Showing posts with label Sultan Sulu. Show all posts
Showing posts with label Sultan Sulu. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Sulu Tiada Hak Ke Atas Sabah! Boleh Blah!


Malaysia tidak perlu membawa isu hak Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana fakta sejarah dan bukan sejarah jelas menunjukkan ia sebuah negeri berdaulat dalam Malaysia, kata sejarawan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau berhujah selain fakta sejarah, Kesultanan Sulu dan Filipina sebenarnya sudah hilang hak kedaulatan ke atas Sabah kepada Malaysia berdasarkan prinsip keberkesanan.

Walaupun pernah diperintah Kesultanan Sulu, Sabah atau sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara telah diletakkan di bawah pentadbiran British North Borneo Company pada 1878 dan kemudiannya Empayar British, sebelum diberikan kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

"Jika anda tidak berbuat apa-apa terhadapnya, tidak mentadbirnya, tidak meluluskan sebarang undang-undang (di kawasan itu), anda hilang hak itu," katanya dalam wacana bertajuk "The Lahad Datu Imbroglio: The Sabah Claim and Beyond" di Universiti Malaya di sini, Jumaat.

Memberikan contoh kes Pulau Batu Puteh, katanya Malaysia hilang hak ke atas pulau itu kepada Singapura kerana walaupun merupakan pemegang hak, ia (Malaysia)tidak pernah mentadbir atau hadir secara fizikal di atas pulau itu.

Dilaporkan akhbar Filipina "Philippine Star" beberapa hari lepas melaporkan kerajaan Filipina tidak pernah melepaskan Sabah dan telah melantik sepasukan peguam untuk mengkaji tuntutannya ke atas Sabah.

Isu kedaulatan Sabah timbul kembali selepas pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang kini sudah tiada, di Lahad Datu dan Semporna, yang telah membawa kepada pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan Malaysia dan anggota militan berkenaan.

Ranjit Singh, yang pakar dalam sejarah Sabah dan Sarawak, juga berkata isu itu tidak boleh dirundingi kerana kehendak penduduk Sabah perlu dihormati yang menerusi Suruhanjaya Cobbold pada 1962 telah memilih untuk membentuk Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

Ranjit Singh turut menggesa Malaysia menghentikan bayaran penyerahan tahunan kepada waris kesultanan itu di masa depan dan menutup kes itu dengan mengadakan dasar tegas untuk melindungi kedaulatan Sabah. "Sebaik sahaja kita berunding, kita akan sekali lagi berkompromi mengenai kedaulatan kita," katanya. -BERNAMA
-

Adeeh! Kome Baca Ni Weh! Orang Mengaku Sultan Kedah Merangkap Nabi dan Merangkap Segala Bagai! #rempuh243 #jomsokongbn

Addeh! Apa cerita ni weh! Kesian la teman nengoknya! Dah mereng ke apa? Sultan Sulu pun tak sehebat nih weh! Teman tak payah nak menulis panjang, kome baca status facebook Raja Nusantara ni..

Kepada semua rakyat Beta di Indonesia,Selatan Thai(Thailand),Selatan Filipina(Sulu) dan seluruh Nusantara nantikan kemunculan Beta di sana nanti. InshaaAllah...Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Raja Nusantara.

Kepada rakyat Kedah semua Beta lah Sultan Kedah sekarang yang sebenar secara tidak rasmi nya,juga merangkap Yang DiPertuan Agong Malaysia, InshaaAllah dalam masa yang terdekat pihak Istana Kedah dan Istana Negara akan istiharkan nya secara rasmi kepada rakyat. Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW. Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini. Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi. ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

Status yang lain kome tengok la kat facebook dia 
Lepas tu kome fikir la sendiri..heee
-

Monday, 18 March 2013

UPDATED 3.00 PM : Sultan Sulu Arah Pengikut Lancar Serangan Gerila Di Sabah

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

mStar
-

Friday, 15 March 2013

BREAKING NEWS : Polis Periksa Tempat Penyimpanan Senjata Pengganas


Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasanTanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.

"Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.

Sementara itu, seorang penduduk Jurikun Borneo, 54, berkata ketika beliau sedang membuka kedai runcitnya pada 6.30 pagi beliau melihat sepasukan polis sedang memeriksa tanah perkuburan dengan menggunakan beberapa alat pengesansenjata.

"Saya nampak sekejap sahaja, tapi ramai anggota polis memeriksa tanah perkuburan itu," katanya. - BERNAMA
-

Wednesday, 13 March 2013

GELAS PECAH: Komander Musa Tak Mati, Sedang Minum Kopi Tongkat Ali! Kahkahkah!


Adeeh! Peperangan Minda! Supaya motivasi pengikut-pengikut bertahan. Agenda perang yang biasa. Rasanya kebanyakkan orang dah tau teknik ni. Tak payah nak tipu der! Teman rasa Komander Musa ni pemberi semangat pengikut-pengikut Sultan Sulu untuk berperang. Kalau dah mampus, moral dan motivasi pengikut-pengikut akan down dan mungkin akan menyerah diri atau cabut balik kampung..

Menurut laporan Bernama, keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.

Teman rasa Komander Musa tengah minum kopi dalam alam barzah la kot sebab dah mampus! Itu pun nak nafikan jugak ke? Sama la perangai rakan sekutu Sultan Sulu ni, Anwar yang asyik nak spin aje dan kaki penipu! Piirahhh!!!
-

Tuesday, 12 March 2013

DEDAH! Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III


Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.

Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.

Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.

Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.

Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.

Suara Generasi Baru
-

UPDATE OP DAULAT 12 Mac 9.25 Pagi : Saudara Terdekat Sultan Sulu Di Tahan


Saudara terdekat Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu ditahan polis dalam usaha mengesan 20 lagi suspek utama yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo.

Polis enggan mendedahkan butiran mengenai maklumat keluarga Kiram yang sedang diburu tetapi sekurang-kurangnya dua suspek dipercayai adalah adik dan sepupu kepada Raja Muda Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata itu ke Tanduo.

Suspek pertama yang terlibat dalam mengangkut ikan, tinggal di Lahad Datu bersama dengan keluarganya dan berpindah ke Semporna baru-baru ini.

Dia menghilangkan diri selepas membantu dalam rundingan dengan kumpulan pengganas tersebut bagi menamatkan pencerobohan yang bermula pada 12 Februari lalu.

Namun tidak diketahui sekiranya dia adalah salah seorang yang ditahan memandangkan keluarga Kiram mempunyai ramai saudara yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Mereka yang ditahan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya tujuh anggota beruniform, seorang ahli politik tempatan dan ramai pesimpati di Lahad Datu dan Semporna di mana serbuan dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, enam lagi suspek ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas menjadikan jumlah tahanan kepada 97 orang.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Beliau berkata 125 yang lain turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan zon merah, lokasi di mana Ops Daulat sedang dijalankan.

mStar
-

Saturday, 9 March 2013

TERBARU ! DALANG YANG BAYAR US600 KEPADA PENCEROBOH DI SIASAT!!


Sila baca laporan di bawah :

Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.


Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.
Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."


"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.
Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Baca Lagi DISINI


-

Op Daulat : Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup


Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat.

Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu kini sudah 'berkumpul semula' selepas serangan pertama ke atas mereka pada 1 Mac lalu.

"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer.

Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu.

mStar Online
-

Friday, 8 March 2013

TERKINI : "Sultan Sulu Dakwa Tawan Anggota Keselamatan. Biar Betul!


Teman tak pasti adakah benar berita yang disiarkan di Sinar Harian. Jamalul Kiram III yang mendakwa menawan 4 anggota keselamatan sebagai cagaran gencatan senjata. Biar betul! Bukan boleh percaya pun Sultan Suku Palsu ni. Cakap berbelit-belit sama dengan rakan sekutunya jugak Si anu-anu tu. Akhbar Sinar Harian main petik-petik pulak. 

Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia.

Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam.

Semalam, Najib menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.




-

Malaysia Belum Mohon Ekstradisi Sultan Sulu


Filipina masih belum menerima permohonan rasmi daripada Malaysia bagi menyerahkan Sultan Jamalul Kiram III atau mana-mana pengganas Sulu yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah kepada pihak berkuasa negara itu, kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina pada Khamis.

"Sehingga kini kami masih belum dimaklumkan atau menerima permohonan rasmi daripada Malaysia untuk mengektradisi rakyat Filipina yang terlibat dalam insiden Lahad Datu," kata jurucakap DFA, Raul Hernandez.

"Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia," katanya lagi sambil menambah bahawa sebarang permintaan untuk ekstradisi daripada Malaysia akan dirujuk kepada Jabatan Keadilan (DOJ).

Sebelum ini Setiausaha Hakim, Leila De Lima dilaporkan berkata bahawa kerajaan Filipina sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses ekstradisi Jamalul Kiram ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah.

Walau bagaimanapun De Lima berkata, keutamaan diberikan terhadap pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap Jamalul Kiram yang akan difailkan di sini kerana melanggar undang-undang Filipina. FILIPINA DAILY INQUIRER
-

Thursday, 7 March 2013

TERKINI : Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak


Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.
"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."
Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.
Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

mStar
-

DEDAH: Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar


Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA
-

Sultan Sulu Gugurkan Hak Keatas Sabah Pada Tahun 1878


Sultan Mohamet Jamal Al Alam telah GRANT AND CEDE semua wilayah dan tanah dibawah penguasaannya yang terletak ditanah besar Pulau Borneo. Pertama, wilayah yang dimaksudkan adalah termasuk Sabah.

Kedua, apakah maksud - Grant and Cede ? Kalau digoogle search, rata2 memberi jawapan - give over, surrender or relinquish to the physical control of another, to surrender possession, hand over, renounce, yield ......

dan kalau anda jenis yang yakin pada Google Translate, terjemahan yang diberikan adalah - MEMBERIKAN DAN MENYERAHKAN.

Wilayah dan tanah TERMASUK SABAH kemudiannya diSERAHkan kepada Overbeck and Dent dengan syarat sebarang pindahmilik kepada pihak lain harus mendapat keizinan dari Kerajaan British.

This sanction was given through the agreement between Britain and Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore dated 9 July 1963 as shown in the United Nations Treaty Series of 1970 No. 10760.

Keizinan itu pula diberikan dalam perjanjian antara British dan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura yang akhirnya membentuk persekutuan Malaysia.

Under the Principle of International Law, a people may exercise their right of self-determination on one occasion in its history. The people of Sabah exercised that right before the Cobbald Commission in the early 1960’s and chose to join Malaysia.

The Western Sahara Case before the ICJ laid down the rule that it is for the people to determine the fate of the land and not the land the fate of the people.

JUGA ada dinyatakan yang rakyat Sabah telah MEMILIH untuk menyertai Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbald diawal 60an dan ini seiring dengan pendirian Mahkamah Antarabangsa yang menetapkan - Rakyat yang menetapkan nasib tanah / wilayah dan bukannya tanah / wilayah yang menetapkan nasib rakyat.


Well ..... itu secara ringkas apa yang saya fahami. Anda boleh klik link diatas kalau tidak bersetuju atau nak dapat kepastian. Silalah kongsi apa yang anda dapat hasil pembacaan nanti ya .... saya idok le nak baca !

Point Utama disini adalah - Hak Kesultanan Sulu keatas Sabah telah digugurkan pada tahun 1878 dan melalui perjanjian serta PILIHAN rakyat Sabah sendiri, Sabah adalah sebahagian dari negara Malaysia yang merdeka.

Cerita Panjang Lebar DISINI
-

Wajib Baca : Anwar Silap Langkah Di Insiden Lahad Datu


Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu’ merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak. Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.

Antara yang paling ketara ialah ‘nyanyian’ Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, “Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang.” Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.

Soalnya, kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman untuk ‘menghilangkan’ Sabah? Perkara ini dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian. Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.

Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera Sulu. Namun, belum sempat Anwar berhujah lebih panjang untuk membela diri, dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai ‘orang-orang Misuari’ atau MNLF. Dan kini, Nur Misuari sendiri telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi ‘orang tengah’.

Hakikatnya, Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin menyaman media tempatan yang hanya memetik laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya, merupakan kesilapan paling besar. Malah, blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3 untuk menarik balik petikan tersebut, tanpa langsung ‘menyentuh’ Reuters dan Manila Post.

Lebih menarik, ugutan Anwar terhadap wartawan yang bertanyakan hal tersebut, yang berbunyi, ‘You ulang, I saman’ kini menjadi bahan jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.

Anwar juga tidak berani menempelak, jauh sekali menyaman Presiden Filipina, Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai dalang, dengan memetik laporan perisikan.

Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini, kita akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu mahupun MNLF, sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.

Jelas, Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung pihak pengganas.

Memandangkan Anwar adalah ‘juara’ isu kad pengenalan dan kewarganegaraan di Sabah, adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut. Sedangkan, sebagai orang yang begitu lantang mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar, seharusnya Anwar menyarankan agar kerakyatan mereka ditarik balik sahaja. Tetapi, ini tidak berlaku, malah Anwar langsung tidak ‘menjentik’ orang-orang Sulu.

Mungkinkah Anwar sudah hilang ‘bakat’ lakonannya dalam politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan negara sepertimana sepatutnya? Apapun, kita faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus, dalam satu masa. Anwar tidak mungkin boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana mereka adalah merupakan ‘alat’ dan ‘umpan’ baginya untuk berkuasa. Pendek kata, mereka bekerja untuknya.

Justeru, Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu ‘ingin menyaman Utusan Malaysia, TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya’, serta mengutuk UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu, Semporna mahupun di mana saja di dunia!

Dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini, iaitu kesilapan demi kesilapan. Kepada Anwar, kita nyanyikan, “Tanya sama Anwar kenapa Dato’ Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!”

-

Wednesday, 6 March 2013

Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram


Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.

"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji terlebih dahulu.

"Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.

Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.

"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.

Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA
-

Tuesday, 5 March 2013

TERKINI 9.40 Pagi: Pasukan Keselamatan M’sia Lancar Serangan Terhadap Lelaki Bersenjata Sulu


Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah
8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
Berita selanjutnya selepas ini.
-

Semporna: Pengganas Sulu Didakwa Rancang Bakar Kampung

Teman dapat rasakan bagaimana penduduk di Semporna ni rasa. Perasan takut dan gelisah menghantui berkaitan insiden berdarah pencerobohan kumpulan bersenjata sejak Jumaat lalu. Satu temubual yang dijalankan oleh Kosmo menceritakan kegelisahan dan kebimbangan penduduk kampung di Semporna.

Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang membakar kampung mereka.
Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.
"Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh," kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.
Wandi Ipong, 52, pula berkata, khabar angin sejak kelmarin itu membuatkan dia dan penduduk kampung berasa tidak selamat walaupun menyedari pihak polis memberi jaminan keadaan di kampung tersebut masih terkawal.
"Kami dan beberapa penduduk tidak sanggup menanggung risiko untuk terus tinggal di sini," kata Wandi.
Tambah Wandi lagi, dia dan keluarga akan berpindah buat sementara waktu ke rumah kenalannya di kampung berhampiran dan hanya akan pulang semula selepas keadaan benar-benar aman.
Sementara itu, Ketua Kampung Seri Jaya, Panglima Ramlee Saraman berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan beberapa penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain.
"Saya sudah menasihati semua penduduk supaya bertenang namun ada sebahagian penduduk tetap mahu pindah," kata Ramlee.
Sementara itu, tinjauan di pekan Semporna mendapati walaupun keadaan tenang namun penduduknya hidup dalam keadaan berjaga-jaga.
Beberapa kedai dilihat hanya membuka separuh premis untuk urusan perniagaan.
Selain itu, difahamkan, sebahagian nelayan turut enggan turun ke laut kerana bimbang dengan kejadian berdarah yang merebak ke sini.
Seorang nelayan, Ibrahim Jailani, 40, berkata, nelayan-nelayan terutamanya dari Kampung Seri Jaya mengambil keputusan untuk tidak menangkap ikan sejak Sabtu lalu.
"Jika esok keadaan lebih tenang, baru nelayan bercadang turun ke laut. Hasil tangkapan ikan merupakan sumber pendapatan penduduk di sini," katanya ketika ditemui semalam.
Bagi Abdullah Sapayani, 55, pula, walaupun tiada serangan terbaharu di pekan ini namun penduduk masih berada dalam ketakutan.
"Tindakan polis menyerbu dan menembak balas tindakan kumpulan pengganas yang membunuh anggota polis merupakan tindakan tepat," kata Abdullah.
Seorang suri rumah, Norpaidah Samat, 40, berkata, sejak tinggal di sini pada tahun 1970, ini merupakan insiden berdarah pertama yang dilaluinya.
Sejak tercetus pergolakan itu, Norpaidah berkata, dia sekeluarga terpaksa menggunakan tilam dan kusyen tempat duduk untuk diletakkan di dinding rumah sebagai benteng.
"Saya takut. Anak-anak saya juga ramai yang masih kecil," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2McnNtFc1 

Hakcipta terpelihara 
-

Krisis Lahad Datu: Filipina dan Malaysia Cari Resolusi Damai


Filipina dan Malaysia kini mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai itu.

Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan. BERNAMA
-

Berapa Ramai Lagikah Yang Perlu Dikorbankan Untuk Survival Politik Anwar?


Di saat ini majoriti rakyat Malaysia sedang memberikan tumpuan kepada isu pencerobohan bersenjata sekumpulan warga Filipina di Lahad Datu. Ada yang melahirkan rasa bimbang, takut, sedih, simpati dan tidak kurang juga berdoa agar kemelut di Sabah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Namun, masih ada di kalangan mereka yang begitu biadap dalam mengeluarkan pendapat berhubung kemelut terbabit. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditanya oleh portal rasmi PKR, Keadilan Daily menegaskan insiden tersebut adalah merupakan satu konspirasi terancang oleh pihak pemerintah BN/Umno.

Kenyataan yang tidak sensitif itu, benar-benar mengejutkan semua pihak, kerana merasakan kemelut Lahad Datu adalah merupakan isu dan keselamatan negara yang tidak wajar untuk dipolitik. Apa yang menghairankan, sebagai ahli politik Tian Chua dilihat tidak bijak kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemarahan rakyat, malah dilihat boleh menyebabkan kemerosoton sokongan pengikut pakatan pembangkang.

Namun demi menyelamatkan survival pakatan pembangkang khususnya politik Anwar Ibrahim, Tian Chua terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan sekiranya diteliti, ia adalah merupakan satu strategi biasa untuk menyalahkan kerajaan dalam segala hal dan di masa yang sama menyelamatkan pakatan atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.

Kemelut pencerobohan bersenjata di Lahad Datu sehingga kini telah mengorbankan seramai 7 orang perwira dari PDRM yang turut ditanggisi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Sebelum ini rakyat, telah dikejutkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, yang merupakan agensi berita antarabangsa paling berpengaruh berpengkalan di London mengenai penglibatan pembangkang di negara ini berhubung isu Lahad Datu.

Tidak cukup dengan itu media-media rasmi Filipina turut melaporkan perkara sama, yang memetik sumber dari perisikan tentera negara tersebut. Mereka melaporkan Anwar Ibrahim adalah merupakan dalang terhadap tragedi pencerobohan bersenjata itu.

Walaupun Anwar cuba menafikan penglibatannya terhadap isu ini, namun sekiranya dilihat secara keseluruhan, dakwaan tersebut mempunyai asas kebenarannya. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan politik tanahair, Anwar sebelum ini sering mendakwa peluang pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN/Umno adalah cerah walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini disebabkan faktor sokongan rakyat di Sabah yang dikatakan telah mula cenderung menyokong ideologi mereka. Di tambah dengan isu kalimah Allah yang secara khususnya untuk menarik simpati pengundi Kristian di negeri tersebut termasuk Sarawak. Ini kerana umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah merupakan faktor penentu kepada hala tuju politik di negara ini kerana sokongan mereka akan menentukan kerajaan di Putrajaya.

Modus operandi mereka mudah, kerana Anwar juga sedar kekuatan mulutnya dalam menabur pelbagai janji seperti yang dilakukan terhadap rakyat di negara ini mampu diguna pakai untuk isu Filipina.

Tambahan pula mengikut perkiraan statistik, peratusan rakyat Sabah berbangsa Sulu adalah di anggarkan seramai 60 ribu orang. Dengan kemasukkan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu ini diharapkan dapat memberikan undi simpati kepada pakatan pembangkang yang dikatakan menyokong gerakan ini.

Atas faktor hubungan  dan pertalian saudara di kalangan rakyat Filipina dan Malaysia yang berbangsa Sulu, maka sudah tentu pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mengharapkan ia akan dapat memberikan kelebihan kepada gerakan pembangang.

Kesimpulannya, hanya untuk memastikan matlamat untuk ke Putrajaya tercapai, Anwar tergamak bersekongkol dengan siapa sahaja, walaupun ia terpaksa mengorbankan nyawa rakyat negara ini. Persoalannya mampukah rakyat menilai dan sedar akan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ ini?

Suara Generasi Baru
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...