Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts
Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Kenaikan Pangkat Anggota Bertugas Dalam Operasi Daulat


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan kenaikan pangkat untuk anggota yang bertugas dalam Operasi Daulat di Sabah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Namun, katanya keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diputuskan setelah insiden pencerobohan itu selesai.

"Kenaikan pangkat adalah berpandukan undang-undang yang ada, iaitu mengikut perkiraan tahun perkhidmatan, selain ada perkara lain yang perlu dilihat," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sementara itu, Ismail menyelar kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh yang menuduh PDRM menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Sekarang ni kita sedang menghadapi satu situasi yang mencabar dan saya tidak ada masa untuk mendengar tuduhan seperti itu dan tidak mahu menjawab," katanya.

Ismail juga memberi amaran tegas supaya soal keselamatan tidak dipolitikkan dengan dakwaan tidak berasas.

Minggu lepas sebuah portal berita melaporkan Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya operasi menghapuskan pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna dihentikan.

Laporan mengenai dakwaan tindakan polis mengambil kad pengenalan dan dokumen Imigresen mereka itu dibuat beberapa pemimpin Suluk kepada Harris. -BERNAMA
-

Wednesday, 20 March 2013

UPDATED : Tiga Cabang ATM Gempur Pengganas



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya -- udara, laut dan darat -- dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.

F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.

Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas.

Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad ZakiMokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantaiAdnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi.

ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.

Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.

Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.

Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada 'power projection' atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.

"Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti 'Eksesais Halilintar' yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebihkurang 10,000 tentera," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo.

Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.

"ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana merekamenyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri," katanya.

Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dankeupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya. - BERNAMA

-

Sunday, 17 March 2013

TERKINI 17 MAC 1.30 PM : Seorang Lagi Lelaki Bersenjata Sulu Ditembak Mati


Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.

Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping bagi mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah.

Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.

Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu.

mstar
-

Thursday, 7 March 2013

UPDATED 9.15 AM : Jet Pejuang Dilihat Berlegar-Legar Di Udara


Beberapa jet pejuang dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi Khamis.
Pesawat dipercayai menuju ke arah Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di mana lelaki bersenjata Sulu telah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

mStar
-

DEDAH: Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar


Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA
-

Sultan Sulu Gugurkan Hak Keatas Sabah Pada Tahun 1878


Sultan Mohamet Jamal Al Alam telah GRANT AND CEDE semua wilayah dan tanah dibawah penguasaannya yang terletak ditanah besar Pulau Borneo. Pertama, wilayah yang dimaksudkan adalah termasuk Sabah.

Kedua, apakah maksud - Grant and Cede ? Kalau digoogle search, rata2 memberi jawapan - give over, surrender or relinquish to the physical control of another, to surrender possession, hand over, renounce, yield ......

dan kalau anda jenis yang yakin pada Google Translate, terjemahan yang diberikan adalah - MEMBERIKAN DAN MENYERAHKAN.

Wilayah dan tanah TERMASUK SABAH kemudiannya diSERAHkan kepada Overbeck and Dent dengan syarat sebarang pindahmilik kepada pihak lain harus mendapat keizinan dari Kerajaan British.

This sanction was given through the agreement between Britain and Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore dated 9 July 1963 as shown in the United Nations Treaty Series of 1970 No. 10760.

Keizinan itu pula diberikan dalam perjanjian antara British dan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura yang akhirnya membentuk persekutuan Malaysia.

Under the Principle of International Law, a people may exercise their right of self-determination on one occasion in its history. The people of Sabah exercised that right before the Cobbald Commission in the early 1960’s and chose to join Malaysia.

The Western Sahara Case before the ICJ laid down the rule that it is for the people to determine the fate of the land and not the land the fate of the people.

JUGA ada dinyatakan yang rakyat Sabah telah MEMILIH untuk menyertai Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbald diawal 60an dan ini seiring dengan pendirian Mahkamah Antarabangsa yang menetapkan - Rakyat yang menetapkan nasib tanah / wilayah dan bukannya tanah / wilayah yang menetapkan nasib rakyat.


Well ..... itu secara ringkas apa yang saya fahami. Anda boleh klik link diatas kalau tidak bersetuju atau nak dapat kepastian. Silalah kongsi apa yang anda dapat hasil pembacaan nanti ya .... saya idok le nak baca !

Point Utama disini adalah - Hak Kesultanan Sulu keatas Sabah telah digugurkan pada tahun 1878 dan melalui perjanjian serta PILIHAN rakyat Sabah sendiri, Sabah adalah sebahagian dari negara Malaysia yang merdeka.

Cerita Panjang Lebar DISINI
-

PM Minta Rakyat Doa Keselamatan Wira Negara


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia supaya mendoakan wira negara yang menumpaskan musuh di Sabah.

“Saya mahu katakan, wira-wira negara kita berhadapan dengan risiko dalam operasi yang sedang berjalan pada masa ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan mereka dan juga supaya musuh negara dapat ditumpaskan, dan membanterasnya untuk semua,” katanya semasa lawatan kerja ke ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini Rabu.
-

Polis Cedera Dalam Insiden Tembak-Menembak Di Semporna


Pegawai dari cawangan khas, Bukit Aman yang cedera dalam insiden tembak-menembak di Semporna dihantar pulang ke sini bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Dipercayai, pegawai itu adalah Inspektor Mohd Hasnal Jamil, 31, yang terselamat dalam kejadian tembak-menembak pada Ahad ketika menentang penceroboh Sulu bersenjata.

Difahamkan, beliau tiba di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 6.25 petang menggunakan pesawat komersial.

Sumber polis yang ditemui di KLIA berkata, anggota polis yang cedera itu akan dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

mStar
-

Wednesday, 6 March 2013

UPDATED 6.00 PM : Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh


Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.
Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.
“Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.
“Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya.
Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.
mStar
-

TERKINI Ops Daulat 6 Mac 1.00 PM : Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai

Anggota tentera menaiki kereta perisai Condor menuju ke Kampung Tanduo mencari saki baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang bersembunyi di kampung itu

Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.
Kelihatan anggota tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung Labian di sini, Rabu. 
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.
-

KEMASKINI : Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta BesarFilipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaankeselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yangterkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.-BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...