Monday 4 February 2013

KBS Serah RM10.1 Juta Bantuan Kepada Belia



Satu lagi usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada persatuan-persatuan belia bagi menjayakan program dan aktiviti pembangunan belia negara. Teman rasa KBS telah menjayakan skim bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan belia ini secara berterusan saban tahun.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memperuntukkan bantuan bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan (PBK), Majlis Belia Negeri (MBN), Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam badan beruniform di seluruh negara, pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bantuan itu membabitkan RM3.4 juta kepada 18 Pertubuhan Belia Kebangsaan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Belia serta RM1.3 juta bagi Majlis Belia Negeri.

Menurutnya, sebanyak RM5.1 juta lagi diberikan kepada 103 Majlis Belia Daerah, manakala RM180,000 diberikan kepada enam badan beruniform dengan setiap satu menerima RM30,000.

“Justeru, kita berharap bantuan yang diberikan dapat menggerakkan pertubuhan masing-masing dengan proaktif dalam membentuk belia supaya lebih berketampilan dan berdaya saing yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pentadbiran, di sini, hari ini. (Kutipan Sumber)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...