Friday 22 March 2013

UPDATED : Dakwaan Mengenai Tebusan Tidak Benar


Polis percaya dakwaan bahawa enam lelaki bersenjata menyelinap keluar dari kawasan Zon Merah dan menahan beberapa tebusan di sekitar Felda Kembara Sakti pada malam Khamis adalah tidak benar.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada Jumaat berkata mereka tidak menemui bukti terhadap dakwaan seorang wanita bahawa lelaki bersenjata dilihat berada di kawasan itu dan menahan tebusan.
"Kami telah menemuramah wanita tersebut dan dia tidak jelas mengenai maklumat lanjut. Tiada saksi lain melihat sebarang pergerakan lelaki bersenjata di kawasan tersebut," kata Tan pada sidang media di Felda Sabahat.
Sejak khabar angin itu tersebar, ratusan penduduk di kawasan tersebut berlindung di dalam masjid manakala yang lain meninggalkan kawasan Kembara Sakti yang terletak kira-kira 20km dari bandar utama Felda Sahabat, Cenderakasih.
Tan berkata siasatan polis masih diteruskan di kawasan terbabit.
Sementara itu, beliau berkata operasi menggeledah masih dijalankan di kawasan Kampung Tanjung Batu untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.

mStar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...