Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Blogger PR Sokong Portal Hina Penerima BR1M Tersebar


Teman nak gelak der! Bila rakyat dah marah dan meluat, mula la pusing dan spin. Maka terspin kat muka sendiri. Kisah Portal Suara Pakatan Rakyat yang menghina penerima BR1M dan menyokong kenyataan Nik Ajis mengatakan seperti ayam dan lembu. Adeeh!!

Apabila dah dimalukan, mulalah Blogger Berbayar PR tak mengaku portal Suara Pakatan Rakyat bukan dibawah PR. Pada hal, portal tersebut dah beroperasi dah lama. Mengapa baru sekarang meroyan kata buka PR punya? Kerana dah dimalukan dan rakyat mula sedar bahawa PR dan macai-macai hanya bersandiwara radio menipu dan menfitnah semata-mata. Jangan jadikan ayat-ayat berbentuk Islam sebagai asas untuk memutarkan belit isu dan fakta. Tak semesti yang berlebai itu adalah Islam tetapi hanya bertopeng Islam dan hati di dalam macam syaitan Iblis laknatullah yang direjam..


-

Thursday, 21 February 2013

Akhirnya Blogger Pakatan Rakyat Mengaku Terima Bayaran Buat Fitnah!


Teman jenguk kejap tadi blog Ameno World. Tiba-tiba teman ternampak benda kat atas ni. Sendiri mengaku. Nak kata apa kan.. Senang betul la zaman sekarang ni. Buat fitnah boleh dapat duit. Patut la berbakul-bakul UMNO/BN kena fitnah, rupanya ada bayaran untuk memfitnah. Syiookk!!!!Kome nilai la sendiri weh!..
-

Wednesday, 20 February 2013

Benarkah Thailand Tak Ada Tol? Edisi Kantoi!



Facebooker yang dikenali sebagai King Jason memang sedia diketahui raja fitnah dan  pakar putar belit fakta.  Malangnya dia ni agak bongok dalam memberikan fakta sebenar dalam hujahannya. Sering saja terkantoi. Agak rugi jika kerajaan Selangor di bawah Zuraidah gunakan duit rakyat membayar elaun kepada mamat sengal ini.

Gambar diatas membuktikan sememangnya di Thailand pun dikenakan tol.

Cybertrooper pecacai pakatan sememangnya terbukti pendek akal dan lemah daya fikiran. Puak-puak ni jenis katak duduk bawah tempurung. Kesian kat depa kan?

Di highway Thailand adakah kemudahan RnR yang lengkap dengan segala kemudahan yang sungguh hebat beserta surau yang cukup selesa untuk kita beribadah?

Memang kalu Anwar perinttah, semua dia janji manis nak bagi semuanya free, tapi janganla korang tertipu. Benda nak janji sememangnya mudah. Nak laksanakan, jahanam la ekonomi negara. Apa yang dimiliki dan ada di Malaysia hari ni boleh hancur lebur dalam sekelip mata jika fcukatan memerintah.

Sumber
-

Tuesday, 19 February 2013

GEMPAR: Tabur Fitnah Dapat Duit! Siapa Nak Angkat Tangan!

Apa nih! Duit..duit..duit. Patut la semacam je blogger-blogger PR ni hentam Kerajaan BN. Rupanya ada habuan. Zaman sekarang ni senang ek! Tabur je fitnah boleh dapat duit. Deme yang dakwa blogger pro UMNO dapat habuan, rupanya nak tutup cerita deme yang dapat habuan. Banyak tu woo! Baik punya!

Credit Photo
-

Tuesday, 29 January 2013

Blogger Pakatan Rakyat Ditangkap Khalwat Dengan Bini Orang! Adeehh!!



Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.  


Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net

Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'.

Berita ini adalah jawapan kepada FITNAH "Anak Sungai Derhaka" kepada Blogger dan Troopers UMB. Kononnya troopers dibayar mengikut 'perkataan'. Satu perkataan dua ringgit. Dei macha, cerita bodoh dan fitnah macam lu buat, sapa pun boleh. Contoh 'cerita fitnah' macam cerita yang aku buat diatas.. sedap?

Gambar lu letak, haram takdak sekor pun UMB. Video yang lu taruk tu pun, bukan video UMB, itu video Tun Maharezza, atau lebih dikenali sebagai TMX. TMX takdak kena mengena langsung dengan UMB. Kalau lu nak fitnah, bikin elok-elok sikit la bro. Ini fitnah macam budak sekolah.

Bila tak betul sapa yang susah? Sapa yang malu? Fitnah bodoh macam lu, budak tabika punya karangan lagi sedap der.. he he..SUMBER

-

Wednesday, 16 January 2013

Blogger Hentam KBS dan @shaberyc


Apasal Blog ni meroyan tak tentu pasal. Dia hentam kromo suka hati. Tak ada usul periksa main hentam aje. Rasanya teman dan rakan-rakan blogger yang lain dah ulas isu ni. Lama dah! (Click Here ) Tiba-tiba datang pulak blogger baru ni buat cerita baru. Semua dia hentam sebab nak popular cepat. Kepimpinan Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pun dia hentam. Sekali dengan Menteri Belia dan Sukan pun dia hentam. Hentam tak ada fakta. Suka-suka mak bapak dia je..

Ini kisah satu blog yang mendakwa mewakili suara generasi baru dan golongan anak muda. Tapi cakap pun tak mewakili suara anak muda. Admin blog ni sendiri dah ketinggalan zaman tentang kemahuan anak muda. Citarasa anak-anak muda sudah berubah. Bukan kewangan menjadi keutamaan. Citarasa dan kehendak anak-anak muda itu sendiri. Bukan khemah atau pentas jadi keutamaan yang menjadi isu admin blog ini.
Kenyataan KBS
Buat cerita dongeng yang sudah dijawab berkali-kali. Biar teman perjelaskan sekali lagi.  Apa yang kome harus faham, pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia (HJB) Putrajaya 2013 yang lalu adalah dari hasil tajaan sektor swasta dan korporat. Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.

Teman nak petik tulisan admin blog ni yang teman dah jawab seperti di atas,
Lagi satu KBS dan MBM kalau boleh tahun ni 40 acara utama bagilah kat badan gabungan belia kendalikan sambil buat duit sikit. Jangan asik bagi kat konsultan memanjang. Konsultan pun muka yang sama jek dengan KBS.

Admin ni nak buat duit ke atau nak memenuhi citarasa dan kehendak anak-anak muda? eh!eh! Jika benar-benar ikhlas nak membantu, bantu la dengan seikhlas hati. Jangan jadikan kewangan sebagai satu halangan. Bantuan kewangan KBS beratus ribu telah disalurkan kepada setiap badan-badan gabungan MBM setiap tahun tanpa henti. Tahun ini telah ditingkatkan  dan ditambah lagi atas permintaan MBM sendiri. Teman malas la nak ulas lagi kalau macam bercakap dengan orang menghentam tak ada fakta ni... 
-

Sunday, 13 January 2013

Blogger Amenoworld Meracau Pasal Kiblat #KL112


Teman sebenarnya tak nak ganggu pasal blogger-blogger sebelah sana tu. Tapi bila teman terbaca artikel Blogger Dinturtle, teman tergerak la hati nak bagi komen la sikit. Ye la! Kisah Top Blogger PR Amenoworld meroyan tak tentu pasal. Kalau dah jadi Blogger PR yang top, tak semestinya isu agama dan kiblat, mike pun tip top. Kiblat kalau dah salah, tetap salah. Yang salah tetap salah. 

Yang teman nak gelak, beruk-beruk ni salah kiblat, disalahkan pulak blogger pro UMNO. Ada akai ka! Itu lah mereka-mereka yang sama dengan beruk-beruk sebab beruk-beruk saje yang berfikiran macam beruk..heee.. Macam teman cakap la, kalau dah salah, tetap salah. Dalam Islam, dosa tetap dosa. Pahala tetap pahala. Tak gitu weh!

Kalau kome nak tengok Amenoworld ni meroyan, bacalah seterusnya disini (continue reading)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...