuk menentukan hala tuju negara dalam tempohtujuh tahun akan datang.

"Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan pada tahun 2020Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...