Showing posts with label Amanat. Show all posts
Showing posts with label Amanat. Show all posts

Monday, 7 January 2013

Kalau dah Salah Mengaku Aja lah Hadi oiii!!!


Meh kome tengok apa komen-komen mengenai Amanat Haji Hadi yang sesat tu. Kome tengok satu persatu penjelasan, dan jangan nak melenting tak tentu pasal.

Apa kata Rais Yatim "Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya. 


"Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan MajlisFatwa Kebangsaan.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusanMajlis Fatwa Kebangsaan yang telahpun mengharamkan amanatnya itu dan bukanmencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya.


Apa kata Jamil Khir, "Beliau berkata bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafirsudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk danpendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

"Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Dis tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan," katanya.

Dah macam tu, jangan lah nak berdolak dalik. haji Hadi Awang masih berkeras mempertahankan Amanat sesatnya itu. Biarkan lah! Jangan di layan..
-

Sunday, 6 January 2013

HADI AWANG KENA BELI CERMIN SEBAB TAK CERMIN KAT RUMAH DIA



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya.

Beliau berkata ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 telahpun memutuskan bahawa Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip dakwah Islamiah.

"Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan MajlisFatwa Kebangsaan.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusanMajlis Fatwa Kebangsaan yang telahpun mengharamkan amanatnya itu dan bukanmencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Beliau berkata sesiapa sahaja yang melanggari keputusan Majlis FatwaKebangsaan, harus berhadapan dengan ummah dan majlis fatwa itu sendiri.

Justeru Rais meminta umat Islam di negara ini supaya berfikir dan menolak pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta atau yang cuba menipu rakyat.

Semalam Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmimengenai isu Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai bercanggah dengankepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Dalam pada itu, Rais meminta penganjur perhimpunan yang dijadual diadakan diStadium Merdeka pada Sabtu depan, supaya mematuhi undang-undang mengikut AktaPerhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata mana-mana pihak sama ada daripada parti pembangkang atau badan bukan kerajaan tidak boleh menetapkan sendiri lokasi untuk mengadakan perhimpunan.

Rais berkata sekiranya pengurusan Stadium Merdeka bersetuju, barulah polis akan mengeluarkan permit membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan itu.

"Oleh itu, saya memohon pihak penganjur supaya meneliti akta ini dari sudut kepentingan tanah air, keselamatan serta pihak yang memiliki hak ke atas premisyang hendak diadakan perhimpunan itu," katanya. BERNAMA
-

Nah! Hadi Awang Nak Sangat! Ambik Ni?



Kalau nak Hadi Awang nak sangat fatwa mengenai Amanat Haji Hadi, Teman susun kat bawah ni Fatwa Majlis Kebangsaan dan Majils FatWa Negeri Melaka untuk ditatap puas-puas. Hadi Awang harus bertaubat! Fatwa ini boleh didapati laman sesawang JAKIM di e-fatwa.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

Boleh tengok SINI

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Melaka


Tarikh Keputusan:  24 Jul, 2002
Keputusan: 
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;


(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan


(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  25 Jul, 2002
Nombor Rujukan:  PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen:  M.P.U. 13

Boleh tengok SINI

-

HADI BUKAN ULAMAK TAPI HANYALAH ULAR MAK POLITIK!



Teman nampak yang  mudahnya isu Amanat Hj Hadi ni, sememangnya dah sesat. Jauh terpesong dari landasan Islam sebenar. Teman nak mengutip satu komen pembaca di Sinar Harian mengenai isu Amanat Haji Hadi. Kome baca dan teliti la. Teman tak edit satu pun. Fikir-fikir lah secara matang.

HADI BUKAN ULAMAK TAPI HANYALAH ULAR MAK POLITIK!

1. Ulamak ke kalau memperkecilkan guru2 sekolah rendah?

2. Ulamak ke kalau lidah berbelit memesongkan fakta? Anak kafirkan keluarga sendiri, sembahyang dua imam, kubur berasingan, tidak melawat jenazah ahli keluarga sendiri dan terlalu banyak lagi kes2 seumpamanya. Siapakah punca semua ini kalau bukan Hadi penipu! Siapa harus bertanggungjawab menjawab atas semua ni di Padang Masyar nanti?

3. Ulamak ke kalau pecat Dato Dr Hasan Ali secara un Islamic mengalahkan komunis?

4. Ulamak ke kalau menyokong membabi buta seorang pemimpin yang tabiat seks nya sangat2 meragukan?

5. Ulamak ke kalau menyokong individu yg terang dan nyata menyokong LBGT dan pluralisme agama?

6. Ulamak ke kalau menyokong kalimah Allah di gunakan Kristian?

7. Ulamak ke kalau selalu sangat suka mungkir janji? Hadi dgn N.ajis 2 X 5 lidah bercabang mungkir janji.Dulu cakap lain sekarang buat lain. Jilat ludah sendiri menjadi tabiat kegemaran.

8. Ulamak ke kalau bersekongkol dgn kafir yg jelas menentang negara Islam?
-

BUKTI AMANAT HJ HADI SESAT, KHALID ISMATH RELA SEMBAH TOKONG


Ini lagi sekor budak hingus yang macam kera. Adik beradik bodoh tak boleh di ajar. Salah satu contoh golongan Syiah di dalam PAS yang menyesatkan. Menjadi pejuang sesat. Macam ni la orang-orang dalam PAS. Banyak yang dah sesat. Terbaru Khalid Ismath ni sanggup sembahyang sembah tokong dari sembahyang dalam masjid berimamkan orang UMNO. Ini lah salah satu bahana dan kerosakan akibat Amanat Hj Hadi. Pengikut-pengikut PAS totok jadi sesat. Masuk syurga ke macam ni?ish.ish


Ye la!Mike masuk lah kat tokong dan sembah lah tokong tu. Lepas makan la babi panggang yang ada ka situ. Lagi best..ptuiii!!!nak muntah le teman..

-

Ada Teman kesah! Lantak Lu La!


PAS sudah melalut raban. Cerita nak masuk TV tak habis-habis lagi. Udah-udah le tu! Teman pun heran sebab apa PAS tak puashati sangat ni. Kalau nak masuk kampung orang, berilah salam dulu. Ini tidak, nak main terjah memanjang. Rumah sendiri ada, pergi la kat rumah sendiri. Ini tidak, niat tu dah tak baik, mana le tuan rumah nak bagi. Nak minta masuk rumah orang, jangan la kome pulak bagi syarat. Tak ke pelik tu! Saja nak cari alasan.

PAS menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Weh! Suka hati tuan rumah la nak buat apa pun, kome tu kena ikut syarat tuan rumah, bukannya kome yang bagi syarat. Adeehh!! Kenapa la PAS ni bingung sangat.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...