Showing posts with label Calon Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Calon Perdana Menteri. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

PANAS! Cubaan Hadi Awang Memperbodohkan Ahli PAS!


Adeeh! Biar betul weh! Macam main catur le pulak. Boleh suka-suka bubuh angka ikut suka hati mak bapak dia. Terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Apa la nak ditipu lagi weh! Dulu, dalam PRU 12 PAS bertanding 66 kerusi tapi menang 23 kerusi je. Itu pun sebab tsunami, kalau tak mungkin habuk pun tarak..

Tapi teman ingat la, Hadi Awang ni nak jadi PM. Itu sebab lah dia nak kerusi PAS banyak, itu pun kalau menang la. Itu pu kalau dapat restu DAP jugak! takkan DAP nak lepaskan kerusi dia. Gila ke apa? Langkah mayat Karpal Singh dulu weh!!Anwar pun banyak skandalnya pun. Tak layak jadi PM. Boleh rosak negara. Tambahan pulak, ahli-ahli PAS menolak sekeras-kerasnya bakal PM adalah dari kalangan homoseksual. Tak gitu "Annie"? heee..
-

Saturday, 9 March 2013

PANAS: Ku Li Ditawar Jadi PM


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan cakap-cakap kononnya beliau ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menyifatkan perkara itu sebagai karut, Tengku Razaleigh berkata ia sengaja ditimbulkan di saat menjelangnya pilihan raya umum.

"Karut saja, saya masih dalam Umno dan cerita itu timbul mungkin dari rakan dia oranglah tu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Orang Asli di Lojing petang Jumaat.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa pakatan pembangkang ada menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.

Hadir sama pada program itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mat Sulji Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu Abdul Razak Arshad serta Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan Ilyas Anjang.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh berkata walaupun beliau pemimpin veteran Umno namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.

"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya. BERNAMA
-

Friday, 8 March 2013

Uiks! Bukti PAS tolak Anwar Ibrahim jadi calon PM

Uiks! Pening..Pening.. Kata dah ada calon PM tapi nak bincang balik. Adeeh! Apsal cakap pusing-pusing nih!. Putar alam kelabu asap..

Laporan Meloyakini, PAS Bukit Bintang mencadangkan kepimpinan PAS Pusat mengadakan muktamar khas bagi membincangkan usul kawasan itu supaya mencalonkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya ke13 dan memerintah Malaysia.

Teman yakin PAS masih nak menuntut calon PM di kalangan pemimpin PAS sendiri dan akar umbi PAS menolak Anwar menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya nanti. Jangan mimpi la..
-

Thursday, 7 March 2013

BREAKING NEWS : Mustahil Calon PM Dari PKR!



Akhbar The Star hari ini melaporkan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS bahawa Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa parti PAS akan bertanding sekitar 80 kerusi, manakala DAP 46 – 50 dan PKR pula sebanyak 90 kerusi dalam PRU-13 nanti. Justeru, Tuan Ibrahim membayangkan tiada kemungkinan DAP menjadi Perdana Menteri jika PR menang.

Berdasarkan keputusan PRU 2008 dan perkembangan semasa politik Pakatan Rakyat, DAP telah mendapat mandat terbanyak iaitu 28 kerusi, berbanding PAS 23 dan PKR 26. Maka jika keadaan ini berulang, sudah tentulah tidak mustahil jawatan Perdana Menteri dipegang oleh DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini.

Semenjak PRU-12, Parti PKR telah mengalami kemerosotan teruk dari segi sokongan selaras dengan moral Anwar Ibrahim yang telah sedia merosot. Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya parti tersebut pada tahun 2011, kerusi-kerusi yang sebelum ini merupakan kerusi selamat juga tidak mustahil akan hilang. PKR juga tidak yakin dapat mengekalkan kerusi Lembah Pantai dan Permatang Pauh.

Justeru, mengikut perkiraan, jawatankuasa berkenaan meletakkan hanya 16 – 20 kerusi sahaja yang mampu dimenangi oleh PKR.

Jika kenyataan Tuan Ibrahim di atas boleh digunapakai sebagai ‘muktamad’, iaitu PKR akan bertanding 90 kerusi parlimen berbanding 97 kerusi pada PRU lepas, maka kita menjangkakan parti itu tidak akan mampu mencapai jumlah yang disasarkan oleh Jawatankuasa Strategik dan dijangka hanya mampu memenangi 13 kerusi sahaja. Antaranya, Bayan Baru, Nibong Tebal, Padang Serai, Gelang Patah, Subang, Kelang, Kapar, Balik Pulau, Indera Mahkota, Kuantan, Teluk Kemang, Batu dan Machang.

Perlu diingatkan bahawa apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim bukanlah keputusan muktamad selagi ia tidak diumumkan sendiri oleh Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim. Kita sedia maklum bahawa Tuan Ibrahim atau PAS tidak mempunyai apa-apa kuasa atau suara di dalam PR dan lebih dari itu, kita juga tahu jika benar PAS akan bertanding 80 kerusi, ia masih tidak menjamin kemenangan yang lebih dari DAP mahupun PKR.

Ini kerana, menurut kajiselidik berbagai-bagai pihak, kalau pun benar DAP hanya bertanding 46-50 kerusi, parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya 35-40 kerusi yang ditandingi.

Katakan PAS hanya mampu mengekalkan 23 kerusi seperti PRU 2008, PKR 13 kerusi dan DAP 40 kerusi, mana mungkin PR akan memenangi PRU kali ini. Namun, sekiranya berlaku ‘keajaiban’ sehingga PR memenangi PRU kali ini maka jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti dalam PR adalah tidak relevan sama sekali kerana kuasa mutlak tetap berada di tangan DAP sepertimana yang dapat dilihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan di mana tanah negeri itu juga telah terpaksa ‘dihadiahkan’ kepada DAP.

Suara Generasi Baru
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...