Sunday, 20 January 2013

Malang Sungguh Melayu Singapura


SEMINAR Nusantara Islam di Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang ini, membuka mata penulis terhadap banyak  perkembangan Melayu dan Islam di negara lain sekitar negara kita.

Selain mendapat maklumat lebih jelas tentang keadaan sebenar yang berlaku di Myanmar membabitkan orang Islam Rohingya, penulis juga kagum dengan ‘kejayaan’ orang Melayu dan Islam Singapura dibawah kepimpinan parti PAP, yang punya cawangan di Malaysia, iaitu DAP.

Penulis tidak salahkan pembentang kertas kerja itu, seorang Profesor dari National University Singapore kerana memuja dan memuji melambung kerajaan PAP Singapura dalam ‘memajukan’ orang Melayu di negara tersebut.

Penulis juga tidak salahkan beliau kerana memuji kerajaan PAP yang memberikan hanya 4% dari keseluruhan pelajar yang menerima biasiswa di negara tersebut kepada orang Melayu.  4% atau 4 orang bagi setiap 100 orang itu, memang satu pencapaian yang membanggakan!!!

Dan paling membanggakan Profesor ini, bila baru-baru ini kerajaan Singapura menganugerahkan Biasiswa Presiden kepada seorang anak melayu (dari 5 orang), pertama seumpama dengannya setelah 44 tahun!!

Maklum sahajalah, Profesor ini bekerja dengan Universiti milik kerajaan Singapura.  Lumatlah dia kalau didapati mengutuk kerajaannya sendiri di negara ini.

Beliau datang ke Malaysia ini hanya sekali-sekali, lepas ini nak balik ke Singapura semula.  Tak pasal-pasal nanti, kerana nak menyedapkan hati dan telinga peserta seminar, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih diamalkan di negara asalnya, menanti sebaik menyeberang tambak.

Untuk berlaku adil kepada beliau, tidak salah kalau penulis katakan, pendapat Profesor itu betul dari konteks pemahamannya tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum minoriti di Singapura.  Tak adillah beliau untuk membandingkan kedudukan Melayu negara tersebut dengan negara ini.

Tapi pendedahan ini baik untuk dijadikan pengajaran oleh sebilangan orang Melayu di Malaysia ini yang sentiasa tak tahu nak bersyukur dengan kemajuan yang dicapai bangsa tersebut sepanjang berada dibawah kepimpinan UMNO.

Golongan ini nak juga percaya DAP, adik PAP tu mampu mengekalkan hak keistimewaan dan kemajuan orang Melayu seperti dibawah UMNO sekarang.

Ikuti Selanjutnya di Suara Generasi Baru

-

Tanda-Tanda Kiamat Untuk Pakatan Rakyat

Teman nak mengulaskan sikit lagi tentang Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka pada 12 januari 2012 tempohari. Himpunan Beruk-Beruk yang dijudul oleh Kepala Beruk Mat Sabun dan pencacai-pencacai beruk dengan KL112 dan HKR112. Jelas sekali kegagalan perhimpunan tersebut telah menjadi impak besar kepada kekuatan Pakatan Rakyat.kuikui...

Teman kira asas untuk mengadakan Himpunan Beruk-Beruk untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah gagal walaupun cuba dinafikan. Kegagalan sasaran Himpunan Berul-Beruk mengumpulkan 1 juta yang Mat Sabun mula merawan dan meroyan. Macam-macam kaedah matematik bagi mengira jumlah kehadiran bagi menutup kegagalan yang amat sangat. Anwar China Doll lagi pening kepala bila Kepala Beruk Mat Sabun gagal dalam misi untuk mencapai target himpunan. Angka-angka dari Polis dan Al-Jazeera jelas menunjuk kehadiran beruk-beruk sekitar 45,000.  Kelam kabut Mat Sabun cuba ubah persepsi dengan membuat matematik bodoh menyifatkan 500,000 menyertai himpunan di Stadium Merdeka dengan jumlah kutipan dermanya adalah RM268,802.10.

Manakala Firma penyelidikan trend Twitter Politweet sedar dengan kesilapan kiraan statistik awal dan menurunkan angka kepada 63,976 dan 78,193 mengikut asas-asas kepada gambar dan video himpunan tersebut. Tembelang kegagalan Himpunan Beruk-Beruk lagi terbongkar bila pendedahan dokumen post mortem PKR mengenai himpunan ini menunjukkan sokongan rakyat telah menurun dengan ketara.

Jelas sekali, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah menurun dan harap melakukan tsunami politik sekali lagi tidak menjadi. Isu Bawani di Forum UUM tempohari yang digembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat membuktikan lagi keadaan lebih terdesak Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan hingga menggunakan budak berhingus mencari publisiti murahan. Punya meroyannya Pakatan Rakyat. Secara mudah, apalah sokongan dan jumlah beruk-beruk KL112 seramai 45,000 itu dengan jumlah pengundi lebih kurang 13 juta di Malaysia. Fikir-fikirkan lah..
-

PM Umum Tujuh Projek Dalam Manifesto Kelantan



Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia memenangi Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sebagai sebahagian daripada manifesto negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek itu akan meningkatkan lagi keadaan dan potensi rakyat.

Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, sebuah stadium baru dan menyelesaikan masalah air.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata BN juga akan membina 3,000 unit rumah, menubuhkan kampus UiTM di sini, memulakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu dan membina masjid terbesar di negeri ini berharga kira-kira RM50 juta.

"Ini adalah hanya sebahagian manifesto kami. Ia belum lagi lengkap. Akan ada perkara-perkara lain yang akan diumumkan kemudian. Ini adalah janji Barisan Nasional," beliau berkata pada program Janji Ditepati semasa lawatan beliau sehari ke negeri itu pada Ahad.

Sumber
-

TAHNIAH : Saudara Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM


TAHNIAH!!! TAHNIAH!TAHNIAH! Kepada Saudara Maliki Mohamed Rapiee kerana dapat mempertahankan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012 - 2014. Pencabar utama beliau Jais Abdul Karim telah menarik diri di saat akhir malam tadi.  Bagi kerusi Timbalan Presiden, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin juga telah  menang tanpa bertanding manakala jawatan Setiausaha Agung kekal kepada Saudara Mohd Zaidi Aziz yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan-jawatan lain dijadualkan akan dibuat pengudian pada hari ini. Teman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Maliki, Saudara Mua'amar Ghadafi dan juga Saudara Mohd Zaidi yang memegaang tampuk tetinggi barisan kepimpinan yang baru. Teman harap agenda pembangunan belia akan dirancangkan serta mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.
-

Izreen Azminda Mudah Melenting Gara-Gara Hamil



Pelakon Izreen Azminda berasa pelik kerana mempunyai tabiat luar biasa iaitu mudah melenting tanpa sebab pada peringkat awal kehamilannya.

Pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam, 28, ini berkata, bagaimanapun sikap buruk itu berjaya dikawal dan beransur hilang selepas tiga bulan hamil.

“Saya tidak tahu kenapa selalu naik hantu ketika awal kehamilan dulu? Ada sahaja yang tidak kena di mata dan saya cepat marah.

“Mungkin faktor hormon tidak stabil tetapi alhamdulillah sikap buruk itu semakin hilang kerana saya dapat kawal (kemarahan) kebelakangan ini,” katanya kepada mStar Online.

Izreen kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan jurukamera Muhd Riza Baharudin, 30, pada 30 Ogos tahun lalu.

Ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali pertama, Izreen berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan atau mengidam yang teruk.


“Alhamdulillah saya dan suami sangat gembira dengan kandungan ini. Kini memasuki bulan keempat, saya berasa selesa dan tidak alami alahan atau mengidam yang teruk.

“Saya masih aktif bekerja di dua set penggambaran sekarang iaitu drama Sehangat Asmara dan Tanggang Ayu,” katanya.

Tambah Izreen, dia terpaksa bekerja keras ketika ini selagi terdaya sebelum berehat panjang bermula awal Mac depan.

“Sementara masih larat biar saya kerja untuk kumpul duit. Nanti bermula awal Mac saya akan berehat terus sehingga tarikh bersalin yang dijangka pada Julai depan.

“Namun, saya selalu berhati-hati dan tidak lasak sangat di lokasi. Saya mesti habiskan penggambaran sebelum pukul 12 tengah malam sebab badan mudah letih akhir-akhir ini,” katanya.

Izreen berkata, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran lakonan ekoran perubahan ketara pada fizikalnya kerana memiliki kandungan bersaiz besar.

Terbaharu, drama lakonannya Sehangat Asmara akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).


-

Saturday, 19 January 2013

Sekitar Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014

Sebentar tadi teman sempat singgah di Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014. Meriah sungguh dgn kehadiran pengunjung di Bukit Jalil. Antara yg mengambil bahagian dalam pameran agensi ialah Kementerian Belia dan Sukan. Disisipkan beberapa gambar-gambar untuk tatapan kome semua..heeee

-

Agenda Pakatan Rakyat Melacurkan Islam

Pakatan Rakyat memang sebuah pakatan yang haram cuba memporak perandakan agama Islam. Tiada langsung perjuangan untuk mengakkan Islam sebaliknya cubaan meruntuhkan Islam dengan langkah demi langkah. Rancangan diatur begitu teliti supaya tidak dihidu oleh rakyat dengan alasan-alasan yang tak munasabah. Rakan Pakatan Rakyat, Parti PAS cuma mahu bermain dengan kata-kata dan menyembunyikan fakta-fakta tertentu demi meraih simpati ahli dan rakyat mengenai cubaan meruntuhkan Islam di Malaysia. 

PAS yang mendakwa sebuag parti memperjuangkan Islam telah gagal membukti perjuangan sebenar parti itu. Parti PAS yang telah diresapi anasir anwarinas lebih terdorong untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin untuk menawan Putrajaya. Ahli-ahli PAS tertipu dengan mainan dan janji-janji pemimpin mereka sendiri. Alangkah malangnya, sebuah parti yang sering mencanang untuk menegakkan syiar Islam da melaksanakan undang Islam sendiri melacurkan agama Islam dan menjual kepada Cina DAP yang rasis dan cauvanis. Fikir-fikirkan lah..
-

BR1M 2.0 Akan Selesai Dibayar Februari



Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

"Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.

Awang Adek berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.

"Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok. - BERNAMA
-

Bahang Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sesi 2012-2014



Belia Bangkit Nampaknya masa makin mencemburui calon-calon yang ingin bertanding menerajui kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi Sesi 2012-2014.

Sebanyak 21 Jawatan bagi Jawatankuasa Kerja (Exco) akan menjadi rebutan dari Jawatan Pengerusi Tetap hinggalah ke Ahli Jawatankuasa Kerja.

Perang kempen semakin ketara di aras 5, Summit Hotel, USJ walaupun proses berkempen ini sebenarnya telah bermula awal lagi.

Seperti lazimnya, Jawatan yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan NGO belia sudah semestinya kerusi Tertinggi dalam MBM iaitu kerusi Presiden. Adakah Saudara Maliki Mohamed Rapiee dapat mempertahankan jawatan yang disandang beliau dari sesi sebelumnya (2010-2012) atau akan lahirnya pemimpin baru dari NGO Belia?

Apa pun, melihat kepada senario pemilihan pucuk pimpinan badan tertinggi persatuan belia ini, BB merasakan "DEMOKRASI" masih subur di dalam MBM. 

Kepada semua perwakilan belia yang mempunyai "KUASA UNDI", gunalah kuasa anda dengan sebaik-baiknya. Buatlah pilihan yang tepat bagi mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.

Majulah Belia Untuk Negara
-

Harun Taib Tinggalkan PAS?


Banyak sangat ura-ura! Macam-macam la. Kalau dah nak dapat simpati, semua boleh berlaku. Cakap dah tak laku, apa ditunggu lagi. Presiden PAS pun dah tak dengar cakap Dewan Ulama, lebih utamakan Guan Eng DAP..apa lagi Chao..chaoo...

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan PAS. Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.

Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.

Hah eleh! Macam-macam la kome. Kalau tak ada angin tak akan pokok bergoyang. Tapi tak tau la kan.. kalau pokok tu bergoyang sebab Mat Sabun beromen kat pokok tu!heeee...
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...