Showing posts with label Kementerian Belia dan Sukan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Belia dan Sukan. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Roboh Gerai, Guan Eng Ditempelak @saberyc


Pada Jumaat, 22 Februari 2013, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek  turun padang menemui peniaga-peniaga yang tindas oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam sesi dialog bersama 15 mangsa bertempat di Taman Negara Teluk Bahang. Keperihatinan Dato Shabery Cheek keatas peniaga-peniaga tersebut disambut baik oleh mereka yang terlibat khususnya daripada belia-belia.

Peniaga-peniaga yang ditemui adalah mangsa-mangsa penindasan Kerajaan DAP Pulau Pinang dimana gerai-gerai mereka telah dirobohkan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota.

Salah seorang mangsa, En Reduat yang juga peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) Kementerian Belia dan Sukan, menyatakan rasa kekesalan kerana beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan gerainya supaya tidak dirobohkan. Beliau menambah, satu surat permohonan rayuan kepada MPPP telah dibuat tapi tidak dilayan.

Seorang lagi mangsa, M. Balakrishnan memberitahu semasa Pulau Pinang bawah Barisan Nasional, perkara ini tidak pernah berlaku. Malangnya apabila Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, gerai beliau di Batu Feringgi dirobohkan tanpa sebarang notis.


Dato' Sri Shabery Cheek melahirkan rasa kesal dan simpati keatas peniaga yang terlibat kerana tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai dan pada yang sama menutup periuk nasi peniaga-peniaga ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Menurutnya lagi, alasan boleh direka bagi menghalalkan segala tindakan dan wajar peniaga-peniaga ini diberikan pilihan untuk berniaga ditempat lain.

Selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap sentimen-sentimen "peaceful for existance" dari kaum bukan Melayu yang didakwa kurang berpuashati dengan dasar-dasar Kerajaan BN masih boleh dimainkan dan digunakan. Sentimen yang ditunjukkan secara emosi di peringkat akar umbi itu tidak disedari kerajaan DAP Pulau Pinang yang akan membuatkan orang muda kembali bersama BN.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga beranggapan golongan muda masih lagi tak berpuashati dengan kaedah-kaedah lama seperti ISA dan AUKU dan terus kekal dan tidak berubah. Kerajaan DAP harus sedar semua sudah berubah. Proses transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah mengubah hampir kesemuanya dan telah diterima dengan baik serta mendapat sokongan rakyat khususnya golongan muda,

Tambahnya lagi, sebelum 2008, dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Jika dahulu DAP mendakwa Kerajaan BN menutup peluang pekerjaan tapi sekarang Kerajaan DAP sendiri yang menutup peluang pekerjaan dengan meroboh gerai-gerai dan menghalang peluang perniagaan. Tambah Menteri Belia dan Sukan itu, Kementerian sedia mempertimbangkan rayuan peniaga yang terlibat dalam membayar balik pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) disamping membantu peniaga yang terlibat   di dalam skim-skim pinjaman yang melibatkan agensi-agensi persekutuan yang lain.

Tambahnya lagi, dahulu dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.

Kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga melalui pegawai-pegawai di negeri termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga akibat penganiayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang. END.
-

Friday, 22 February 2013

HOT! Anak Muda Serbu @shaberyc di Permatang Pauh


Wah! Biar betul! Ramainya weh! Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek kena serbu di Permatang Pauh. Apa cer? Rupanya Menteri Belia dan Sukan telah hadir Program Sembang Santai Belia Bersama YB Menteri Belia dan Sukan malam tadi di Route 69, Bandar Perda, Permatang Pauh.

Hampir 200 orang anak-anak muda hadir dan beramah mesra dengan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir pemimpin-pemimpin belia setempat dan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam juga turut sama-sama YB Menteri Belia dan Sukan.

-

Tuesday, 19 February 2013

Sieh Kok Chi Disiasat SPRM Isu Dana MOM



KEMENTERIAN Belia Dan Sukan (KBS) menyerahkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kemudahan dan dana oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata PPS mempunyai kepakaran untuk melakukan siasatan dari sudut perspektif pengurusan.

"Adalah lebih baik jika kita serahkan kepada PPS dan bukannya diputuskan menteri," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Akademi Kemahiran Belia Golf dan Universiti Malaya, semalam.

Ahmad Shabery berkata, MOM merupakan badan yang paling penting untuk pembangunan sukan negara dan ianya perlu dikendali dengan baik dari sudut intergriti mahupun dari segi pengurusan.

"Sebarang aduan berkaitan dengan aspek pengurusan sukan boleh dilaporkan terus kepada PPS," katanya ketika diminta mengulas laporan media sebelum ini  bahawa Sieh dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperjelaskan aduan bahawa beliau menerima tajaan yang tidak mengikut peraturan untuk kontinjen negara ketika Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Kok Chi juga didakwa memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporan bahawa beliau membawa anak perempuannya ke Sukan Komanwel 2010.

Sementara itu, ketika dihubungi malam tadi, Kok Chi menyangkal kesemua dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk gangguan terhadap beliau.

"Kenapa saya diganggu dan saya sahaja menjadi sasaran oleh pihak tertentu yang saya sendiri tidak tahu siapa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemimpin veteran itu menafikan sekeras-kerasnya sebarang unsur salah guna kuasa atau dana seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu sejak memegang jawatan penting dalam badan induk pentadbiran sukan negara selama 21 tahun.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berusia 74 tahun itu berkata, beliau memberi keterangan kepada SPRM pada lewat tahun lepas berhubung aduan mengenai tajaan pakaian trek untuk kontinjen negara ke Sukan Asia Guangzhou dan membawa anak perempuannya ke Sukan Komanwel di New Delhi.

Kok Chi berkata, beliau sudah memberi semua dokumen berkaitan termasuk akaun audit yang diluluskan dan resit-resit pembelian tiket penerbangan untuk anaknya kepada SPRM.

Beliau berkata, selepas memberi keterangan, pihak SPRM belum  menghubunginya untuk sebarang tindakan susulan.

Katanya, beliau dan pemimpin tertinggi MOM semenangnya diberi hak oleh tuan rumah penganjur temasya sukan untuk membawa isteri atau tetamu ke sesuatu temasya sukan.

Bagaimanapun, katanya, beliau menanggung segala perbelanjaan semasa membawa anak perempuan bersama ke temasya sukan kerana anaknya itu memerlukan pemerhatian khas.

"Kami termasuk Presiden MOM menjadi tetamu jawatankuasa penganjur untuk melawat sesuatu temasya sukan di luar negara atas perbelanjaan pihak penganjur.

"Kami diberi hak untuk membawa isteri atau tetamu atas tanggungan pihak penganjur," katanya.

"Saya tidak mengambil sesen pun duit MOM atau sumbangan penaja untuk kontinjen negara. Saya tidak perlu berbuat demikian kerana saya bernilai lebih sejuta ringgit," tegasnya.

Kok Chi berkata semasa mengambil alih jawatan itu dari mendiang Tong Poh Yen pada 28 November 1992, MOM hanya mempunyai sebuah bangunan dan akaun bank sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, katanya, badan itu kini mempunyai aset dua bangunan dan lebih RM20 juta dalam akaun badan itu.

Ditanya sama ada dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu sebagai usaha mencalar imej menjelang pemilihan MOM pada Jun ini, Kok Chi berkata, beliau tidak tahu sekiranya ada komplot untuk menjatuhkannya.

"Saya bangga untuk berkhidmat sebagai sukarela dan MOM adalah kebanggaan saya," katanya. - Bernama
-

Friday, 8 February 2013

Pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2013


Kementerian Belia dan Sukan menjemput belia mengemukakan pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 bagi kategori:

Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki)
Anugerah Perdana Belia Negara (Wanita)
Anugerah Perdana Belia Negara (Inovasi)

Pemenang akan menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM20,000.00

Anugerah Belia Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi perhargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang.

Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah  pembangunan negara.

TERMA & SYARAT
  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei 2013.
  3. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
i.   Borang pencalonan
ii.  Resume
iii. Kad pengenalan
iv. Sijil / Dokumen pencapaian
v.  Surat akuan/gambar/dokumen/sokongan
vi.  Laporan ringkas pencapaian/sumbangan

vii.  Dokumen-dokumen lain/sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.


Borang pencalonan boleh dimuat turun dari http://www.kbs.gov.my.  Borang pencalonan yang lengkap boleh dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2013 melalui email kepadaapbn@kbs.gov.my atau faks ke 03-8888 8761 atau  melalui pos ke alamat:-
Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negara

Aras 11, Menara KBS, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA


Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-88713265/3271/3287/3277
-

Monday, 4 February 2013

KBS Serah RM10.1 Juta Bantuan Kepada Belia



Satu lagi usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada persatuan-persatuan belia bagi menjayakan program dan aktiviti pembangunan belia negara. Teman rasa KBS telah menjayakan skim bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan belia ini secara berterusan saban tahun.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memperuntukkan bantuan bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan (PBK), Majlis Belia Negeri (MBN), Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam badan beruniform di seluruh negara, pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bantuan itu membabitkan RM3.4 juta kepada 18 Pertubuhan Belia Kebangsaan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Belia serta RM1.3 juta bagi Majlis Belia Negeri.

Menurutnya, sebanyak RM5.1 juta lagi diberikan kepada 103 Majlis Belia Daerah, manakala RM180,000 diberikan kepada enam badan beruniform dengan setiap satu menerima RM30,000.

“Justeru, kita berharap bantuan yang diberikan dapat menggerakkan pertubuhan masing-masing dengan proaktif dalam membentuk belia supaya lebih berketampilan dan berdaya saing yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pentadbiran, di sini, hari ini. (Kutipan Sumber)
-

Monday, 28 January 2013

NGO Guna Nama 1Malaysia Perlu Bertanggungjawab


Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan istilah 1Malaysia perlu bertanggungjawab, mempunyai kemahiran dan fakta jelas berkenaan sesuatu isu yang dibangkitkan supaya tidak menjejaskan imej kerajaan.

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham dalam kalangan rakyat.

"Pemimpin badan NGO kena jawab persoalan yang timbul kerana rakyat memerlukan jawapan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana dan Pelancaran Siswa4U Parlimen Muar di Parit Raja, Jalan Temenggung Ahmad, di sini Ahad.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merujuk kejadian membabitakn Bawani KS, pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen semasa Forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?" yang berlangsung di UUM 8 Dis lalu.

Mengenai hujah Bawani pelaksanaan pendidikan percuma hanya memerlukan RM10bilion, Razali berkata kenyataan itu tidak tepat kerana didasar kepada jumlah pelajar yang memohon atau mendapat pinjaman daripada kerajaan.

"Apabila kita putuskan hendak beri pendidikan percuma, kita kena beri kepadasemua sedangkan lebih ramai lagi pelajar yang belajar atas pembiayaan sendiri,"katanya menambah jumlah perbelanjaan sebenar adalah jauh lebih besar jikacadangan itu dilaksana.

Beliau juga mahu Bawani mempertimbangkan fakta Argentina mampu memberi pendidikan percuma kerana jumlah pelajarnya hanya 200,000 sedangkan di malaysia ada lebih sejuta orang. BERNAMA
-

Sunday, 27 January 2013

Video :Jadikan Asas Kejayaan Kementerian Belia Dan Sukan 2012



Pada tahun 2012 adalah tahun yang cemerlang bagi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kejayaan demi kejayaan telah diperolehi dari hasil kerja kuat warga Kementerian Belia Dan Sukan. Tahniah dan syabas KBS.

-

Friday, 25 January 2013

KBS Dan AISA Beri Ransangan Besar Sukan Skuasy


Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani satu memorandum tiga tahun persefahaman (MoU) dengan Azlan Iskandar Skuasy Academy (Aisa) untuk melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Dengan kerjasama, Menteri Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka berharap Malaysia akan berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pemain bertaraf dunia untuk menggantikan tujuh kali juara dunia Nicol David.

“Terdapat 500 orang pelajar kini latihan di akademi di seluruh negara dan ini merupakan petanda baik bagi masa depan sukan di Malaysia,” tambah Shabery selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid berkuatkuasa Sabtu Mohamed dan Azlan Iskandar di Putrajaya semalam.

Tiga akademi telah dibuka di Bau (Sarawak), Kemaman (Terengganu) dan Seremban II (Negri Sembilan) tahun lepas.

Lima lagi akademi akan ditubuhkan tahun ini di Johor, Kota Baru, Pahang, Melaka dan Kuala Terengganu.

Shabery berkata Azlan Iskandar juga akan memperkenalkan Litar Skuasy Jelajah Malaysia yang melibatkan 10 negeri.

“Setiap kaki akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30, 000 dan ia akan dibuka kepada peserta antara umur 17 hingga 25,” kata Shabery.

Kaki pertama akan diadakan di Kemaman dari 15-17 Februari.

Azlan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan untuk membantu beliau untuk membiayai akademi.

“Saya akan terus mengenal pasti bakat-bakat baru dan memberi tumpuan kepada dandanan pemain kelas dunia,” kata Azlan, yang bersara dari bermain skuasy tahun lepas.

Azlan kelahiran Sarawak-pernah juara Asia dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Beliau juga memenangi 14 gelaran profesional dalam kerjayanya 13-tahun. Kedudukan kerjaya terbaik dunia beliau adalah 10.

Sumber
-

Wednesday, 16 January 2013

Blogger Hentam KBS dan @shaberyc


Apasal Blog ni meroyan tak tentu pasal. Dia hentam kromo suka hati. Tak ada usul periksa main hentam aje. Rasanya teman dan rakan-rakan blogger yang lain dah ulas isu ni. Lama dah! (Click Here ) Tiba-tiba datang pulak blogger baru ni buat cerita baru. Semua dia hentam sebab nak popular cepat. Kepimpinan Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pun dia hentam. Sekali dengan Menteri Belia dan Sukan pun dia hentam. Hentam tak ada fakta. Suka-suka mak bapak dia je..

Ini kisah satu blog yang mendakwa mewakili suara generasi baru dan golongan anak muda. Tapi cakap pun tak mewakili suara anak muda. Admin blog ni sendiri dah ketinggalan zaman tentang kemahuan anak muda. Citarasa anak-anak muda sudah berubah. Bukan kewangan menjadi keutamaan. Citarasa dan kehendak anak-anak muda itu sendiri. Bukan khemah atau pentas jadi keutamaan yang menjadi isu admin blog ini.
Kenyataan KBS
Buat cerita dongeng yang sudah dijawab berkali-kali. Biar teman perjelaskan sekali lagi.  Apa yang kome harus faham, pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia (HJB) Putrajaya 2013 yang lalu adalah dari hasil tajaan sektor swasta dan korporat. Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.

Teman nak petik tulisan admin blog ni yang teman dah jawab seperti di atas,
Lagi satu KBS dan MBM kalau boleh tahun ni 40 acara utama bagilah kat badan gabungan belia kendalikan sambil buat duit sikit. Jangan asik bagi kat konsultan memanjang. Konsultan pun muka yang sama jek dengan KBS.

Admin ni nak buat duit ke atau nak memenuhi citarasa dan kehendak anak-anak muda? eh!eh! Jika benar-benar ikhlas nak membantu, bantu la dengan seikhlas hati. Jangan jadikan kewangan sebagai satu halangan. Bantuan kewangan KBS beratus ribu telah disalurkan kepada setiap badan-badan gabungan MBM setiap tahun tanpa henti. Tahun ini telah ditingkatkan  dan ditambah lagi atas permintaan MBM sendiri. Teman malas la nak ulas lagi kalau macam bercakap dengan orang menghentam tak ada fakta ni... 
-

Friday, 11 January 2013

Gambar:Apa Cerita Kecoh-Kecoh di Kassim Mustafa Bayan Baru


Fuh! Apa cerita ni! kecoh-kecoh le pulak! Adoii! Ramai orang serbu di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa Bayan Baru Pulau Pinang malam tadi. Sampai tak cukup ruang restoran tu.eh.eh. Rupanya Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Shabery Cheek turun padang berjumpa belia-belia Pulau Pinang.heee


Menteri Belia dan Sukan turun padang sempena Lawatan Kerja ke Pulau Pinang dan perasmian Bangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.  Acara sembang Santai Mesra Belia bersama YB Menteri Belia dan Sukan dengan pemimpin-pemimpin belia dan belia-belia Pulau Pinang.

YB Menteri Belia dan Sukan mengambil kesempatan beramah mesra bersama belia-belia Pulau Pinang. Pelumba negara Nabil F3  dan Hafiz Syahrin Moto2 ada sama weh! Memang meriah beb!


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...