Showing posts with label Harun Taib. Show all posts
Showing posts with label Harun Taib. Show all posts

Monday, 18 March 2013

HANGAT! PM Tempelak Harun Taib dan Tian Chua! Sandiwara Anwar La Tu!Adeeh!!


Teman pun pelik la! Apakah agenda PAS memperkecil-kecilkan pengorbanan wira-wira negara yang terkorban di insiden Lahad Datu. Jika sebelum ini Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan insiden Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan telah menafikan kenyataan tersebut, namun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tak henti-henti mempertikaikan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Terbaru, Harun Taib telah dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa anggota keselamatan hanya meninggal dunia sebagai wira 'syahid dunia'.  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung ucapannya yang memperkecil-kecilkan pengorbanan pasukan keselamatan melawan pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu.

Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa 10 anggota polis dan tentera yang terbunuh dalam pertempuran meninggal dunia sebagai 'syahid akhirat'.

Teman  tak hairan, apa juga melibatkan kes kematian, pastinya akan dipolitikkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mahupun dari PAS, PKR atau DAP. Semacam tiada modal lagi untuk berpolitik. Kesian..
-

HOT! Giliran Nama Harun Taib Dijual Penyokong PKR ?


Sejak dari pagi tadi, beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS), di kesan telah dihantar oleh para pencacai PKR yang meminta para penyokong Pas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk hadir beramai-ramai ke rumah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Sungai Buloh.

Sms makluman tersebut antara lainnya mengatakan kononnya satu majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib akan di adakan khusus untuk pemimpin ‘Anugerah Tuhan’.

Namun apabila salah seorang wartawan menghubungi Harun, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terangganu bagi mendapatkan kepastiannya, beliau lantas menafikannya. Beliau turut melahirkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab mereka di dalam PKR yang mengunakan namanya tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Menurut sumber, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mendoakan agar Anwar dijauhkan dari sebarang fitnah yang kononnya dilakukan oleh BN/Umno menjelang pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun itu bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah untuk Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan semua kesalahan pada parti pemerintah.

Walaupun seringkali hujah balasnya yang dangkal itu, memakan kembali dirinya namun para pencacai Anwar seolah telah buta mata dan hatinya untuk melihat dan menilai antara penipuan dan kebenaran.

Penulis tidak langsung berminat untuk mengulas panjang dengan skandal terbaru yang dikaitkan dengan Anwar itu, kerana merasakan ada isu yang lebih besar yang perlu difikirkan. Isu yang melibatkan keselamatan negara, gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya dan sebagainya berbanding membincangkan masalah moral Anwar yang seolah tiada penghujungnya.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, sekiranya benar seperti dakwaan melalui sumber yang mengatakan SMS tersebut dihantar oleh penyokong PKR, maka kita sama-sama dapat melihat betapa rendahnya moral para pencacai Anwar. Mereka seperti telah sebati dengan ideologi ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ yang telah didoktrin sejak sekian lama.

Apa cua kaedah dan strategi akan digunakan asalkan ia mampu memberikan kelebih buat parti mereka, walaupun dengan menguna pakai cara yang jijik dan kotor. Walaupun bertindak atas nama perjuangan.

Tidak ketinggalan juga ada ramai yang menyoalkan mengapa mereka memilih untuk melacurkan nama Harun Taib? Jawapannya mudah sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, sokongan Harun dilihat mampu menyakinkan para pengiukut PKR khususnya di peringkat akar umbi bahawa Anwar tidak bersalah.

Sebagai contoh, kepada sesiapa yang pernah mengukuti zaman awal era reformasi suatu ketika dahulu, pasti masih mengingati bagaimana nama Harun Din dilacurkan hampir saban hari.

Antara ayat yang sering digunapakai ketika program-program ceramah ialah “Ustaz Dr Harun telah datang berjumpa dengan saya, sambil meletakkan tangannya di dada saya, dia bertanya apakah benar saya melakukan perbuatan terkutuk itu?” Malah ustaz Harun Din juga turut bersama menyokong saya, sambil melaungkan Reformasi.

Dan ternyata pendekatan seperti itu juga masih digunakan sehingga ke hari ini. Cuba teliti setiap ucapan Anwar di program ceramah, antara nama-nama yang sering digunakan seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, ulama Islam Saudi dan sebagainya.

Kesimpulannya, begitulah pendekatan politik sempit dan murah yang digunakan oleh Anwar yang akhirnya telah melarat sehingga ke para pencacai, bak kata pepatah ‘Anwar kencing berdiri, pencacai kencing berlari’.

Suara Generasi Baru
-

Saturday, 19 January 2013

Harun Taib Tinggalkan PAS?


Banyak sangat ura-ura! Macam-macam la. Kalau dah nak dapat simpati, semua boleh berlaku. Cakap dah tak laku, apa ditunggu lagi. Presiden PAS pun dah tak dengar cakap Dewan Ulama, lebih utamakan Guan Eng DAP..apa lagi Chao..chaoo...

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan PAS. Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.

Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.

Hah eleh! Macam-macam la kome. Kalau tak ada angin tak akan pokok bergoyang. Tapi tak tau la kan.. kalau pokok tu bergoyang sebab Mat Sabun beromen kat pokok tu!heeee...
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...