Showing posts with label Calon PRU 13. Show all posts
Showing posts with label Calon PRU 13. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

PRU-13: BN Pertaruh 80% Muka Baru Di Selangor


Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber.

Pakatan Rakyat juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama.

Sumber BN berkata: "Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga."

Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling.

Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar.

mStar
-

Wednesday, 13 March 2013

Senarai Calon BN Hampir Siap


Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir siap dengan sedikit sebanyak perubahan mungkin dilakukan sebelum diumumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perubahan mungkin dibuat untuk memastikan calon yang dipilih itu adalah yang terbaik dan boleh menang.

"Senarai calon ini bila tiap-tiap kali kita tengok, kita nak buat perubahan tetapi mungkin tiada masa lagi... kita semak, belek-belek dan terfikir mungkin ada calon yang lebih baik.

"Saya rasa proses itu sampai saat kita umum nanti mungkin ada sedikit sebanyak perubahan, tetapi asasnya sudah ada, kebanyakan kawasan telah kita putuskan, sesiapa yang dikategorikan sebagai winnable candidate (calon boleh menang) akan kita calonkan sebagai calon," katanya dalam program Conversation With The PM yang disiarkan di TV3 di sini Selasa malam.

Najib berkata BN juga akan menentukan pembahagian calon yang sebaik mungkin di kalangan parti komponennya agar calon tersebut diterima oleh masyarakat tempatan dan mencerminkan kehendak rakyat.

"Kita juga ada pertimbangan berdasarkan kepada parti komponen kita sebab kita keluarga besar, 13 buah parti jadi kita kena tentukan pembahagian yang difikirkan mencerminkan komposisi keluarga BN.

"Maka, tidak semestinya kita dapat memenuhi harapan dan tuntutan semua pihak di peringkat kawasan tetapi kita akan cuba menentukan calon yang sebaik mungkin," katanya.

Menjawab soalan daripada seorang pembaca akhbar The New Straits Times mengenai pembaharuan proses pilihan raya, Najib berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan proses pilihan raya dan menegaskan bahawa pilihan raya di Malaysia sentiasa dijalankan secara adil dan bebas.

"Jika pilihan raya tidak dijalankan sedemikian rupa, kita mungkin tidak hilang dua pertiga majoriti dan hilang lima negeri pada pilihan raya umum 2008.

Kelantan tidak akan diperintah pembangkang lebih daripada 20 tahun," katanya.

Najib berkata kerajaan juga mempertimbang beberapa tuntutan daripada pelbagai kumpulan seperti Bersih dan kebanyakan daripada tuntutan itu telahpun dipenuhi.

"Buat pertama kali, kita akan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang dan buat pertama kali juga, rakyat Malaysia yang tinggal di seberang laut juga dibenarkan untuk mengundi," katanya. BERNAMA
-

AMIK KAUU!! Video Calon PAS Gaal Bagi Rasuah!


TUUU DIIIAA!!! Apa lg Nik Aziz nak jawab?! apa video ni pun barang dah edit ke?! apa pemberian ini x dikira mcm bagi kat 'haiwan' ke? watdafak..

BK tringat kutukan2 geng PAS bila tiap kali Program anjuran BN dapat sambutan yg hebat di Kelantan. Ape yg kuar dari mulut mereka adalah hadirin yg hadir telah diberi upah. NAHH!! AMIK KAUU!!

Baca Lagi DISINI
-

Tuesday, 12 March 2013

GEMPAR! Presiden Anti Lynas Nak Bakar Parlimen Bentong


Wong Tack yang nak halau pekerja Melayu di Lynas!!
Muka haramjadah ni jadi calon! ptuii!! Patut la beiya-iya benar berdemo bagai naik rak, rupanya ada udang sebalik batu. Nak jadi calon..nak jadi calon. Adeeh! Rupanya kalau nak jadi calon Pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat mudah aje, cuma perlu berdemo dan berdemo. Nak bakar Loji Lynas. Bergaduh dan maki hamun dengan Polis dan penguatkuasa. confirm dapat jadi calon bagi mewakili Pakatan Rakyat. Contoh dah banyak. Calon-calon Pilihanraya dari Pakatan Rakyat lahir daripada perusuh dan pendemo. Pemaki hamun polis dan penguatkuasa. Penentang dan melanggar undang-undang negara. Tak payah teman senaraikan disini sebab terlalu banyak..Muka macam ni kome nak pilih! NO WAY MAN!!!
Kalau yang ini jadi calon macamana? Meletop tak?kehkeh

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Parlimen Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas tiket DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkannya hari ini berkata DAP percaya meletakkan calon daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memulihara alam sekitar bakal memberi kesan positif terhadap sokongan pembangkang di kawasan itu.

Parlimen Bentong pada masa ini diwakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pada pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Wong Tack pada bulan lepas menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan mengancam untuk membakar loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau kemudian dilaporkan meminta maaf atas kenyataan itu.
-

Saturday, 9 March 2013

Sah! Anak Nik Aziz dan Menantu Hadi Awang Bertanding


Kesian..Teman rasa akan ramai lagi akan gugur dari barisan calon PAS untuk bertanding dalam Pilihanraya ke 13 nanti. Apa nak kata kan..Yang tua harus pergi.  Yang muda menanti. Agak-agak Nik Aziz dan HAdi Awang nak bertanding lagi ke? maklum lah dah tua, bagi la laluan pada yang muda terutamanya Nik Aziz. udah la tu. Tua bangat dah! Ini la peluang nak letak anak Nik Aziz jadi calon dan Hadi Awang nak buh menantu. Elok sangat bagi suku sakat jadi calon. Kroni la nampak gayanya...

KUALA LUMPUR: PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan A Tantawi.

Beliau berkata perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada PAS Pusat.

"Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata Pemuda PAS berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.

"Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik...jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU," katanya. -BERNAMA
-

Wednesday, 6 February 2013

Guan Eng, Hui Ying, and The Boyfriend


Uikss! Dah agak. Guan Eng mesti nafi punya. Apa nak dikata. Dah bocor. Terpaksalah spin jadi lain..

Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan konon adik perempuannya Lim Hui Ying turut tersenarai sebagai calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Tak apa la. Dah nafi, nak buat macamana kan.kan. tapi Tan Khong Chong, boyfriend adik perempuan Guan Eng ni macamana pulak? Bagi la kenyataan sikit. Masuk dalam list calon ke tak? Heee..Tak berani nak komen kot!
-

Friday, 25 January 2013

Bukti PAS Akan Kalah PRU 13


Adeehh!! PAS nak calonkan bukan Islam sebagai mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Teman jangka-jangka dari dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.Eh! Tak silap teman masa PRU 12 dulu tu, pernah jugak PAS bubuh calon bukan Islam bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu tapi BUNGKUSSSS!!!!

Inila buktinya PAS dah ketandusan pemimpin yang layak jadi calon. Sebab tu la letak bukan Islam jadi calon PAS. Kesian..Kali ini nak bubuh calon bukan Islam lagi banyak la kot. Biar main serkap jarang. Bagi bungkus semua. Tapi kerusi mana yang nak ditandingi masih kabur. Agak-agak ada calon PAS sendiri akan terpelanting tak jadi calon sebab PAS nak jaga hati DHPP ni. Kesian yang berangan-angan nak jadi calon tuh! Sebab nak jaga bukan Islam dalam PAS, terpaksa korbankan la anak sendiri. Teman nak tengok le weh! Kerusi mana yang PAS nak bagi pada DHPP ni. Nanti kita boleh tengok deme berperang sesama sendiri. Lagi best kan.kan..heeee
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...