Showing posts with label Lim Hui Ying. Show all posts
Showing posts with label Lim Hui Ying. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

TERKINI! Senarai Calon DAP dan Yang Terkeluar #PRU13


TERKINI! Teman difahamkan senarai terkini calon-calon yang akan mengisi kekosongan kerusi yang dipegang oleh wakil rakyat yang akan ditendang keluar. Guan Eng seperti terus menentukan segala-galanya.

Dari sumber, beberapa wakil rakyat telah menjadi mangsa Guan Eng. Terus terkeluar senarai digantikan dengan muka-muka baru seperti adik Guan Eng sendiri, Lim Hui Ying dan Setiausaha Politik Guan Eng, Khairil Khir Johari. Walaupun Guan Eng cuba menafikan adiknya akan dicalonkan, itu hanya helah bagi mengaburi mata rakyat semata-mata. Angin bertiup kencang, tak akan pokok bergoyang kalau tak ada angin weh!!


-

BONGKAR! Sah, Lydia Ong Digugurkan Jadi ADUN dan EXCO

Wah! Ini cerita panas. Sah! Lydia Ong akan digugurkan dari senarai calon DAP untuk Pilihanraya ke 13. Apa cerita? Ada yang tak kena ke? Rupanya ada cerita disebalik cerita. Adeess..Guan Eng difahamkan marah sangat-sangat dengan Lydia Ong ni.

Kisah bermula dengan pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang. Sesi DUN Pulau Pinang yang lepas bagi meluluskan pembentangan Bajet 2013 Pulau Pinang. Tak  cukup korum la pulak! Lydia Ong bergegas balik tengok bapak dia sakit tenat di hospital pada masa yang sama. Lydia Ong nangis-nangis minta dilepaskan dan dikecualikan. Guan Eng memang jenis "Tokong" tak nak lepas le pulak. Guan Eng paksa tunggu untuk mengundi bagi meluluskan Bajet tersebut. Kesian kat Lydia. 

Tapi Lydia ni jenis keras kepala, pergi jugak ke hospital menjenguk bapanya yang dilaporkan kritikal sebelum Bajet tersebut diluluskan dan selepas kembali semula ke dewan.  Apa lagi, Guan Eng mengamuk sakan la. Dipendekkan cerita, Lydia Ong tak dapat la tengok bapak dia menghembuskan nafas yang terakhir. Nangis la mike..

Nak dijadikan cerita, pada sesi meluluskan Bajet tersebut, hanya ada 28 ADUN Pakatan Rakyat yang hadir kecuali ADUN Pulau Tikus. Bajet tersebut perlukan 27 undi untuk diluluskan. Mana tak mengelabah Guan Eng. Gua Eng pulak tak percayakan ADUN dari PKR, takut kena tikam dari belakang. Adeeh!

Guan Eng dikatakan menyimpan dendam kepada Lydia Ong. Menurut sumber, Guan Eng telah menceritakan kepada  semua orang yang Lydia Ong tidak mencapai prestasi dan KPI yang memuaskan. Maka Lydia Ong akan digugurkan dari calon dan digantikan oleh adiknya Lim Hui Ying dan seterusnya untuk menjawat jawatan EXCO. 

Keluarga Lydia Ong telah menyimpan rasa tidak puashati kepada tindakan Guan Eng tersebut dan menyimpan hasrat untuk tidak mengundi Guan Eng dan DAP di PRU 13 akan datang. Hah ! Padan muka Guan Eng! Lagi ramai akan tak undi DAP kali ini..

Nota: Ulasan adalah diolah dari sumber dalam Bahasa Inggeris
-

Wednesday, 6 February 2013

Guan Eng, Hui Ying, and The Boyfriend


Uikss! Dah agak. Guan Eng mesti nafi punya. Apa nak dikata. Dah bocor. Terpaksalah spin jadi lain..

Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan konon adik perempuannya Lim Hui Ying turut tersenarai sebagai calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Tak apa la. Dah nafi, nak buat macamana kan.kan. tapi Tan Khong Chong, boyfriend adik perempuan Guan Eng ni macamana pulak? Bagi la kenyataan sikit. Masuk dalam list calon ke tak? Heee..Tak berani nak komen kot!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...