Sunday 6 January 2013

Hah! Baru Nak Tau Ke?



Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan rakyat bahawa perbezaan prinsip perjuangan antara parti dalam pakatan pembangkang akan membawa masalah kepada negara jika dibenarkan memerintah.

Sebagai contohnya, katanya parti Pas memperjuangkan negara Islam manakala rakannya dalam pakatan, DAP pula berkata 'langkah mayatku dulu' sebelum Pas boleh menubuhkan negara Islam menunjukkan kedua-duanya bersikap ekstrim dalam mencapai matlamat parti masing-masing.

"Kita (rakyat) perlu teliti ketika membuat keputusan mengenai mana calon dan parti yang patut dipilih.  Mereka perlu membuat pertimbangan dalam konteks lebih besar iaitu (kepentingan) negara. Negara kita sudah melakukan banyak perubahan di (bawah kerajaan Barisan Nasional)," katanya.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian ketika berucap pada majlis  Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Lahat-Lahat, di sini, hari ini.

Shafie juga menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya tidak ada perubahan atau pembangunan di Semporna dengan menganggap golongan tersebut sebagai sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa BN sudah banyak membawa kemajuan di daerah itu.

Dalam majlis berasingan, iaitu pelancaran Markas Pusat Daerah Mengundi Kampung Ayer dekat sini, beliau meminta semua jentera parti supaya bekerja lebih kuat bagi memastikan BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti.- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...