Wednesday 20 March 2013

UPDATED 6.00 PM: Mayat 28 Pengganas Sulu Dikebumi Sementara Dituntut Waris


Kesemua 28 mayat pengganas Sulu yang disimpan di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara dituntut oleh waris mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengebumian sementara itu akan dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di kedua-dua hospital tersebut selain mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul.
Khalid yang tidak mendedahkan lokasi pengebumian itu berkata, ahli keluarga yang menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan bukti sampel DNA mereka sepadan dengan pengganas yang terbunuh sebelum mayat itu diserahkan.
"Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan terbabit. Manakala bagi mereka yang berada di dalam negara boleh pergi ke balai polis," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat di sini, Rabu.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan masih menerusikan operasi memburu saki-baki pengganas bersenjata di kawasan Kg Tanjung Batu.
Operasi tersebut dijangkan akan diteruskan selama beberapa hari lagi.
"Kami ingin memastikan bahawa kawasan itu selamat sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah mereka," katanya.

mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...