Tuesday 19 February 2013

Ulama masih boleh nasihat tanpa berpolitik



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata ulama boleh terus menasihati pemerintah tanpa menyertai pilihan raya dan parti politik.

Fathul Bari berkata, sekiranya ada keperluan di antara keburukan dan kebaikan dan melihat kebaikan yang banyak, maka terpulang kepada ulama tersebut untuk menyeimbangkan suasana politik hari ini.

“Ramai yang cuba mempertahankan agama, tetapi kita terlupa orang yang menyertai pilihan raya umum kadang kala ada asas agama tetapi tiada pengetahuan mengenai pentadbiran negara, ekonomi dan sebagainya.

“Kita perlu seimbangkan keadaan tersebut. Hubungan struktur pentadbiran, ekonomi dan sebagainya memerlukan maklumat kerana ia membantu menyeimbangkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. (Sinar)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...