Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts

Monday, 25 March 2013

GEMPAR! Bukan Islam Jadi Timbalan Presiden PAS

Tu Dia! Dalam PAS dah tak ada pemimpin Islam nak dijadikan pemimpin tertinggi parti tu! Kesian.. Terpaksa la ambil yang bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS. Macai-macai tak nak komen ke? PAS ni parti Islam atau parti carca marba..Kome fikir-fikirkan la.
-

Sunday, 17 March 2013

PANAS! Cubaan Hadi Awang Memperbodohkan Ahli PAS!


Adeeh! Biar betul weh! Macam main catur le pulak. Boleh suka-suka bubuh angka ikut suka hati mak bapak dia. Terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Apa la nak ditipu lagi weh! Dulu, dalam PRU 12 PAS bertanding 66 kerusi tapi menang 23 kerusi je. Itu pun sebab tsunami, kalau tak mungkin habuk pun tarak..

Tapi teman ingat la, Hadi Awang ni nak jadi PM. Itu sebab lah dia nak kerusi PAS banyak, itu pun kalau menang la. Itu pu kalau dapat restu DAP jugak! takkan DAP nak lepaskan kerusi dia. Gila ke apa? Langkah mayat Karpal Singh dulu weh!!Anwar pun banyak skandalnya pun. Tak layak jadi PM. Boleh rosak negara. Tambahan pulak, ahli-ahli PAS menolak sekeras-kerasnya bakal PM adalah dari kalangan homoseksual. Tak gitu "Annie"? heee..
-

Saturday, 9 March 2013

Sah! Anak Nik Aziz dan Menantu Hadi Awang Bertanding


Kesian..Teman rasa akan ramai lagi akan gugur dari barisan calon PAS untuk bertanding dalam Pilihanraya ke 13 nanti. Apa nak kata kan..Yang tua harus pergi.  Yang muda menanti. Agak-agak Nik Aziz dan HAdi Awang nak bertanding lagi ke? maklum lah dah tua, bagi la laluan pada yang muda terutamanya Nik Aziz. udah la tu. Tua bangat dah! Ini la peluang nak letak anak Nik Aziz jadi calon dan Hadi Awang nak buh menantu. Elok sangat bagi suku sakat jadi calon. Kroni la nampak gayanya...

KUALA LUMPUR: PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan A Tantawi.

Beliau berkata perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada PAS Pusat.

"Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata Pemuda PAS berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.

"Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik...jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU," katanya. -BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

Anwar Dakwa Hadi Menipu



Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 

-

Hadi Orang Pertama Setuju Kalimah Allah Digunakan Kafir



Allah ada berfirman antaranya bermaksud 'Jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita'. Begitulah lebih kurang maksudnya. Kalau tersalah minta ampun minta maaf sebab penulis tak bermaksud hendak mempermain-mainkan firman Allah.

Dari seorang yang mengaku seorang ulama besar dalam Pas dengan rela hati menandatangani pernyataan bersama pemimpin pembangkang agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Dialah dalang kepada perpecahan umat Islam di Malaysia sebenarnya. Ingin menjadi hero Islam tapi penakut bila berdepan dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Antara petikan Utusan Malaysia:

Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.


-

Wednesday, 27 February 2013

Meh Tengok Firaun Bagi Bantuan Pada Ayam dan Lembu


Teman saje nak tunjuk gambar yang PAS kutuk dan hina Kerajaan BN macam firaun bagi BR1M pada rakyat tuh! Rakyat yang ambil BR1M  dihina seperti ayam dan lembu, tambah lagi Bodoh dan segala bagai. Gambar-gambar ini nak tunjuk siapa yang Firaun dan ayam dan lembu.. Adeehh!!



-

Tuesday, 26 February 2013

Adakah Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri Cina Yang Pertama


Konvensyen Pakatan Rakyat yang membentangkan Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat semalam tidak menyebutkan siapakah calon Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya. Pelik jugak kan..

Jika sebelum ini beriya-iya benar mengatakan Anwar China Doll bakal Perdana Menteri tapi mengapa sekarang perlu dirahsiakan?

Ura-ura dikalangan Pakatan Rakyat, satu rundingan sulit telah diadakan dikalangan pimpinan tertinggi PR, Hadi Awang akan menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri sekiranya PAS memenangi lebih kerusi Parlimen berbanding rakan sekutu yang lain.  Ini adalah kerana ingin mengambil hati dan mengikut kehenda akar umbi dan ahli-ahli PAS seperti yang dituntut semasa Muktamar PAS yang lalu.. Difahamkan untuk memastikan tiada sabotaj dalam parti berlaku semasa PRU13 nanti. Tapi bagaimana pula dengan PKR dan DAP? 

Jika diikut matematik mudah, DAP lebih banyak kerusi yang ditandingi berbanding PAS dan PKR. Kemungkinan DAP akan mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih mudah. Ini bermakna Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri Malaysia. Tak gitu?
-

Nik Aziz dan HAdi Awang Kutuk Ahli PAS Macam Ayam dan Lembu Bodoh

Alahai! Lepas gelar ayam dan lembu, gelar pulak bodoh. Kemudian ikan bodoh, ini pulak kata Firaun pun bagi BR1M. Ada akai ka? Apa yang betul der! Maksudnya mana-mana rakyat yang terima bantuan dari Kerajaan BN umpama ayam dan lembu. Siapa yang terima bantuan Kerajaan BN jadi bodoh, lepas jadi ikan bodoh. Last sekali Firaun pun bagi BR1M. adeehh!

Apa pulak perasaan rakyat yang terima bantuan Kerajaan BN dan ada pulak dari kalangan ahli-ahli PAS. Teman nak tanya jugak, apa la perasaan ahli-ahli PAS bila Nik Ajis dan Hadi Awang  gelar ahli-ahli PAS macam ayam dan lembu. Jadi bodoh le pulak! kahkahkah...
-

Monday, 25 February 2013

Surirumah Bongkar Skandal Hadi Awang Semasa Jadi MB Terengganu



Surirumah, Ruzilawati Che Seman melahirkan rasa kesal dan rasa tertipu setelah wang yang dibayarnya sebanyak permulaan RM980 dan tambahan sebanyak RM320.

Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, Haji Hadi bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua.

“Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah,” katanya dengan nada sedih. 

Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah.


Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua.

“Saya datang ke sini, ke balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja,” katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun.

Kedua-dua mereka antara 1,080 yang ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad.

Ditemui di Balai Polis Ketengah Jumaat lalu (22 Feb 2013) bersama-sama beberapa orang yang membuat laporan polis bagi kes penipuan yang membabitkan Kerajaan Pas Terengganu (Feb 2004).

Ikuti kisah selanjutnya DISINI

-

PANAS! Hadi Awang Kata Penerima BR1M Ikan Bodoh Pulak


Adeehh! Kenapa sampai mcam gini. Sebelum Nik Ajis kata penerima BR1M sebagai ayam dan lembu. Lepas tu Hadi Awang pulak kata Bodoh. Terbaru Hadi Awang kata pulak penerima BR1M ikan bodoh. Macam-macam la kalau dah tak ada modal nak bercakap.

teman rasa semua cukup gelaran yang pemimpin PAs bagi. Ada ayam, ada lembu, ada bodoh, ni pulak ikan bodoh. Lepas ni tak tau la apa lagi gelaran-gelaran deme nak bagi. PAS mengumpamakan manusia dengan binatang. Satu perumpamaan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Suka-suka mak bapak deme gelar orang lain macam binatang. Deme tu tak apa pulak. Kuitip duit Tin Milo setia kali ceramah. Itu nak panggil apa? PAS sanggup menguris hati dan menghina rakyat semata mata untuk politik sempit demi cita-cita menawan Putrajaya. Cessss!!


-

Sunday, 24 February 2013

Tu Dia! Sikap PAS lebih teruk daripada kafir, Mufti Perak Tempelak Hadi Awang


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.


Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Jangan berprasangka buruk 

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.

“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.

Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat.


-

Saturday, 23 February 2013

Hadi Awang Terlupa Nik Aziz Rasuah Tanah Balak Kelantan Pada DAP



Teman rasa Hadi Awang ni dah nyanyok la kot. Tak pun terlupa ata saje-saje buat lupa. Hadi Awang kata kerajann dibawah pimpinan PR tak ada rasuah. Adeeh! 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin pembangkang dan kerajaan negeri ditadbir pakatan pembangkang bebas daripada rasuah.

Dipetik Bernama, beliau juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah.

Sah lah, Hadi Awang ni dah nyanyok. Tak ingat ke bagaimana Nik Aziz nak pastikan Nizar Jamaluddin jadi MB Perak sampai rasuah Pemimpin DAP Perak tanah balak di Kelantan. Pemimpin DAP Perak tu dah mengaku. Itu apa cer? Satu pasal pemimpin PAS berzina dalam keretapi dan sapu bini orang tu, kenapa tak ingat lagi?  Dah lupa la tu...Kesian..sebab dah nyanyok tapi ada jugak simpan cita-cita nak jadi PM tuh! Heee..
-

Friday, 22 February 2013

Haram Undi PAS! Balak Mantan MB Terengganu telah Jatuh di antara 2 LURAH Berahi?



PAS DAN HAJI HADI SEBAGAI MB PENGKHIANAT HARTA RAKYAT - LULUS KAWASANKAN BALAK HUTAN SIMPAN 10,000 EKAR KEPADA SYARIKAT MILIK PENGERUSI HARAKAH, DATO’ HISHAMUDDIN YAHYA

KALAU KERAJAAN PAS KELANTAN terbongkar rahsianya baru-baru ini memberi tanah yang mengandungi BALAK 10,526 hektar pada syarikat Upayapadu Plantation milik para pemimpin DAP Perak, Kerajaan Terengganu pula pernah memberikan 10,000 ekar kepada kroninya waktu itu tahun 2000, Dato’ Hishamuddin Yahya, Pengerusi Akhbar HARAKAH, lidah rasmi parti PAS.

Syarikat yang dipengerusikan oleh Dato’ Hishamudin itu ialah North East Plantation Sdn.Bhd.

Rupanya puak juak Pas bercakap tentang kebajikan untuk rakyat dan Negara Kebajikan tetapi yang pastinya sanggup mengaut harta negeri dan rakyat untuk poket sendiri, bukan seeker dua, bukan puluh ekar tetapi PULUH RIBU EKAR DI TERENGGANU, MALAH PULUH RIBU HEKTAR DI KELANTAN. 

Kebajikan apakah itu, kalau mengkhianati harta rakyat dan negeri sendiri! Jahat teramat jahat puak-puak yang pandai memutar-belit cakap, menggunakan ayat-ayat Allah konon mereka adalah di landasan Islam tetapi sebenarnya mereka bersama-sama SYAITAN yang TAMAK HALOBA.

Perbuatan jahat meluluskan tanah kawasan BALAK Hutan SIMPAN MUKIM BESOL HULU PAKA DAERAH DUNGUN KEPADA KRONI atau sahabat handai ini dikesan dilakukan oleh Kerajaan Pas semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah Pas atau lebih dikenali Mesyuarat Exco pada 15 November tahun 2000 hanya setahun selepas berkuasa.

Ia itu Mesyuarat kali ke 35 Tahun 2000 yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS.

Alamat syarikat itu North East Plantation milik Pengerusi AKHBAR HARAKAH itu ialah No 5, Jln 65 C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur.

Kononnya kelulusan diberikan kepada syarikat KRONI PAS itu adalah untuk ternak lembu dan tanam sawit.???

-

Thursday, 21 February 2013

PANAS: Hadi Awang Akui Azizan Razak Ada Masalah


Hah! Apa nak kata kan..Presiden PAS sendiri dah mengakui memang ada konflik dalaman kepimpinan PAS di Kedah. Baru-baru ini 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

PAS menganggap isu kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanyalah berita pilihan raya, namun tidak menafikan wujud masalah dalaman parti itu di Kedah. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ia diperbesarkan media dan masalah tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat. “Masalah di Kedah bukan masalah besar. Kita akan selesaikan masalah parti,

Ye le tu! Sampai ada yang nak boikot dan tutup bilik gerakan PAS di Kedah, kecik jugak ke masalahnya?. Lawak la! Tak boleh nak sorok dah masalah besar dan PAS Kedah akan menyebabkan kalah besar dalam PRU 13 nanti! Adeehh!!! 
-

Sunday, 17 February 2013

GEMPAR: PAS Keluar Pakatan Rakyat?


Teman hairan la. Boleh percaya ke? Adeeh! Teman pening la. Macamana pulak Hadi Awang kata kerjasama PAS dengan DAP dan PKR tak merugikan Islam. Ada untung ke?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Entahlah! Kome fikir la betul ke tak apa yang Hadi Awang cakap ni. Seingat teman la, PAS sendiri yang lacurkan Kalimah Allah kepada DAP. Habis tu, tak ke meeugikan Islam? Bukar sekadar rugi, hilang maruah kehormatan islam. Apa cer? Rakyat tak boleh nak percaya dah PAS. Asyik nak menipu je..heee
-

Wednesday, 6 February 2013

Ahli PAS Usul Undi Tidak Percaya Kepada Hadi Awang


Biar betul! Usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Hadi Awang. Aih! Adeeh!..Kenapa teman cakap macam tu! Sebab ada sekor beruk yang dah kena buang dari UMNO melalak tak tentu tempat. Main suka suka mak bapak dia je. Mulut tak ada insuran..ptuii!!!

Ini sekor bekas Ketua Pemuda UMNO yang dah kena buang cakap pakai kepala lutut. Kome tengok apa dia cakap,


Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.



Patutnya kome buat usul undi tidak percaya pada Hadi Awang tu sebab jual Kalimah Allah pada DAP. Baru betul! Betul tak!
-

Sunday, 6 January 2013

HADI AWANG KENA BELI CERMIN SEBAB TAK CERMIN KAT RUMAH DIA



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya.

Beliau berkata ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 telahpun memutuskan bahawa Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip dakwah Islamiah.

"Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan MajlisFatwa Kebangsaan.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusanMajlis Fatwa Kebangsaan yang telahpun mengharamkan amanatnya itu dan bukanmencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Beliau berkata sesiapa sahaja yang melanggari keputusan Majlis FatwaKebangsaan, harus berhadapan dengan ummah dan majlis fatwa itu sendiri.

Justeru Rais meminta umat Islam di negara ini supaya berfikir dan menolak pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta atau yang cuba menipu rakyat.

Semalam Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmimengenai isu Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai bercanggah dengankepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Dalam pada itu, Rais meminta penganjur perhimpunan yang dijadual diadakan diStadium Merdeka pada Sabtu depan, supaya mematuhi undang-undang mengikut AktaPerhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata mana-mana pihak sama ada daripada parti pembangkang atau badan bukan kerajaan tidak boleh menetapkan sendiri lokasi untuk mengadakan perhimpunan.

Rais berkata sekiranya pengurusan Stadium Merdeka bersetuju, barulah polis akan mengeluarkan permit membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan itu.

"Oleh itu, saya memohon pihak penganjur supaya meneliti akta ini dari sudut kepentingan tanah air, keselamatan serta pihak yang memiliki hak ke atas premisyang hendak diadakan perhimpunan itu," katanya. BERNAMA
-

HADI BUKAN ULAMAK TAPI HANYALAH ULAR MAK POLITIK!



Teman nampak yang  mudahnya isu Amanat Hj Hadi ni, sememangnya dah sesat. Jauh terpesong dari landasan Islam sebenar. Teman nak mengutip satu komen pembaca di Sinar Harian mengenai isu Amanat Haji Hadi. Kome baca dan teliti la. Teman tak edit satu pun. Fikir-fikir lah secara matang.

HADI BUKAN ULAMAK TAPI HANYALAH ULAR MAK POLITIK!

1. Ulamak ke kalau memperkecilkan guru2 sekolah rendah?

2. Ulamak ke kalau lidah berbelit memesongkan fakta? Anak kafirkan keluarga sendiri, sembahyang dua imam, kubur berasingan, tidak melawat jenazah ahli keluarga sendiri dan terlalu banyak lagi kes2 seumpamanya. Siapakah punca semua ini kalau bukan Hadi penipu! Siapa harus bertanggungjawab menjawab atas semua ni di Padang Masyar nanti?

3. Ulamak ke kalau pecat Dato Dr Hasan Ali secara un Islamic mengalahkan komunis?

4. Ulamak ke kalau menyokong membabi buta seorang pemimpin yang tabiat seks nya sangat2 meragukan?

5. Ulamak ke kalau menyokong individu yg terang dan nyata menyokong LBGT dan pluralisme agama?

6. Ulamak ke kalau menyokong kalimah Allah di gunakan Kristian?

7. Ulamak ke kalau selalu sangat suka mungkir janji? Hadi dgn N.ajis 2 X 5 lidah bercabang mungkir janji.Dulu cakap lain sekarang buat lain. Jilat ludah sendiri menjadi tabiat kegemaran.

8. Ulamak ke kalau bersekongkol dgn kafir yg jelas menentang negara Islam?
-

BUKTI AMANAT HJ HADI SESAT, KHALID ISMATH RELA SEMBAH TOKONG


Ini lagi sekor budak hingus yang macam kera. Adik beradik bodoh tak boleh di ajar. Salah satu contoh golongan Syiah di dalam PAS yang menyesatkan. Menjadi pejuang sesat. Macam ni la orang-orang dalam PAS. Banyak yang dah sesat. Terbaru Khalid Ismath ni sanggup sembahyang sembah tokong dari sembahyang dalam masjid berimamkan orang UMNO. Ini lah salah satu bahana dan kerosakan akibat Amanat Hj Hadi. Pengikut-pengikut PAS totok jadi sesat. Masuk syurga ke macam ni?ish.ish


Ye la!Mike masuk lah kat tokong dan sembah lah tokong tu. Lepas makan la babi panggang yang ada ka situ. Lagi best..ptuiii!!!nak muntah le teman..

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...